Cantik

Atasi Masalah BUKU LALI Berdaki & Kehitaman Dengan 5 Langkah Mudah Ini, Baru Tak Stres!

2
SHARES
buku lali berdaki

Buku lali berdaki boleh menyebabkan penampilan seseorang itu kelihatan kurang menarik dan sekali gus menjadi punca kurang berkeyakinan.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kulit pada buku lali berdaki atau kehitaman, antaranya disebabkan oleh hiper-pigmentasi kulit. Namun, pembaca tidak perlu risau! Hal ini kerana, penulis juga ada kongsikan 5 langkah mudah bagi mengatasi masalah buku lali berdaki atau kegelapan.

Baca juga: Tips Cebok Kemaluan Wanita Dengan Betul, Baru Suci Bersih & Segar!

BUKU LALI BERDAKI

buku lali berdaki

Gambar: pinterest

Bagaimanakah buku lali boleh menjadi kehitaman atau berdaki?

Buku lali menjadi hitam adalah disebabkan hiper-pigmentasi kulit dan secara tidak langsung akan menjadi kasar. Di samping itu, faktor umur dan faktor keturunan juga menjadi penyebab utama buku lali menjadi hitam.

Selain itu, geseran kulit pada permukaan yang kasar akan meninggalkan kesan hitam padanya. Kemudian, kesan hitam tersebut akan menjadi lebih kering dan membuatkan kulit buku lali menjadi kusam seperti berdaki.

Baca juga: Bakal Pengantin Boleh Cuba Petua RAMBUT Lebat Ini, Baru Yakin Menawan Malam Pertama!

Langkah-langkah mengatasi buku lali berdaki

  1. Basahkan buku lali.
  2. Kemudian sapukan scrub pada kulit yang kehitaman dan scrub secara perlahan-lahan.
  3. Bilaskan sisa sabun scrub pada buku lali sehingga bersih kemudian lapkan sehingga kering.
  4. Letakkan whitening serum pada kesan hitam dan sapu sehingga rata dan kering.
  5. Sapukan whitening lotion setelah serum mula kering.

Jangan lupa amalkan rutin ini seminggu 2 kali untuk kesan yang lebih jelas. Anda akan perasan perubahan yang ketara selepas mengikut langkah-langkah yang betul. Kulit lebih lembut, halus dan tiada lagi kesan hitam.

Baca juga: Petua Hilangkan LEMAH BADAN Dengan Lulur Kunyit Hidup, Sangat Mujarab!

Sumber: Farah Farzana / Sinar.Syok

FT Image: Farah Farzana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×