Amalan tidak mengambil gula atau cut gula dalam tempoh tertentu, banyak dilakukan oleh individu yang ingin menurunkan berat badan. Di mana, ia secara tidak langsung mempengaruhi kesihatan tubuh badan ke arah lebih positif.
Kalau para pembaca SirapLimau nak tahu, terdapat 11 kesan cut gula pada tubuh badan. Dari perubahan deria rasa, kecantikan kulit sehingga lah kesihatan mental. Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian bermanfaat kesan cut gula dari seorang Ahli Farmasi, Nadiah Othman di bawah.
Baca juga: Tak Sangka Minuman Barli Campuran Lemon Boleh Atasi KOLESTEROL, Petua Melayu Lama!
CUT GULA BAGI 11 KESAN PADA TUBUH BADAN
1. Perubahan pada deria rasa
Minggu pertama tidak mengambil gula lidah anda akan bertukar deria rasa, akan rasa pahit sikit atau payau dan rasa macam nak loya.
Tapi, selepas 3 hari dan seterusnya deria rasa akan kembali normal seperti biasa.
2. Selera pada gula berkurangan
Insulian akan mula drop. Pankreas akan kurang bekerja. Selera kepada gula akan makin berkurang. Rasa craving kepada gula itu akan hilang.
Deria rasa akan kembali normal selepas 5 hari tidak mengambil gula.
3. Rasa lapar
Anda akan rasa lapar dari hari pertama hingga hari ketiga sahaja. Masuk hari ke-5, rasa lapar akan hilang kerana gula sudah mula stabil dalam badan.
4. Lemak badan digunakan
Lemak akan diguna pakai. Glukos berlebihan yang tersimpan selama ini akan digunakan. Hari ke-4 atau hari ke-5, lemak akan mula turun.
Bila rasa letih, rasa teringin, rasa kempunan gula akan mula hilang. Hari ke-4 atau hari ke-5, akan mula hilang rasa nak makan gula.
5. Hilang banyak air
Hilang banyak air bila kita tak ambil gula. Bila banyak gula dalam badan, air akan banyak tersimpan dalam badan.
Hari ke-2 atau ke-3, pengambilan gula akan membuat kita kerap kencing, kulit menjadi kering. Oleh itu, gantikan sahaja dengan meminum air kosong.
Hari ke-4 atau ke-5, badan akan mula membakar lemak. Bila tidak mengambil gula sekurang-kurangnya sebulan akan hilang 3 hingga 5 kilogram.
Baca juga: Minum Air Petua Ini Untuk Rawat Masalah HIDUNG TERSUMBAT, Terus Boleh Bernafas!
6. Kulit akan berseri
Kulit akan menjadi berseri bila diet dengan cara yang betul. Elakkan guna susu dari sumber haiwan (isu hormon) dan Low Fat Milk (tinggi gula tersembunyi).
7. Mood berubah
Mood akan berubah-ubah. Mungkin akan mengalami kemurungan pada awal fasa tidak mengambil gula.
Selepas itu, mood akan menjadi lebih baik. Makin gembira dan tenang sahaja, malah dapat menghilangkan depression dalam diri.
Bila gula berkurangan, insulin akan berkurangan. Bila insulin berkurangan, risiko penyakit pun akan berkurang.
8. Banyak penyakit hilang
Badan akan rasa kurang sakit. Sakit-sakit badan dan sendi akan makin berkurang. Banyak penyakit akan hilang.
9. Imuniti badan meningkat
Tahap imuniti badan akan meningkat dan lebih kuat untuk melawan serangan penyakit.
10. Risiko nyanyuk berkurang
Risiko nyanyuk akan berkurang. Daya ingatan dan memori akan menjadi lebih kuat.
11. Kesihatan mental semakin baik
Masalah GERD, anxiety dan depression akan berkurangan. Tahap kesihatan mental kita akan menjadi semakin baik dan tenang.
Baca juga: Tips Cebok Kemaluan Wanita Dengan Betul, Baru Suci Bersih & Segar!
Sumber: Nadiah Othman
FT Image: KamranAydinov