Selain sesi bersanding, photoshoot outdoor merupakan antara pakej yang sering diambil bakal pengantin di hari bersejarah mereka nanti. Justeru itu, 9 senarai barang ini perlu disediakan untuk photoshoot outdoor pengantin nanti seperti dikongsikan Serilestari Spa.
Cepat simpan nota ini!
Baca juga: Ini 5 Mitos Penjagaan Kulit Muka Popular, Jangan Nak Percaya Bulat-Bulat!
PHOTOSHOOT OUTDOOR PENGANTIN
1. Totebag
Adanya totebag memudahkan pengantin untuk meletakkan semua barang yang diperlukan dalam satu beg. Jadi, tidak perlu membawa beg yang banyak kerana akan menyukarkan pergerakan anda apabila berpindah-pindah tempat untuk sesi bergambar.
2. Selipar
Selain itu, barang yang diperlukan adalah selipar bagi mencegah pengantin perempuan berasa sakit kaki sepanjang sesi bergambar akibat memakai kasut tumit tinggi. Jadi, sementara itu bolehlah tukar kepada selipar sebelum sesi bergambar diadakan.
3. Mini fan
Mini fan pula amat berguna untuk mengeringkan peluh pengantin yang disimbahi sinaran matahari, selain pakaian pengantin yang tebal. Pastikan, bateri kipas kecil sudah dicas.
Baca juga: Sebenarnya 3 Waktu Ini Dilarang Untuk Mandi & Orang Ramai Kena Tahu Sebabnya!
4. Botol air atau tumbler berstraw
Di bawah terik matahari, pastinya akan membuatkan pengantin kehausan. Jadi, untuk kekal terhidrat bawalah botol air yang besar untuk keperluan anda.
Boleh juga bawa tumbler yang mempunyai straw bagi memudahkan pengantin minum tanpa merosakkan gincu di bibir.
5. Gincu

Gambar: prostooleh
Sekiranya gincu pada bibir telah berkurangan selepas makan atau minum, bolehlah cantikkan semula sebelum sesi bergambar bermula.
6. Cermin lipat atau cermin tangan
Bawa cermin lipat yang bersaiz sederhana agar mudah untuk melihat solekan di wajah.
Selain cermin lipat, boleh juga gantikan dengan cermin tangan untuk memudahkan anda memegangnya.
Baca juga: 5 Petua Awet Muda Cara Islam, Wajah Tetap Cantik Meski Usia Meningkat!
7. Poket tisu
Tisu hanya digunakan apabila situasi yang sangat memerlukan sahaja. Ingat, jangan terus lap muka yang berpeluh dengan tisu kerana ia akan membuatkan solekan pada wajah pengantin terjejas.
8. Lip oil atau lip treatment
Lip oil atau lip treatment sesuai juga dipakai oleh pengantin lelaki agar bibirnya tidak kelihatan pucat dan lebih segar.
9. Compact powder
Compact powder fungsinya untuk mencantikkan solekan atau mengurangkan minyak pada wajah. Pastikan solekan di muka sudah kering peluhnya baru letakkan compact powder.
Baca juga: 7 Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Bahan Semula Jadi, Baru Tak Ada ‘Salji’ Atas Bahu!
Sumber: Instagram @serilestari_spa
FT Image: freepik / pvproductions