DIY & Kraf

Ini Step-By-Step Bersihkan Mesin Basuh, Pakaian Makin Wangi!

18
SHARES

Bila kali terakhir anda bersihkan mesin basuh? Kalau anda tak pernah membersihkan mesin basuh, inilah masanya untuk anda bersihkan mesin kerana ia akan menjejaskan kebersihan dan bau baju tersebut. Jika anda tidak tahu cara membersihkan mesin, di bawah kami kongsikan step-by-step bersihkan mesin basuh supaya pakaian lebih wangi. Ada masa lapang bolehlah cuci bersama anak-anak dan suami. Selamat mencuba!

Baca juga: Api Dapur Gas Bertukar Jadi Oren, Ini Cara Nak Kembalikan Api Biru Macam Baharu!

INI STEP-BY-STEP BERSIHKAN MESIN BASUH, PAKAIAN MAKIN WANGI

Kalau dah mula ada bau tak menyedapkan dan busuk, maknanya dah boleh bersihkan mesin basuh terutamanya bahagian front loading. Ikut step-by-step di bawah:

1. Cuci fasad luaran dia. Lap lah segala habuk hang ada dan kesan lelehan sabun pencuci tu.

2. Cuci tempat letak sabun atau detergent tu. Cabut keluar, cuci bersih. Cuci juga bahagian yang air masuk tu.

3. Cuci bahagian gasket/getah bulat besar tu. Itu bahagian paling penting. Kalau tak terjaga dia alan naik kulat berbintik hitam tu. Selak getah tu dan ambil wet wipes dan lap kuat-kuat. Kalau dah ada kulat, guna mildew remover.

4. Lap juga bahagian kaca penutup tu luar dan dalam sampai bersih berkilat.

5. Buka tiub dan buang air baki. Yang ni kalau lama tak buat memang busuk gila air tu. Dah buang pasang balik penutup dia.

6. Buka filter dan pasti kau akan jumpa duit siling dalam tu. Cuci bersih-bersih dan pasang balik.

7. Cuci drum menggunakan baking soda dan cuka. Tuang sekitar setengah cawan atau 100gm baking soda ke dalam drum. Kemudian tuang 2 cawan atau 500ml cuka putih/cuka makan ke dalam tempat sabun/detergent. On dan basuh guna air paling panas. Biar dia pusing sampai habis.

Dah siap, buka pintu kaca tu dan tarik dan biarkan tempat detergent juga terbuka. Lepas sejam dua baru tutup.

Tips: Setiap kali lepas basuh baju, buka pintu meain basuh tu dan juga bekas detergent tu. Nak bagi udara panas dari wap air tu keluar sepenuhnya dan menghindarkan bau. Sekian, projek untuk suami isteri di rumah bersihkan mesin basuh.

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×