Nur

Senarai Contoh Ucapan Di WhatsApp Untuk Orang Meninggal Dunia Anda Boleh Guna

36
SHARES
UCAPAN ORANG MENINGGAL DUNIA

Ucapan takziah boleh disampaikan kepada saudara seislam atas kehilangan orang tersayang yang telah meninggal dunia. Berikut kami kongsikan beberapa ucapan orang meninggal dunia untuk anda guna.

Walaupun mesej yang disampaikan nampak mudah tetapi itu merupakan adab yang baik dan tanda sokongan serta motivasi kepada keluarga.

Baca juga: Hukum Sentuh Kemaluan Guna Tangan Kanan, Ini Penjelasannya…

KOLEKSI UCAPAN ORANG MENINGGAL DUNIA UNTUK ANDA GUNA

UCAPAN ORANG MENINGGAL DUNIA

1. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Salam takziah diucapkan kepada (nama arwah) yang kembali ke Rahmatullah pada (waktu) tadi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT. 

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Al-Fatihah.

Salam takziah juga buat keluarga arwah. Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat peristirahatannya.

2 .انا لله وانااليه راجعون

Takziah buat seisi keluarga. Semoga beroleh ketabahan & dipermudahkan segala urusan.

Allahumma Aamiin.

3.  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Takziah buat keluarga arwah. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

4. Ucapan orang meninggal dunia

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan menerima amal ibadah (nama arwah). Semoga bagi keluarga yang ditinggalkan diberi kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian ini.

5. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Bersabarlah, segala yang ada di bumi sejatinya dibatasi oleh ajal. Maka jadikan ini pengingat bagi kita.

6. Ya Tuhan, berilah ketabahan atas keluarga yang sedang dilanda musibah. Setiap makhluk di dunia akan ada saatnya menghadap kembali kepada Sang Pencipta.

7. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham/Allahyarhamah di Jannatul Firdaus.

8. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Aku turut berduka cita atas kehilangan yang telah menimpamu hari ini.

9. Kehilangan memang tidaklah mudah. Namun, ingatlah tidak ada cubaan yang diberikan Tuhan melampaui kemampuan hamba-Nya.

10. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Turut berduka atas yang telah terjadi, berhadap yang terbaik dan semoga engkau kuat untuk menjalani semua ini.

UCAPAN TAKZIAH UNTUK BUKAN ISLAM

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara lafaz takziah untuk orang bukan Islam adalah seperti berikut:

“Semoga Allah menggantikan kamu (dengan yang lebih baik) dan tidak mengurangkan bilangan kamu”

“Semoga Allah memberikan (yang terbaik ganjaran) ke atas musibah (yang menimpa kamu) yang tidak diberikan kepada seorangpun dari kalangan ahli agamamu”

Anda juga dibenarkan untuk menziarahi dan diingatkan ada beberapa syarat yang perlu diikut seperti di bawah:

  • Tidak melakukan amalan keagamaan
  • Dalam ucapan takziah tidak memohon keampunan buat si mati.

Larangan ini di sebut di dalam al-Quran:

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن يَسۡتَغۡفِرُواْ لِلۡمُشۡرِكِينَ وَلَوۡ كَانُوٓاْ أُوْلِي قُرۡبَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَحِيمِ

Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini Sebabnya Kenapa Isteri Kena Minta Izin Suami Dulu Kalau Nak Puasa Ganti

Sumber: Orami, The Rohani & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×