Asuh

8 Tanda Anak Anda Terlalu Manja, Tak Boleh Biarkan!

2.6K
SHARES
tanda anak terlalu manja

“Adui, buat perangai sungguh si Aira ni. Bila ditegur makin lantang suaranya. Nanti nak bagitahu Papa. Anak terlalu manja sangat ni, kena buat sesuatu.”

Sebagai ibu bapa, memang lazimnya kita dianugerahkan dengan sifat melindungi dan memenuhi kehendak si anak, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. Ini kerana, kita mengangap mereka masih belum boleh berdikari dan menguruskan diri masing-masing.

Namun, setiap anak harus dilengkapi dengan nilai-nilai supaya mereka belajar menjadi lebih berdikari dan mengawal emosi.

Walaupun mereka sudah boleh diajar sejak awal, namun karakter ini patut sudah mula terlihat sekitar usia 3-4 tahun, seperti yang dirujuk melalui artikel di laman web scholastic.com. Pada usia ini, mereka sudah mula ada rasa tanggungjawab untuk menguruskan diri. Contohnya, mereka sudah melepasi tahap bercerai lampin dan boleh dipertanggungjawabkan untuk ke tandas.

Foto Kredit: haffingtonpost.com

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Anak Terlalu Manja Tanda Kurang Percaya Diri

Menurut Peter A. Gorski, MD, Direktor ‘Lawton and Rhea Chiles Center for Healthy Mothers and Babies’, keadaan kebergantungan ekstrim pada ibu bapa dan perilaku buruk (tantrum) adalah suatu tanda anak-anak tidak yakin dengan diri mereka. Mereka perlu diajar untuk bertenang dan memahami bahawa tidak semua kehendak mereka boleh dipenuhi secepat mungkin.

Jadi, cuba periksa 8 tanda ini supaya anda boleh melatih disiplin mereka.

8 Tanda Anak Terlalu Manja, Tak Boleh Biarkan!

Perilaku dan tanda anak terlalu manja boleh dilihat jika mereka mempamerkan ciri-ciri ini:

Anak suka melawan

Foto Kredit: funbuses.com

1.   Guna tangisan sebagai ‘senjata’

Menghentak, menjerit, bercakap kasar, dan menangis sekuat hati setiap kali memberitahu kemahuan mereka adalah sesuatu tindakan yang tidak boleh diterima.

Perilaku ini mungkin menunjukkan bahawa mereka rasa kurang didengari.

Foto Kredit: koodakonline.com

Foto Kredit: koodakonline.com

2.   Suka ‘dirasuah’ untuk berkelakuan baik

Anda mungkin membiasakan mereka dengan memberi gula-gula atau coklat selepas melakukan sesuatu kerja seperti mengemas mainan.

Perbuatan ini tidak salah, tetapi jangan jadikan ia perkara wajib supaya mereka memahami konsep mendengar arahan.

anak terlalu manja

Foto Kredit: huffingtonpost.com

3.   Tidak suka menolong

Perasaan pentingkan diri adalah normal dalam diri anak kecil, tetapi ia juga tanda anak terlalu manja.

Namun, semakin mereka bertambah usia, seharusnya mereka sudah mula memikirkan perasaan orang lain.

Pakar kesihatan anak menyatakan bahawa pada usia seawal 2 tahun, mereka sudah boleh melakukan tugas mudah seperti memasukkan baju kotor ke dalam bakul pakaian.

anak terlalu manja

Foto Kredit: webzubra.com

4.   Mesti ada ‘upah’ setiap kali ke kedai

Walaupun ibu bapa sering ‘kasihan’ apabila melihat anak inginkan sesuatu di kedai, anda tidak seharusnya mengikutkan perasaan tersebut.

Sebagai alternatif, cuba alih perhatian anak dengan mengajaknya makan atau bermain dengan permainan sedia ada di rumah.

anak suka berbohong

Foto Kredit: livestrong.com

5.   Tidak mengaku kesilapan

Sikap suka menyalahkan orang lain atau berbohong juga sebenarnya adalah normal kerana ia adalah tindakan spontan untuk menyelamatkan diri.

Walaubagaimanapun, anda tidak boleh mengabaikan tanda ini jika mereka ‘terbiasa’ melakukannya setiap kali berhadapan dengan masalah.

tanda anak terlalu manja

Foto Kredit: parents.com

6.   Mengamuk apabila ditolak permintaannya

Kalau cakap ‘tak boleh’ atau ‘nanti dulu’, mereka akan terus buat perangai.

Sebagai ibu bapa, elakkan berjanji kerana anak kecil sentiasa mengingati janji anda padanya. Apabila dikecewakan, mereka akan berasa sukar untuk mempercayai anda lagi.

Jadi, sebab itulah mereka mahu permintaan mereka ditunaikan di saat itu juga.

anak manja

Foto Kredit: popsugar.com

7.   Suka menunjuk-nunjuk

Sikap berbangga diri dengan apa yang mereka perolehi hingga menjadikan orang lain berkecil hati.

Tanda anak terlalu manja juga antaranya berasa senang apabila menjadi pusat perhatian di antara kelompoknya.

tand anak terlalu manja

Foto Kredit: flickr.com

8.  Selalu merampas barang orang lain

Mereka tidak rasa bersalah apabila mengambil hak orang lain, walaupun apabila berada di hadapan ibu bapanya.

Namun, apabila telah mendapatinya, mereka, mereka akan mula menginginkan sesuatu yang baru.

tanda anak terlalu manja

Foto Kredit: metro.co.uk

Tiada Bayi Yang Terlalu Manja

Anak terlalu manja ini hanyalah boleh diukur pada si kecil yang telah memahami perkataan anda, iaitu sekitar usia 4 tahun. Ini bermaksud, tiada istilah ‘bayi yang terlalu manja’.

Seperti yang dinyatakan melalui laman kesihatan Web MD, bayi adalah berbeza dan tidak boleh dianggap manja kerana ‘menangis’ adalah salah satu cara komunikasi mereka.

Malah, kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang paling cepat ‘melayan’ bayi apabila menangis adalah lebih gembira dan lebih berdikari apabila mencecah usia 1 tahun. Ini kerana mereka belajar untuk percaya bahawa anda sentiasa ada di sisinya apabila mereka memerlukan sesuatu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×