Asuh

Rupanya Ini 9 Tanda Si Kecil Dah Sedia Untuk ‘Potty Training’

4.1K
SHARES

*Artikel dikemaskini 4 Oktober 2019

“Minggu lepas ingat nak ajar Iman ‘potty training’, tapi bila fikirkan balik rasa macam awal sangat. Bila umur yang sesuai untuk ajar anak ke tandas ya? Kalau awal sangat takut anak tak faham dan tension. Lewat sangat pula takut nanti liat dan susah nak diajar.”

Memang cemburu kalau tengok anak-anak kawan yang dah bijak pergi ke tandas sendiri. Ada tu yang dah tak pakai ‘diaper’ walaupun belum cukup 2 tahun!

Bila patut ajar anak ke tandas?

Sebenarnya tiada umur yang spesifik dikhususkan untuk anda mula ajar anak ke tandas sendiri.

Walaupun ramai yang memulakan latihan ini pada usia sekitar 2-3 tahun, anda sebenarnya boleh melihat kesediaan anak itu sendiri dan mula mengajar jika mereka nampak bersedia.

Sebab itulah ada ibu yang berjaya membuat anak mereka ‘diaper free’ pada usia yang sangat kecil.

Tapi, apakah tanda yang menunjukkan anak dah bersedia untuk ke tandas?

9 Tanda Si Kecil Dah Sedia Untuk ‘Potty Training’

Ini 9 tanda yang menunjukkan anak anda dah bersedia untuk dilatih ke tandas.

1. Kurang lampin basah yang perlu ditukar

Sebelum masuk usia 20 bulan, anak kecil akan buang air besar dan kecil dengan banyak. Maka, mungkin tidak sesuai untuk mengarahkan mereka menahan kencing pada usia tersebut.

Tapi, jika anda perhatikan lampinnya boleh kering dalam masa 1-2 jam, ini adalah tanda anak anda boleh di ajar ke tandas sendiri.

Tanda anak bersedia potty train

2. Dapat mengenalpasti apa yang berlaku semasa ‘membuang’

Ada anak yang mula mengasingkan diri atau pergi ke suatu ceruk untuk ‘membuang’.

Ada pula yang menunjukkan isyarat lain seperti mencangkung, menundukkan badan, atau memberitahu anda sambil meneran dengan kuat.

Isyarat ini menandakan mereka memahami bahawa perbuatan membuang air kecil atau besar memerlukan mereka tubuh mereka untuk fokus dan meninggalkan apa saja yang sedang mereka lakukan ketika itu.

3. Tidak selesa dengan lampin kotor

Salah satu peluang keemasan yang anda tak patut hiraukan adalah apabila mereka sendiri yang merasa ‘geli’ dengan lampin kotor.

Ada anak yang suka membuka lampin mereka sendiri kerana tidak selesa.

Dengan isyarat ini, anda sepatutnya sudah boleh mula ajar anak ke tandas sendiri.

4. Pandai menanggalkan pakaian

Salah satu kemahiran yang biasanya datang sekali dengan ‘potty training’ adalah keupayaan menanggalkan atau memakai pakaian.

Jadi, apabila anda mula ajar anak ke tandas, pakaikanlah mereka pakaian seluar atau skirt yang mudah ditanggalkan.

Foto kredit: freepik.com

5. Faham maksud perkataan ‘berak’ dan ‘kencing’

Tak kiralah apa saja perkataan yang anda gunakan seperti ‘wiwi’ atau ‘popo’, yang penting mereka memahaminya, merespon, dan dapat berkomunikasi dengannya.

http://www.divalikes.com/

6. Bangun tidur tanpa membasahkan lampin

Sama ada sedang tidur siang atau malam, lampin yang kering bermakna si kecil sudah dapat mengawal pundi kencingnya dengan baik.

Cepat-cepatlah bawa mereka ke tandas sebaik saja bangun tidur untuk melatih ‘potty traning’.

carapisahkan anak tidur buaian

Foto Kredit: aimsindia.com

7. Boleh respon terhadap beberapa arahan

“Tolong angkat mainan dan letakkan dalam kotak. Lepas itu, tolong tutup kotaknya.” Ini contoh arahan berangkai yang mudah.

Jika mereka sudah dapat melakukan 2-3 arahan dalam satu masa, ini salah satu isyarat bahawa mereka bersedia.

8. Mahu berdikari

Walaupun ada masanya mereka mahu bermanja, tapi ada masanya mereka mahu cuba melakukan sesuatu dengan sendiri.

Mereka tidak mahu kita menyikatkan rambut, memakaikan kasut, atau menyuapkan makanan.

posisi duduk w

Foto Kredit: essentialbaby.com

9. Anda boleh mengagak waktu mereka buang air

Walaupun mereka masih memakai lampin, anda sebagai ibunya kadangkala dapat mengagak waktu mereka ‘meneran’ atau membuang air kecil.

Contohnya, selepas makan atau minum, sebelum tidur, atau 1-2 jam sekali.

baby led weaning bayi susah makan

Foto Kredit: shutterstock.com

 

Ibu bapa juga perlu buat persediaan!

Apapun, anda perlu faham bahawa proses ajar anak ke tandas bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia memerlukan anda untuk konsisten dan sangat sabar. Setiap anak juga mempunyai keletah yang berbeza dan mungkin akan mengambil masa yang lebih lama berbanding anak lain.

Jadi, lengkapkanlah persediaan mental dan fizikal anda secukupnya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×