Asuh

Anak Selalu Kencing Malam? Cuba Lakukan 7 Langkah Mengatasinya

87
SHARES
kencing malam

“Abang, saya tak tahan lah, setiap pagi kena cuci tilam si Aiman. Tiap-tiap kali tidur dia kencing malam, hancing satu bilik. Bukan senang nak cuci tilam, sampai naik dah lenguh tangan saya. Saya dah pesan, tapi malas sangat dia nak ke tandas. Lima tahun pun masih tahan kencing…”

Sabar ya ibu ayah, faktor utama kencing malam bukanlah sebab malas bangun atau tak sempat ke bilik air, tapi ia adalah sebahagian daripada proses peralihan biologi anak-anak.

Normalkah Anak Kencing Malam?

Sebenarnya, kencing malam memang kerap terjadi apabila anak di bawah lima tahun mula beralih fasa bercerai lampin.

Ia adalah perkara normal bagi anak-anak di usia itu kerana mereka masih belum tahu cara untuk mengawal pundi kencing sepenuhnya. Proses ini mengambil masa dan bukanlah semudah yang kita sangkakan.

Bayangkan anak-anak yang sudah terbiasa kencing dalam lampin setiap hari, mereka perlu sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan apabila meningkat usia. Keseluruhan proses mengawal pundi kencing ini melibatkan kombinasi otot, saraf, ‘spinal cord’ dan otak.

anak kencing malam

Amboi, sedapnya tidur, tahu-tahu terkencing…. / Foto Kredit: salute333.com

Cara Atasi Anak Kencing Malam

Walaubagaimanapun, jika mereka mengambil masa terlalu lama, tentu kita pun boleh hilang sabar. Tapi jangan khuatir, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, begitu juga dengan kencing malam ini.

Antara langkah mengatasinya yang boleh ibu bapa lakukan adalah:

1. Hadkan minum pada waktu malam

Hadkan pengambilan pada waktu malam lebih-lebih lagi sebelum tidur.

Sebaliknya, biasakan anak minum air dengan banyak pada waktu siang.

2. Kencing sebelum tidur

Meskipun anak kurang minum sepanjang malam, pastikan dia kencing dulu sebelum tidur.

Foto Kredit: alphamom.com

Foto Kredit: alphamom.com

3. Kejutkan anak

Dua atau tiga jam selepas masuk tidur, kejutkan anak dan bawa ke bilik air untuk buang air.

Memang agak sukar sebab anda juga memerlukan rehat namun ia perlu diusahakan untuk elak anak kencing di tilam.

4. ‘Bladder Training’

Latih anak tahan kencing pada waktu siang. Apabila membawanya ke tandas, suruh anak tahan beberapa minit sebelum kencing.

Mulakan selama lima minit dan tambahkan masa sehingga 30 minit. Ia dilakukan supaya anak pandai mengawal pundi  secara automatik meskipun sedang tidur.

5. Alas tilam dengan plastik

Plastik biasanya kalis air. Jadikannya sebagai alas tilam dengan meletakkannya di bawah cadar. Jadi air kencing tidak akan menembusi tilam.

Jika tidak selesa, terdapat pelbagai pelindung tilam jenis lembut yang kalis air.

anak kencing malam

Salah satu contoh pelindung tilam yang terdapat di pasaran. / Foto Kredit: amazon.com

6. Beri ganjaran

Jangan lupa beri ganjaran dan kata pujian pada anak bag setiap pagi yang ‘kering’. Dengan ini, dia akan berusaha untuk tidak kencing malam lagi.

7. Ambil ubat

Jika semua tidak berhasil, pengambilan ubat adalah jalan terakhir.

Tapi, biasanya ubat perlu diambil dalam jangkamasa yang agak lama kerana jika berhenti, kencing malam akan terjadi lagi. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memberi sebarang ubat-ubatan kepada anak.

kencing malam

Foto Kredit: adilmavis.com

Kencing Malam Tidak Sepatutnya Berlarutan

Sekiranya anak anda sudah dilatih buat sekian lama tetapi tiada perubahan positif, bincangkan dengan pasangan dan rujuklah pada pakar kesihatan kanak-kanak.

Ia mungkin petanda masalah kesihatan bagi anak yang berumur tujuh tahun ke atas.

Pada umur sebegini, sepatutnya kanak-kanak seusia mereka sudah pandai mengawal pundi kencing. Bawa anak ke klinik untuk penilaian kesihatan di pundi kencing mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×