“Kenapa anak Zaima tu lagi lebat dan panjang rambutnya sedangkan dia sama umur dengan anak aku. Dahlah nipis pulak tu. Aku nak sikat pun takut makin menipis nanti. Apa cara melebatkan rambut anak kecil ya? Nak pakai produk, risau pula kesan bahan kimia untuk budak-budak.”
Seronok tengok anak perempuan punya rambut yang panjang dan lebat, menambah lagi kecomelan sedia ada apatah lagi diikat tocang dan ditambah reben. Memang cantik!
Rambut Lambat Panjang?
Rambut anak kecil biasanya tumbuh panjang antara satu suku ke setengah inci setiap bulan. Kalau dikira setahun, anggaran dalam 5 hingga 6 inci sahaja. Memang lambat nak panjang apatah lagi nak tebal!
Bukannya mudah nak cepatkan pertumbuhan rambut anak kecil tetapi tidak mustahil untuk mencuba dapatkan rambut yang sihat dan lebat serta tiada masalah pertumbuhan.

Foto Kredit: roteirobaby.com.br
Cara Melebatkan Rambut Anak Dengan Langkah Semulajadi
Cara melebatkan rambut anak yang anda perlukan lakukan adalah:
1. Penuhi Keperluan Vitamin
Pastikan anak mendapat keperluan vitamin yang mencukupi.
Sumber vitamin ini penting kerana setiapnya mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu menyihatkan rambut:
- vitamin C dan E yang membantu melindungi rambut daripada cahaya matahari yang boleh membuatkan rambut rosak
- vitamin A membantu menyihatkan kelenjar kulit kepala
- vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut dan membaiki rambut-rambut rosak
2. Elak Makanan Rapu
Salah satu cara melebatkan rambut anak adalah dengan menjaga pemakanannya.
Elak beri anak junk food dan minuman berkarbonat kerana ia akan membuatkan rambut mereka kering dan kasar.
3. Banyakkan Sayuran & Buah-Buahan
Rambut mudah tumbuh dan lebat jika tubuh anak penuh nutrisi. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jika mereka susah memakan buah, buatkan jus atau smoothie tanpa gula yang penuh khasiat.

Foto Kredit: colornspirits.com
4. Makan Telur
Masukkan telur dalam diet seharian. Ini kerana telur mengandungi protein, kaya L-cysteine iaitu asid amino yang sangat penting dalam pertumbuhan rambut yang sihat.
Selain itu, ia mengandungi manganese dan vitamin B biotin yang membantu mengurangkan rambut gugur.
5. Ambil Bijirin Sihat
Kita sering terlepas pandang bab ini kerana kebanyakan yang dijual di pasaran adalah sumber bijirin yang diproses.
Tukar menu seperti roti putih, biskut dan pasta kepada whole grains.
Mengandungi Keratin, whole grains bertindak balas dengan hormon yang membantu pertumbuhan rambut.

Foto Kredit: myhealthyeatinghabits.com
6. Banyakkan Makan Ikan
Asid lemak memberi perlindungan kesihatan pada rambut secara maksimum dan hasilnya, rambut semakin tebal.
Banyakkan makan ikan yang kaya Omega 3, daging lembu organik yang kaya Omega 6 dan minyak zaitun sumber utama Omega 9.

Foto Kredit: romyelnino.wordpress.com
7. Tambahkan Sumber Zat Besi
Pastikan anak dapat kandungan zat besi iaitu antara 7 hingga 10 mg setiap hari kerana ia membantu mengurangkan rambut gugur.
Biji bunga matahari, oat, bijirin, daging dan ayam adalah antara makanan yang kaya dengan zat besi dan iron.
8. Cara Penjagaan Yang Elok
Elak beri stress pada rambut seperti mengeringkan rambut dengan tuala secara kasar atau mengguna pengering rambut untuk mengeringkan rambut dengan segera.
Beli sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut, guna perapi rambut setiap kali selepas syampu dan elak ikat rambut dengan ketat.

Foto Kredit: family-inc.com
9. Minyak Rambut Yang Sesuai
Gunakan minyak rambut yang sesuai, terutamanya daripada sumber organik seperti minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak hazelnut.
Untuk anak yang lebih besar, anda juga boleh membuat sendiri masker rambut yang sihat daripada bahan semulajadi.

Foto Kredit: in.pinterest.com
Rambut Menjadi Aras Untuk Menentukan Kesihatan Anak
Sebab itu pastikan anak menerima vitamin dan nutrisi yang secukupnya. Dengan menmpraktikkan cara melebatkan rambut anak di atas, diharap ia dapat memberi kecantikan yang diidamkan selain kesihatan tubuh badan.
Segera berjumpa doktor jika mengalami masalah kulit kepala agar dapat diubati segera kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan rambut yang sempurna lagi tebal.
Elak mengguna produk daripada bahan kimia untuk mendapatkan rambut yang lebat kerana ia hanya untuk masa yang singkat sahaja malah boleh memberi kesan sampingan untuk tempoh lama.