Cantik

7 Petua Rambut Lurus Semulajadi, Bersinar Tanpa Ke Salon

741
SHARES
Tips rambut

“Boleh percaya ke petua rambut lurus kalau dibuat pada orang yang berambut kerinting? Kalau tengok pada iklan syampu, banyak juga yang kata boleh luruskan rambut. Betul ke?”

Rambut lurus, berkilau dan lembut bak sutera memang jadi idaman semua wanita kerana ia mudah digayakan dan diurus.

Sebab itu banyak iklan syampu di tv yang memberi fokus dalam mendapatkan rambut yang lurus.

hilangkan kutu

Terlalu Banyak Bahan Kimia Boleh Merosakkan Rambut

Selain syampu, ada yang memilih untuk ke salon yang menyediakan perkhidmatan meluruskan rambut.

Namun, penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi.

Tanpa kita sedari, sebenarnya bahan semula jadi yang ada di rumah, boleh digunapakai untuk mendapat rambut idaman.

Petua Rambut Lurus Dan Bersinar Dengan 7 Bahan Semulajadi

Ini tips yang boleh anda cuba supaya rambut mudah diurus.

Bahan-bahan itu adalah:

1. Minyak kelapa

Dengan mengguna minyak, lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat.

Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.

Boleh juga mengguna minyak zaitun, minyak almond atau minyak bijan.

 

Caranya:

  • Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
  • Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
  • Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
  • Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
  • Selepas itu, syampu dan bilas.
  • Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah

 

2. Santan kelapa

Petua rambut lurus ini bukan sahaja meluruskan rambut tetapi melembap secara tak langsung rambut nampak berkilat.

Bersifat antibakteria dan antikulat, santan kelapa juga membebaskan sebarang jangkitan di kulit kepala.

Tips rambut lurus dan bersinar

Caranya:

  • Dalam satu gelas besar, campurkan satu cawan santan kelapa segar dan jus dari sebiji lemon
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga wujud lapisan krim di atasnya
  • Ambil krim itu dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 minit
  • Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap sekeliling shower cap
  • Biarkan selama 30 minit kemudian syampu dan bilas
  • Sikat rambut sementara rambut masih basah

 

3. Susu

Susu mengandungi pelembap semula jadi yang membantu meluruskan rambut.

Tips ini juga sangat sesuai untuk memacu kesihatan rambut.

susu lembu atau susu kambing 2

Foto Kredit: shutterstock.com

 

Caranya:

  • Campurkan setengah cawan susu bersama setengah cawan air
  • Masukkan dalam botol spray
  • Sikat rambut dan sembur campuran tadi ke rambut
  • Sikat sekali lagi dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu meresap ke dalam kulit kepala
  • Kemudian syampu serta bilas

 

 

4. Telur dan minyak zaitun

Telur membantu menjadikan rambut kuat dan bersinar manakala minyak zaitun memberi kelembapan.

Gabungan kedua-dua bahan ini membantu meluruskan rambut.

tips rambut lurus

Foto Kredit: cutediys.com

 

Caranya:

  • Pukul biji telur, kemudian masukkan empat susu minyak zaitun
  • Sapu pada rambut dan kulit kepala
  • Sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang
  • Balut kepala dengan shower cap kira-kira 30 hingga 40 minit
  • Syampu dan bilas

 

5. Aloe vera

Bahan aktif dalam aloe vera mengandungi enzim yang membantu pertumbuhan rambut, menjadikan rambut lembut serta melembap dan meluruskan rambut.

cara kurangkan stretch mark

Foto Kredit: doktorigo.hu

 

Caranya:

  • Campurkan setengah cawan gel aloe vera bersama minyak zaitun yang suam
  • Sapu pada rambut dan kulit kepala sambil urut perlahan-lahan
  • Bungkus kepala dengan shower cap dan biarkan selama dua jam
  • Syampu dan bilas

 

6. Cuka epal (apple cider)

Cuka epal adalah bahan terbaik untuk meluruskan rambut sambil mengembalikan keseimbangan pH rambut agar sihat dan bebas jangkitan.

petua rambut lurus

Foto Kredit: popsugar.com.au

 

Caranya:

  • Campurkan dua sudu cuka dalam secawan air
  • Syampu dan bilas rambut
  • Basahkan rambut mengguna campuran tadi dan biarkan sehingga rambut kering dengan sendiri

 

7. Daun saderi

Daun saderi membantu meluruskan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

petua rambut lurus

Caranya:

  • Potong seikat daun saderi dan masukkan dalam pengisar
  • Campurkan sedikit air dan kisar sehingga menjadi jus
  • Tapis dan masukkan jus ke dalam botol spray. Biarkan sehingga dua hari
  • Selepas dua hari, sembur jus ke rambut sehingga mengenai kulit kepala
  • Sikat dengan sikat bergigi jarang untuk meratakan jus pada rambut
  • Urut beberapa minit dan bungkus dengan shower cap
  • Biarkan selama 30 minit, syampu dan bilas

 

petua rambut lurus

Foto Kredit: rabahairstudio.com

Yang seronoknya,

Tidak perlu keluar pun untuk mendapatkan rambut lurus.

Hanya guna tujuh bahan semula jadi dan praktikkan petua rambut lurus ini dengan kerap dan hasilnya, anda akan tampil dengan rambut yang diidam-idamkan selama ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×