Sihat

7 Cara Melebatkan Rambut Bayi Dengan Cepat, Elak ‘Cukur Bantal’

9.4K
reads
cara melebatkan rambut bayi

“Alahai, kasihan Mama tengok rambut Naurah, lambat betul tumbuh. Dahlah kulitnya sensitif, takut pula aku nak cuba minyak rambut di pasaran. Apa cara melebatkan rambut bayi dengan cepat ya? Aku dah tak sabar nak ikatkan tocang, mesti comel!”

Apabila bayi baru lahir, ada yang rambutnya dah semulajadi panjang dan lebat. Tapi, ada juga yang ‘botak’ dan hanya mempunyai sedikit rambut-rambut halus.

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: momtastic.com

Rambut Bayi Gugur Dan Tumbuh Tak Sekata

Sebenarnya, sebuah kondisi ‘telogen effluvium’ adalah fasa di mana rambut bayi dalam keadaan ‘rehat’. Menurut BabyCenter, ia adalah normal seawal 6 bulan pertama kelahiran. Namun, rambut bayi akan digantikan dengan rambut baru, selari dengan perkembangan bayi.

Kebanyakan kes dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia, bayi akan dicukur rambutnya semasa majlis cukur jambul. Masalahnya, pertumbuhan rambut terasa sangat lambat selepas itu. Malah, ada yang tumbuh bertompok-tompok dan ada bahagian yang tidak berambut.

Jadi, apa yang kita boleh buat supaya rambut bayi tumbuh sihat dan cepat panjang? Ini antara petua dan tips yang boleh anda cuba.

cara melebatkan rambut bayi

Foto Kredit: babycenter.com

7 Cara Melebatkan Rambut Bayi Dengan Cepat, Walaupun Selepas Dicukup

Berikut adalah cara melebatkan rambut bayi dengan cepat dan berkesan, terutamanya bagi bayi yang lepas dicukur.

1. Galakkan Bayi Meniarap

Menurut Dr. Stephen Muething, seorang pakar paediatrik, bayi yang selalu berbaring cenderung untuk mempunyai rambut yang tidak sekata atau digelar kesan ‘cukur bantal’.

Menerusi laman web kesihatan LiveStrong.com, Dr Stephen menggalakkan bayi anda untuk meniarap seawal 2 minggu. Mulakan hanya dengan 15 saat setiap sesi. Hasilnya juga baik untuk menguatkan otot bayi.

bayi cepat berjalan

Foto Kredit: boppy.com

2. Syampu Rambut

Pilih syampu rambut yang sesuai untuk bayi dan gunakan dalam kuantiti kecil sahaja.

Selain membersihkan kulit kepala daripada kelemumur atau kotoran, urutan lembut semasa bersyampu dapat merangsang folikel untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

cara-memandikan-bayi-dengan-betul

3. ‘Homemade Conditioner’

Jika rambut bayi yang tumbuh menjadi sangat kasar dan kerinting, mungkin anda boleh cuba membuat ‘conditioner’ sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan organik yang selamat.

Selain syampu, ‘conditioner’ membantu memperkayakan penyerapan nutrisi dan vitamin untuk memacu kadar pertumbuhan rambut bayi.

Cara 1: Ambil 1/2 cawan madu asli dan 1/2 cawan minyak zaitun ‘extra virgin’. Campurkan hingga sebati dan lumurkan pada kepala anak. Biarkan selama 15 minit dan bilas semula hingga bersih.

Cara 2: Gunakan 1 biji isi avokado, campurkan dengan sedikit santan segar bersama 1 sudu madu asli. Lumurkan pada kulit kepala bayi dan biar 15 minit sebelum membilasnya.

cara melebatkan rambut bayi

Foto Kredit: youne.com

4. Aloe Vera

Selain cara di atas, anda juga boleh menggunakan ekstrak aloe vera organik untuk disapukan pada kepala bayi.

Aloe vera memiliki banyak khasiat semulajadi dan bersifat antioksidan untuk melembapkan dan menguatkan rambut bayi.

Setelah beberapa kali penggunaan, ramai yang akan mula melihat kesannya.

petua kulit licin

Foto Kredit: livestrong.com

5. Minyak Rambut Terbaik

Jika anda perasan ada kesan kelemumur pada rambut bayi, pastikan anda mencuci rambutnya dengan lebih kerap.

Elakkan penggunaan bahan kimia yang mungkin menyebabkan bayi anda sensitif hingga menyebabkan kerengsaan dan kegatalan. Kerap menggaru juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Gunakan minyak rambut yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering dan gatal pada kepala bayi. Seelok-eloknya, gunakan minyak zaitun, minyak kelapa dara, atau minyak ‘almond’. Guna dalam kuantiti sedikit dahulu untuk memastikan bayi tidak mengalami alahan.

6. Sikat Rambut Bayi

Sikat rambut bayi apabila ia telah kering. Gunakan tuala lembut dan keringkan rambut dengan menekap kepala perlahan-lahan. Jangan menggosok dengan kuat kerana ia boleh menjejaskan tekstur rambut bayi.

Seelok-eloknya, gunakan berus lembut yang tidak menyakitkan kulit kepala bayi.

Proses menyikat rambut akan membantu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan kulit kepala – sekaligus melebatkan pertumbuhan rambut bayi.

Foto Kredit: children818.com

Foto Kredit: children818.com

7. Jangan Ikat Rambut Dengan Ketat

Apabila anak sudah ada sedikit rambut, ramai yang akan teruja untuk membuat macam-macam stail dandanan.

Tentulah nampak comel, tapi jangan guna aksesori rambut atau kepala yang terlalu ketat ya. Ini kerana, ia boleh mengganggu peredaran darah dan merencatkan pertumbuhan rambut si kecil.

Foto Kredit: 123rf.com

Foto Kredit: 123rf.com

Anda Tentu Akan Dapat Lihat Kesannya!

Jom praktikkan cara melebatkan rambut bayi seperti di atas. Ianya mudah, cepat, dan selamat untuk bayi.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa setiap bayi mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Cepat atau lambat, itu adalah normal dan ia turut bergantung kepada genetik yang diwariskan oleh ibu bapa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top