Cantik

8 Tips Rambut Cepat Panjang

155
SHARES

Setiap kali tengok cermin, mesti terfikir, “Lambatnya tunggu rambut cepat panjang…”

Tapi, kalau boleh bukan sekadar rambut cepat panjang, mestilah mahu rambut yang tumbuh itu sihat dan bermaya juga. Ini kerana rambut merupakan sebahagian anggota badan kita dan juga mahkota seri kecantikan kita.

Jadi, apa yang boleh kita buat agar rambut cepat panjang dan sihat?

Foto Kredit: rabahairstudio.com

Foto Kredit: rabahairstudio.com

8 Tips Rambut Cepat Panjang Dan Sihat Secara Semulajadi

1. Minyak Zaitun

Minyak Zaitun dapat membantu melembutkan rambut kusam dan menjadi lebih berkilau seterusnya dapat membantu menyihatkan rambut dan kulit kepala.

Sapu dan ratakan pada kulit kepala dan rambut. Lebih baik kalau kulit kepala diurut supaya dapat melancarkan aliran darah pada kepala seterusnya dapat menggalakkan pertumbuhan rambut.

Biarkan selama setengah atau 1 jam, kemudian bilaslah dengan air.

2. Putih Telur

Putih telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.

Cara penggunaanya adalah ratakan pada rambut selama 15 minit dan kemudian bilas sampai bersih supaya tidak berbau.

Putih telur juga boleh dicampur dengan minyak zaitun untuk hasil yang lebih memuaskan.

Foto Kredit: fairwaymarket.com http://blog.fairwaymarket.com/2013/02/the-truth-about-olive-oil/

Foto Kredit: fairwaymarket.com

3. Santan

Santan sering digunakan sebagai cara cepat memanjangkan rambut. Ianya juga dapat membuatkan rambut lebih bersinar.

Gunakan santan dalam 300 hingga 500 ml ke kulit kepala dan rambut secara rata.

Selepas itu, balut rambut yang telah diperap santan tadi dengan tuala hangat, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Bilas dengan air sejuk selepas itu. Lakukan cara ini 3-4 kali dalam seminggu.

4. Air Kelapa Muda

Air kelapa muda kaya dengan protein, kalium serta zat besi sehingga dapat digunakan oleh warga emas sebagai bahan perawatan rambut secara semulajadi.

Ratakan air kelapa pada rambut dan biarkan semalaman untuk membantu pertumbuhan dan keteguhan rambut.

Setelah itu, cuci rambut anda dengan syampu dan bilaslah dengan air biasa. Ianya untuk mengelakkan rambut menjadi melekit.

5. Minum air kosong secara rutin

Minumlah air kosong 8 gelas setiap hari supaya badan kita dapat dielakkan dari dehidrasi.

Ianya juga dapat mengaktifkan sel-sel dalam rambut sehingga dapat mempercepatkan proses pertumbuhan rambut.

Hukum melewatkan sahur

Foto Kredit: goldenlasso.net

6. Teh Hijau

Teh hijau mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang bagus untuk pengaliran darah menuju ke rambut.

Kesan detoksifikasinya juga berkesan untuk membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat dan sihat.

Bancuhkan teh hijau dengan air, kemudian lumurkan pada kulit kepala dan seluruh rambut secara merata.

Kemudian balut rambut dengan tuala selama 20 minit, lalu selepas itu bilaslah dengan bersih.

7. Bawang

Bawang juga dapat memanjangkan rambut secara sihat dan semulajadi. Ini kerana kandungan sulfur dalam bawang dapat menguatkan akar rambut.

Ada 2 cara menggunakan bawang untuk memanjangkan rambut, iaitu dengan membuat jus bawang yang dapat dijadikan masker rambut dan hirisan bawang yang diramas pada rambut dan kulit kepala.

Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilaslah dengan air.

8. Lidah buaya

Terdapat banyak khasiat lidah buaya terutamanya untuk penjagaan kecantikan diri, termasuklah pada penjagaan rambut khususnya.

Lidah buaya mempunyai nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan rambut secara lebat dan cepat panjang.

Caranya adalah dengan mengupas lidah buaya lalu mengambil gel lidah buaya di dalamnya. Kemudian sapu dan urutkan ke kulit kepala secara rata.

Setelah itu, campurkan gel lidah buaya dengan madu dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas sampai bersih.

Cantik Untuk Sihat

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda dalam penjagaan rambut yang lebat dan sihat.

Selain itu, rehat yang cukup dan kurangkan tekanan juga dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut kerana secara keseluruhan, kesihatan tubuh badan anda bergantung pada cara hidup anda.

Cara hidup yang lebih sihat akan menampilkan kecantikan tubuh badan yang sihat, luaran dan dalaman.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×