Asuh

Ini 7 Perbezaan Antara Ibu Bapa Yang Baik & Yang Bijak. Kita Yang Mana?

167
reads
kesalahan mendidik anak

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah saw menciumi Al Hasan bin Ali, di hadapan Al Aqra’ bin Habis At Tamimiy yang sedang duduk. Lalu Al Aqra’ berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh anak, dan aku belum pernah menciumi seorang pun.

Lalu Rasulullah saw memandanginya dan bersabda: “Barang siapa yang tidak menyayangi maka tidak akan disayangi”

(Hadis Riwayat Al Bukhari)

Siapa tak sayang anak, kan? Semua ibu bapa mesti akan berhabis-habisan untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak mereka. Malah, Nabi kita sendiri sentiasa berpesan supaya kita menyayangi anak-anak kecil.

Kesalahan Mendidik Anak Yang Kita Terlepas Pandang

“Jangan ‘baik’ sangat dengan anak-anak zaman sekaran ni. Nanti mereka pijak kepala.”

Tapi, bagaimana Rasulullah boleh berlembut dan masih memastikan anak-anak ini menjadi anak yang hebat?  Apa yang kita terlepas pandang?

Saya tertarik dengan sebuah pengisian daripada Laman FB Islam For Kids yang mengutarakan 7 Perbezaan Antara Ibu BapaYang Baik & Yang Bijak. Walaupun ringkas, namun sungguh bermakna.

Ia mengeluarkan kita daipada kekeliruan dan menunjukkan kesalahan mendidik anak melalui cara yang berhikmah. Jom tengok apa perbezannya.

Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki

7 Perbezaan Antara Ibu Bapa Yang Baik Dan Yang Bijak

1. Apabila mempunyai masa lapang

Yang baik: Menumpukan seluruh masa dan tenaga untuk anak mereka, sehingga mengabaikan hobi dan minat masing-masing.

Yang bijak: Mengajar anak untuk mencari minat dan berdikari. Namun, masih memantau dan melakukan hobi bersama-sama.

superhero anak kecil

Galakkan anak-anak berkawan dan mencari hobi, tetapi masih memantau mereka. / Foto Kredit: daliulian.net

2. Apabila anak belajar

Yang baik: Memeriksa dan membetulkan jawapan yang salah dalam kerja sekolah anak-anak.

Yang bijak: Mengajar anak untuk bertanggungjawab terhadap kerja sekolah sendiri. Bertanyakan masalah dan cuba membimbingnya menyelesaikan masalah sendiri.

4 Tips & Cara Komunikasi Yang Berkesan, Agar Dapat Kerjasama Dari Anak

Ketepikan formula dan silibus di sekolah. Tanyakan apa yang mengganggu fikiran mereka dalam pelajaran.

3. Apabila memberi ganjaran

Yang baik: Cuba menutup kelemahan atau rasa bersalah dengan membelikan permainan.

Yang bijak: Memberi duit poket kepada anak. Mengajar anak untuk menguruskan kewangan sejak kecil.

kesalahan mendidik anak

Foto Kredit: valuestockguide.com

4. Apabila anak menangis dan mengamuk

Yang baik: Cuba mencari jalan agar anak dapat ditenangkan secepat mungkin.

Yang bijak: Mencari punca yang menjadikan anak-anak bersikap sedemikian. Tidak memaksanya diam semata-mata risau tanggapan orang luar.

Jangan lupa peluk anak-anak juga

5. Apabila menetapkan matlamat

Yang baik: Berhasrat membesarkan anak menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada masyarakat.

Yang bijak: Membentuk hubungan yang rapat dan mesra dengan anak sehingga mereka percayakan ibu bapa dalam semua hal.

Usah berharap kepada anak yang sempurna

Usah berharap kepada anak yang sempurna

6. Apabila memberi nasihat

Yang baik: Melindungi anak daripada melakukan kesilapan, sehingga bersusah-payah melakukan sesuatu yang di luar kesanggupan.

Yang bijak: Memantau anak dalam membuat keputusan sendiri dan membiarkan mereka belajar daripada kesilapan.

Memarahi anak

Foto Kredit: popsugar.com

7. Apabila memujuk anak

Yang baik: Membiarkan anak melakukan apa saja yang mereka mahukan supaya berhenti menangis dan mengawal kelakuan.

Yang bijak: Tidak membenarkan anak-anak ‘mempergunakan’ ibu bapa. Sebaliknya, memberi ruang kepada anak untuk bersendiri dan melakukan sesuatu yang disukai selagi tidak bercanggah dengan disiplin yang ditetapkan.

kesalahan mendidik anak

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Fitrah Berkasih Sayang Terhadap Anak

Se‘macho’ mana pun kita, apabila bab anak-anak, mesti ramai yang ‘cair’ dan mudah ter’makan’ dengan kata-kata mereka. Inilah fitrah semulajadi yang Allah ciptakan dalam hati setiap manusia agar berkasih sayang dengan anak-anak.

Sunguhpun Islam sangat menitikberatkan agar kita berkasih sayang terhadap anak,  kadang-kadang kita terlalu banyak ‘memberi’ sehingga kita lupa untuk ‘mendidik’.

Inilah kesalahan mendidik anak yang menjadi perbezaan yang ketara antara ibu bapa yang baik dengan yang bijak.

Jadi, kita yang mana?

 

*Sumber asal diolah daripada ‘7 Differences Between a Good And A Wise Parent’ oleh Islam For Kids.

 

 

 

 

Yang Popular

To Top