Asuh

7 Tabiat Anak Yang Tak Patut Dihalang Oleh Ibu Bapa

29
SHARES
tabiat anak kecil

Dah memang tabiat anak kecil, mereka memang suka mencuba dan ambil tahu. Bagilah apa saja, lagi-lagi benda yang baru. Tentu pantas saja tangannya. Lain disuruh, lain dibuatnya.

Malah, mereka ada yang membawa kemudaratan, dia tetap akan tertarik dan bermain dengannya.

Sebab itu, zaman kanak-kanak memang seronok. Bebas bermain dan lakukan apa sahaja tanpa sempadan.

kartun anak

Foto Kredit: m.edziecko.pl

7 Tabiat Anak Kecil Yang Tak Patut Dihalang

Apabila semakin dewasa, kebebasan bermain mula dibatasi sedikit demi sedikit oleh ibu bapa. Ini kerana ibu bapa mula merasa anak kecil yang semakin membesar perlu bersikap matang.

Ya, betul.

Anak-anak perlu didisiplinkan dan bertindak mengikut umur mereka apabila semakin membesar. Tapi sekali-sekala, berilah peluang pada anak untuk mereka bebas lakukan 7 perkara ini.

1. Luahkan perasaan

Kadang-kadang, kanak-kanak memilih untuk menangis sebagai cara melepaskan perasaan frust ataupun stress.

Biarkan mereka menangis dan apabila mereka puas meluahkan perasaan, mereka akan berhenti menangis.

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: eumom.ie

Jadi elak mengejek atau memukul mereka apabila mereka memilih perbuatan itu. Ini bermakna mereka percayakan kita untuk memberitahu perasaan mereka.

Bayangkan, kalau mereka sembunyikan perasaan takut atau sedih, itu kan lebih bahaya?

2. Ketawa

Ada ibu bapa yang mengugut anak-anak jika berkejar-kejaran sambil ketawa riang. Memang tidak semua situasi membolehkan anak-anak ketawa tapi tidak salah memberi mereka kebebasan itu.

Lagipun peluang itu mungkin tiada lagi apabila anak-anak sudah mula berkawan dan banyak masa dihabiskan di luar rumah.

3. Bergurau senda

Foto Kredit: http://im-women.ru/

Foto Kredit: im-women.ru

Tabiat anak kecil sebenarnya kreatif, tapi ramai yang sangka mereka nakal. Ada sahaja idea untuk menyakat adik beradik atau orang sekeliling sehingga ada yang menangis.

Jangan sekat kegembiraan  mereka  tapi pantaulah agar tidak melebihi batasan.

4. Sepahkan rumah

Memang sakit mata dan sakit hati tengak barang-barang permainan anak-anak bersepah. Baru sahaja dikemas di ruang tamu, di dapur pula bersepah dengan bahan masak. Nak bantu memasak, kononnya.

Tapi, semua itu akan berbaloi dengan pengalaman yang ditimba oleh anak-anak. Lagi bagus jika dapat latih anak berjinak-jinak di dapur. Jadikan kebiasaan, ianya akan membantunya di masa hadapan.

5. Membaca

Foto Kredit: ingilizcesinifi.org

Foto Kredit: ingilizcesinifi.org

Kalau mereka suka pegang buku, biarkan. Kalau mereka suruh bacakan buku, bacalah selagi boleh. Ia akan memupuk minat membaca dalam diri anak.

Jangan hadkan minat membaca anak-anak dengan fokus pada buku ilmiah sahaja. Sesekali beri peluang anak membaca bahan bacaan bersifat santai.

6. Meminati lebih daripada satu aktiviti

Jika anak mempunyai minat dalam lebih satu aktiviti, beri galakan sepenuhnya. Elak menyuruh anak membuat pilihan salah satu atau mengikut pilihan anda.

Biarkan mereka menumpukan seluruh tenaga untuk semua perkara tersebut. Lama-kelamaan, mereka akan lebih bijak membuat pilihan.

7. Belajar untuk berdikari

Jangan ‘gatal’ tangan nak buatkan semua benda untuk anak kecil. Mereka sebenarnya boleh berdikari jika kita beri peluang.

Beri satu tugas pada anak dan biarkan dia lakukan tugas hingga selesai. Banyak yang dipelajarinya jika dia melakukan semuanya sendiri.

Bersabarlah dengan tabiat anak kecil,

…hayatilah pengalaman bersamanya selagi boleh. Tabiat anak kecil ini akan membantunya menggilap kebolehan dan keupayaan masing-masing.

Bila semakin membesar apatah lagi mempunyai rakan sebaya, anak akan menjauh dan mempunyai komitmen masing-masing.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×