Asuh

7 Cara Elak Anak Bergaduh. Cuba Petua & Tips Mudah Ini!

1.4K
reads
7 Cara Elak Anak Bergaduh. Cuba Petua & Tips Mudah Ini!

Cara Elak Anak Bergaduh

Saya berikan satu situasi.

Seorang anak yang berumur 3 tahun memukul abangnya, lalu abangnya menangis. Sebagai seorang ibu, bapa atau pengasuh, apakah yang akan kita lakukan?

Biasanya, ramai yang akan menjerit. Jeritan yang boleh didengari sejauh 5 kilometer (Ok, gurau!). Tanpa berfikir panjang kita mungkin akan terus memarahi si adik dan mungkin juga pantas memukulnya. Atau mungkin kita tidak memberikan apa-apa respon terhadap perbuatan tersebut sehingga si abang terasa yang dia sudah tidak disayangi lagi dan adik boleh melakukan apa sahaja tanpa dimarahi sesiapa.

Mungkin kita boleh pertimbangkan beberapa perkara di bawah:

1. Pisahkan mereka dahulu

Ketika berlaku perkara sebegini, hentikan dengan segera. Pisahkan adik dan abang supaya pergaduhan tidak melarat. Namun jika masih di tahap biasa, bukan tahap memukul atau mencederakan iaitu sekadar mahu berebut barang, lihat dahulu apa yang bakal berlaku. Biar mereka belajar bagaimana untuk menanganinya sendiri.

2. Tenangkan anak yang kena pukul

Dalam keadaan abang yang mungkin kesakitan dipukul adik, kita perlu menenangkan si abang dahulu. Pujuk dan lihat tempat yang sakit. Letak ubat jika perlu. Adik yang memukul tadi pasti sedang memerhati. Biarkan dia. Dia mungkin sedang marah, geram atau tidak puas hati.

3. Nasihat anak yang pukul

Apabila abang sudah berhenti menangis, tugas untuk menasihati adik pula. Lihat keadaannya dahulu. Adakah dia masih marah dan cuba cari punca kemarahannya. Kemarahan mungkin disebabkan masalah kominikasi. Mungkin si abang tidak memahami si adik dan si adik marah. Tanya dengan baik kenapa adok melakukan perkara tadi. Ajak dia berbual-bual bukan menyoal siasat.

4. Elakkan menjerit

Dengan perlahan-lahan kita tunjukkan cara yang betul untuk bermain. Kita mengajar anak untuk menangani kemarahan dengan cara kita menunjukkan bagaimana kita mengendalikanmasalah ini di hadapan mereka. Ibu tidak perlu terus marah atau menjerit. Bila mula menjerit, itu sudah menunjukkan petanda yang tidak baik. Jika kita terus menjerit untuk menghentikan pergaduhan, maka anak akan menganggap cara itu boleh diterima. Selagi ibu tidak menjerit, selagi itu mereka tidak akan diam!

5. Nasihat secara berterusan

Nasihat dan terus nasihat. Ini adalah proses yang berterusan. Nasihat melalui gurau senda dan bercerita. Segera memuji jika anak melakukan sesuatu yang baik. InsyaAllah anak-anak dapat berkelakuan baik.

Anak juga mempunyai hak untuk dihormati. Mereka tidak mahu disakiti dan tidak suka juga kita mejerit kepada mereka. Mereka belajar menghormati dengan melihat bagaimana kita menghormati mereka.

Boleh baca cara mendidik anak yang baik dan pintar dalam artikel terdahulu.

Selamat mencuba!

 

Yang Popular

To Top