” Anak awak dapat berapa A hari tu? Anak saya dapat 10A tau!”
” Anak saya dapat biasa-biasa je, Alhamdulillah”
” Dapat tak banyak A la tu kan, macam anak saya ni” senyum sinis.
Pernah tak situasi macam ini berlaku? Kadang-kadang situasi macam ni tak boleh dihalang juga kan. Kata orang, mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia macam mana pula? Susah sebenarnya. Sampai ada juga situasi di mana kaum ibu ini boleh bermasam muka akibat dari ‘aktiviti’ membandingkan anak ni. Itu yang kita tidak mahu kerana boleh memecah-belahkan hubungan silaturrahim.
Oleh itu, jom kita baca perkongsian dari laman Facebook Aiza D Undefined ini dimana beliau memberi nasihat kepada kaum ibu di luar sana mengenai situasi ‘compare and compete’ anak sendiri dan anak orang lain. Harapnya, lepas ini, para ibu boleh lah kurangkan membandingkan anak-anak ya!
Kenapa perlu ‘compare and compete’ anak kita dengan anak orang lain?
TAK PERLU! AND TAK PERLU KISAH!
I bet semua mommies mengalami masalah ni. Penyakit mak-mak, semua benda nak di-compete dan compare. Siapa lagi berat, siapa jalan dulu, siapa tumbuh gigi dulu, siapa makan nasi dua tiga pinggan pun nak compare. Tu baru compare, belum bab compete. Anak aku pandai makan sendiri, anak kau ada? Anak aku pandai cakap english tau dari baby lagi, kau ada? Eh, anak aku kan pandai mandi tukar pampers sendiri tau. Anak kau mesti tak pandai kan? dan sebagainya. Percayalah, bebenda ni akan berterusan, kalau kau layan. Tak perlu mak-mak.
Aiza bagi situasi contoh yang mudah nak hadam.
Anak si A, lahir 3 May 2015 pada usia 40 minggu, anak si B lahir 3 May 2015 jugak, tapi pada usia kandungan 37 minggu. Yes, dua-dua term, dua-dua sebaya. TAPI, perkembangan tetap tak sama! Anak A masak ranum overcooked dalam perut, anak B suam-suam, just nice untuk keluar. Of course, perkembangan berbeza. Kalau ikut pengiraan yang betul, anak B muda 2-3 minggu dari anak A.
Anak A sibuk cecita kat anak B, anak A dah pandai lari 100meter pada usia 11 bulan, anak B belum lagi. Lewat. Dah setahun baru dapat lesen L. Si A heboh cerita sampai rasa down B, kenapa anak B tak jalan-jalan lagi padahal usia sama?
Eh, faham tak Aiza cuba terangkan? Means, maybe lahir pada tarikh yang sama, tapi kematangan tak sama. Ada yg cepat, ada yg lambat. Ada yang cepat jalan, ada yang cepat cakap, ada yang lahir-lahir dah ada gigi, ada yang setahun sekali tumbuh nah kau 4 – 5 biji terus.
Kenapa perlu dirisaukan, dihebohkan? Tak perlu.
Mommies, biarkan je anak-anak membesar, dan lihatkan development dia as suatu yg menakjubkan. Trust your kids! Itu paling penting. Kalau mommy sendiri tak trust your baby, sibuk kenapa anak aku tak boleh itu, tak boleh ini, you just stress your kids indirectly tau. Just enjoy! Anak akan lebih confident kalau mommy confident dengan mereka!
Relax mommies, this compete and compare games in motherhood takkan ada sudahnya. Bila org buat, kita senyum ja. Sabar. Percaya ada banyak benda lg anak kita pandai. Percayalah, kejadian Allah itu cantik!
Sumber Facebook : Aiza D Undefined