Asuh

9 Tips Ajar Anak Tak Jadi Penakut. Asyik Berkepit Dengan Mama!

121
reads
tips ajar anak

“Kamu ni dari tadi asyik berkepit je dengan Mama. Pergilah main dengan kawan sebaya kamu tu. Kan seronok… Nak takut apa. Ish, malu tak bertempat lah kamu ni.”

Ada yang fobia nak pergi rumah orang, takut tengok topeng atau anak patung, dan ada pula yang takut dengan orang lelaki yang bermisai atau berjanggut.

Apabila meningkat usia persekolahan, ada yang takut nak pergi sekolah, takut hantu, dan ada juga yang masih takut nak masuk dalam kolam renang.

Jadi, apa tips untuk mengatasi masalah anak penakut atau ‘pemalu yang tak bertempat’ ini?

tips ajar anak penakut

Foto Kredit: toddlerhub.com

9 Tips Ajar Anak Tak Jadi Penakut, Asyik Berkepit!

Otak anak kecil memang kreatif dan kadang-kadang imaginasi mereka sukar dibayangkan. Kalau takut gelap atau takut dengan sesetengah haiwan itu normal.

Tapi, ada antara mereka akan takut terhadap sesetengah perkara yang tak masuk akal, dan mereka sendiri tak tahu kenapa.

Cuba 9 tips ini untuk menghadapi anak penakut, cengeng, atau pemalu.

1. Cuba Memahami Rasa Takut Mereka

Jangan sesekali memperlekehkan ketakutan mereka.

Ini akan menjadikan mereka lebih lemah semangat dan tak yakin pada diri.

Sebaliknya, mereka akan rasa lega jika anda memberitahu bahawa anda memahami perasaan takut.

cara bercakap dengan anak

Foto Kredit: eumom.ie

2. Kenalpasti Ketakutan Sebenar

Ketakutan sebenar ini perlu dikenalpasti supaya mereka dapat lebih memahami perasaan sendiri.

Galakkan mereka bercerita dengan lebih terperinci atau cuba meneliti perbuatan mereka apabila terpaksa berdepan dengan keadaan yang ditakuti itu.

Contohnya, anda ingatkan anak takut naik kapal terbang, tapi sebenarnya dia takut telinganya sakit.

Ada yang takut gelap, rupanya takut pada bayang-bayang yang nampak seperti ‘lembaga’.

cara disiplin anak

Foto Kredit: kidspot.com.au

3. Benarkan Mereka Mencuba

Biarkan anak mencuba banyak perkara, walaupun kadang-kadang anda rasa tak yakin dengan kebolehannya.

Jangan hadkan mereka untuk melakukan sesuatu yang ‘adventurous’, asalkan ia tidak terlalu merbahaya.

Minimakan perasaan ‘takut’ itu di depan mereka.

Galakkan mereka memegang, memerhati, dan bermain dengan bebas.

anak mudah mengalah

Foto Kredit: famlii.com

4. Ingatkan Bahawa Mereka Sebenarnya Berani

“Eh, dulu kan Adik pernah teman Mama sidai baju kat belakang tu. Berani sangat. Tak takutlah, kan?”

Cuba ingatkan mereka tentang sesuatu perkara ‘berani’ yang mereka lakukan. Boleh juga tunjukkan gambar-gambar mereka yang dulu.

Walaupun ‘simple’ ia amat bermakna kerana anda menghargainya.

bawa anak travel

Foto Kredit: tripit.com

5. Jangan Bandingkan Anak

Salah satu tindakan ibu bapa yang sangat membuat anak-anak rimas adalah perbandingan. Tidak kiralah membandingkan dengan adik-beradik sendiri, saudara, atau jiran tetangga.

Kalau nak bandingkan, beri yang dekat di hati seperti superhero atau kartun kesayangan mereka atau para Nabi yang memang patut menjadi ikutan.

manfaat memeluk anak

Foto Kredit: kidslink.co.nz

6. Anak Penakut Tak Bererti Lemah

Anak-anak perlu tahu bahawa rasa takut adalah sesuatu yang normal.

Ianya boleh dikawal walaupun kadangkala tidak dapat diatasi sepenuhnya. Takut juga tak bererti lemah.

Foto kredit: thetimes.co.uk

Foto kredit: thetimes.co.uk

7. Atasinya Sedikit Demi Sedikit

Jangan ‘expect’ si anak untuk mengatasi ketakutannya sekaligus.

Sebaliknya, atasinya perlahan-lahan. Contohnya, kalau mereka takut gelap, malapkan lampu sedikit demi sedikit sebelum mereka tidur.

tips ajar anak penakut

Foto Kredit: babycenter.com

8. Ajarkan Teknik Bertenang

Ajarkan mereka menarik nafas panjang untuk bertenang. Boleh juga ajarkan zikir tertentu bagi yang Muslim.

Sentiasa ingatkan mereka, ibu bapa sentiasa ada menyokong mereka. Tak salah meminta pertolongan jika perlu.

Bahkan, ingatkan mereka bahawa Tuhan sentiasa ada menjaga kita setiap masa dan ketika.

tips ajar anak penakut

Foto Kredit: huffingtonpost.com

9. Jadi Lebih Positif

Ada kalanya kita sebagai ibu bapa tidak sedar sesuatu yang kita ucapkan bertujuan menasihat mungkin  telah menjadikan anak penakut.

Contohnya, “Hazim, jangan baik sangat dengan orang yang tak dikenali. Sekarang ni banyak penculik. Nanti kena ikat dan terus dibawa lari.”

Sebagai alternatif, cuba katakan sesuatu yang lebih positif seperti, “Berhati-hati kalau bercakap dengan orang yang baru dikenali. Kita tak tahu apa tujuan mereka. Mungkin baik, mungkin juga buruk.”

tips ajar anak

Foto Kredit: welt.de

Ketakutan Melampau Perlu Diberi Perhatian

Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlulah ingat bahawa sebenarnya ketakutan ini adalah respon terhadap naluri semulajadi si anak yang merasa perlu kepada perlindungan ibu bapa atau orang dewasa.

Sementara itu, jangan abaikan ketakutan yang berunsur seksual seperti ‘takut kepada lelaki’ atau takut terhadap sentuhan pada bahagian badan tertentu. Cuba siasat sama ada anak pernah mengalami sebarang keadaan yang menjadikan mereka ‘trauma’ terhadap sesuatu.

Selain itu, usahakan berdoa setiap hari agar anak penakut atau pemalu ini dapat menjadi lebih berkeyakinan dan konfiden!

Carian Yang Berkaitan:

  • tak nak jadi penakut
  • Topeng Adalah Penakut
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top