Rakyat

Patutlah Ramai Gadis Remaja Hilang, Ini Bukti ‘Keberanian’ Mereka

74
SHARES
gadis remaja

“Are you crazy? Are you out of your mind?”

“We already lost your mother. What would I do if I lost you?”

Ini antara reaksi ibu bapa kepada gadis remaja yang terlibat dalam eksperimen sosial tersebut semasa berada di tempat kejadian.

Mereka amat terkejut betapa ‘berani’nya anak gadis remaja mereka ‘curi keluar’ untuk berjumpa dengan seseorang yang hanya dikenali melalui Facebook dalam masa kurang daripada seminggu.

Malah, salah seorang daripada gadis remaja itu hanya menurut saja apabila lelaki yang tidak dikenali itu menyuruhnya masuk ke dalam van yang bakal datang mengambilnya tidak jauh dari rumah.

Eksperimen Sosial Oleh Coby Persin Cetuskan Kebimbangan Masyarakat Terhadap Kenaifan Anak Gadis Remaja

Kalau anda mempunyai anak gadis remaja yang diberikan akses kepada telefon bimbit, anda patut berasa bimbang setelah menonton video ini.

Eksperimen yang dijalankan oleh Coby Persin sangat mudah. Beliau hanya membuat satu akaun palsu di Facebook, dan menyamar sebagai seorang lelaki berusia 15 tahun yang kononnya baru berpindah ke penempatan baru.

Kemudian, dengan kebenaran ibu bapa kepada 3 orang remaja masing-masing berumur 12, 14, dan 15 tahun, Coby menghantar ‘friend request’ kepada mereka melalui laman sosial Facebook.

The Dangers of Social Media (Child Predator Social Experiment) adalah sebuah video terbitan Coby Persin melalui saluran Youtube. Sehingga kini ia sudah mencecah 44 juta paparan, dan dianggap sebagai salah sebuah video yang menimbulkan kontroversi di Amerika Syarikat.

Ianya dimuatnaik dengan tujuan membuktikan kepada masyarakat bahawa modus operandi penculikan atau pemangsa kanak-kanak ini boleh berada di mana-mana.

Seperkara lagi, anda boleh lihat bagaimana mereka tidak memerlukan sebarang kepakaran profesional untuk melarikan gadis remaja berkenaan. Ini gara-gara kenaifan mereka dalam membuat keputusan.

Maka, tidak hairanlah kes-kes penculikan boleh berlaku secara berleluasa, terutamanya yang melibatkan kehilangan anak gadis remaja.

 

Ibu Bapa Perlu Celik IT, Pantau Kegiatan Anak-anak

Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memantau kegiatan anak-anak pada setiap peringkat umur. Lebih-lebih lagi zaman remaja mereka yang penuh dengan perasaan ingin tahu, berani, dan mudah terpengaruh dengan media sosial.

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan.

Lihat video sepenuhnya melalui pautan di bawah:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×