Sihat

7 Cara Mengatasi Susah Tidur Malam

328
SHARES
Susah tidur malam

Saya pasti ada antara anda yang berdepan dengan masalah mendapatkan tidur yang lena. Sudah masuk jam 1-2 pagi, mata masih lagi terkebil-kebil. Betul tak?

Akibatnya, kehidupan seharian terjejas kerana sering mengantuk dan badan cepat letih. Apabila letih, tiada energy. Silap sikit pun mudah naik angin. Orang sekeliling pun gerun dengan anda!

Bagaimana cara mengatasi susah tidur malam?

Tahukah anda punca anda tidak mendapatkan tidur yang lena?

Adakah anda ..

1. Tidur dengan lampu terpasang?

Susah tidur malam

Foto Kredit: bradenleigh.com

Meskipun anda rasa dapat tidur dengan lena, tapi sebenarnya tidak! Apabila lampu terpasang, badan anda secara automatik akan berjaga sepanjang malam. Sebab itu badan tidak dapat cukup rehat yang diperlukan.

Cuba belajar tidur dalam suasana yang kurang terang. Lagi gelap lagi bagus.

Bagaimana cara mengatasi?: Tutuplah lampu. Relaks, jangan takut hantu!

2. Berfikir sebelum tidur

Apabila anda banyak berfikir sebelum tidur, tanpa anda sedari anda akan mengingatinya meskipun dalam separa sedar. Pastikan fikiran anda betul-betul free daripada memikirkan pelbagai perkara sebaik berbaring atas katil.

Bagaimana cara mengatasi?: Lupakan semua perkara remeh-temeh seperti hal pejabat dan pasangan merajuk.

3. Tidur dalam keadaan panas?

Kalau boleh, jangan masuk tidur dalam keadaan bilik yang masih berbahang dan panas. Jangan kedekut buka penghawa dingin kerana takut bil yang tinggi.

Memang sedap tidur malam lagi-lagi selepas hujan. Lebih-lebih lagi yang on air-cond. Sejuk sahaja bilik. Jika di negara sejuk, sebelum tidur, pastikan anda memakai stokin kerana ia kehangatan membantu pengaliran darah dalam badan ketika tidur.

Cuma di negara kita, jangan mengada-ngada pakai stokin pula. Memang akan bahang satu badan!

Bagaimana cara mengatasi?: Buka kipas siling, tetapi jangan sampai nombor 5. Kalau kipas berdiri, jangan tala ke muka dan badan semata-mata. Pusingkan, biar dia rotate. Kalau buka air-cond, jangan sampai terlalu sejuk sampai suhu 16 darjah Celcius.

4. Minum kopi/teh sebelum tidur?

Kafein dalam kopi dan teh merangsang otak menjadikan anda sukar tidur. Amalkan minum susu panas sebelum tidur kerana ia dapat memudahkan anda tidur.

Bagaimana cara mengatasi?: Seperti yang diberitahu, amalkan minum susu panas. Bukan susu sejat, tetapi susu rendah lemak.

5. Leka dengan gajet?

how-to-spy-on-cheating-spouse-iphone

Apabila anda terlalu fokus dengan gajet di atas katil, tanpa disedari anda telah terlajak masa tidur yang sepatutnya. Pastikan anda sudah check Facebook, Whatsaap dan sebagainya sebelum masuk bilik. Letak jauh daripada katil anda agar tidak mengganggu waktu tidur.

Bagaimana cara mengatasi?: Letak telefon jauh-jauh dari bantal

6. Minum air yang banyak?

Foto Kredit: prevention.com http://www.prevention.com/weight-loss/flat-belly-diet/beat-bloat-these-9-smart-food-swaps

Foto Kredit: prevention.com

Waktu siang memang digalakkan minum banyak air untuk mengatasi rasa hidrat dalam badan akibat perpeluhan. Tapi, waktu malam anda, digalakkan untuk minum sedikit air. Jika terlalu banyak minum air, tidur asyik terganggu sebab kerap pergi ke bilik air.

Bagaimana cara mengatasi?: Minum sedikit air masak dan kencing dahulu sebelum tidur. Cuci kaki dan lebih afdal lagi, ambil wuduk.

7. Suka tidur petang?

Islam pun tidak menggalakkan kita tidur selepas Asar kerana tidak elok untuk kesihatan. Apabila tidur petang, badan kita akan cergas pada waktu malam dan sukar untuk tidur awal.

Bagaimana cara mengatasi?: Jangan tidur petang!

Jadi, yang mana satu anda lakukan sebelum tidur?

Susah tidur malam

Foto Kredit: itworld.com

Tidak terlambat untuk anda ubah diri. Malam adalah waktu untuk anda rehat. Menikmati tidur yang berkualiti menjadikan anda lebih segar dan dapat meningkatkan taraf kesihatan badan.

Ingat!

Jangan sesekali ambil ubat tidur jika anda susah untuk rehat pada waktu malam. Selain ketagih, ia boleh menjejaskan kesihatan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×