Famili

5 Sebab Anak Yang Suka Buat Sepah Itu Sebenarnya Bijak! – Pakar

59K
SHARES

“Aduhai… Tak padan kecil, bersepah sana sini. Kalau masa makan pun, habis semua dibalingnya. Normalkah anak-anak bersepah macam ini? Macam pernah dengar orang kata ini tanda anak bijak. Betulkah?”

Pernah tak anda dengar orang kata ‘budak yang suka buat sepah itu sebenarnya bijak’? Ternyata, ia bukan sekadar kata-kata. Saintis telah membuat pemerhatian dan menemui bukti bagi kenyataan ini.

Seperti yang diungkapkan dalam jurnal Sains Psikologi oleh Kathleen Voh, persekitaran yang bersepah boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih kreatif, tidak kiralah berapa pun umur mereka. Apabila dibandingkan, mereka mendapati seseorang yang ditempatkan sebuah dalam bilik yang bersepah boleh mengutarakan lebih banyak idea yang kreatif dan menarik berbanding mereka yang ditempatkan dalam sebuah bilik yang kemas dan tersusun rapi.

tanda anak bijak

Foto Kredit: videami.com

5 Sebab Suka Buat Sepah Adalah Tanda Anak Bijak!

Jadi, benarkah orang kata salah satu tanda anak bijak itu adalah mereka yang suka buat sepah? Terdapat beberapa kajian yang dijalankan – antaranya di Universiti Iowa (2013) dan Universiti Minnesota (2016).

Ini 5 sebab yang menyokongnya.

1. Mereka Sedang Membina Maklumat

Anak kecil yang membuat sepah ini biasanya akan mengaktifkan semua deria dan saraf motorik mereka. Memegang, merasa, menggenggam, membaling, dan sebagainya – ini semua adalah perbuatan yang akan menambahkan maklumat serta kefahaman mereka tentang dunia sekeliling mereka.

Anda mungkin nampak anak-anak seperti sedang bersuka ria – tetapi sebenarnya mereka mendapat pelbagai manfaat daripada perilaku tersebut. Kebanyakan maklumat yang diperolehi ini akan disimpan dan diproses untuk kegunaan pada masa akan datang.

Buktinya, anak-anak yang suka menyepahkan makanan didapati lebih cepat belajar nama makanan termasuklah objek yang berkaitan makanan dengan lebih cepat dan tepat.

Foto kredit : 30secondmom.com

Foto kredit : 30secondmom.com

2. Mereka Berani Bertindak

Mereka yang lebih suka bersepah adalah golongan yang suka mengambil risiko, berani bertindak, dan spontan dalam setiap tindakan.

Anak-anak ini mempunyai kelebihan dalam membuat keputusan kerana mereka tahu apa yang mereka inginkan. Ini adalah salah satu skil yang penting untuk mereka dan akan membantunya apabila dewasa kelak.

3. Mereka Lebih Kreatif

Tahukah anda bahawa kebanyakan genius yang kita kenal seperti J.K Rowling, Roald Dahl, dan Albert Einstein adalah mereka yang terkenal dengan tabiat suka bersepah?

Segelintir pakar berpendapat bahawa keadaan yang tersusun rapi dan konvensional menyukarkan seseorang untuk berfikir di luar kotak dan menggalakkan seseorang untuk sentiasa kekal dalam ‘zon selamat’. Berbanding dengan mereka yang memecahkan tradisi ini, seseorang dianggap lebih berkeyakinan dan berkebolehan untuk memberi idea baru.

Foto Kredit: fatherhood.org

Foto Kredit: fatherhood.org

4. Mereka ‘Curious’

Salah satu tanda anak bijak adalah mereka tahu apa yang mereka mahukan. Mereka mahu melihat apa yang akan terjadi apabila sesuatu barang disentuh, diusik, dilontar, dipijak, dimusnahkan, atau ditumpahkan.

Anak-anak biasanya akan mempelajari dan mengingati sesuatu melalui sebab-akibat. Mereka tahu bahawa proses ini penting dan mereka nekad untuk mengetahui sesuatu.

Foto Kredit: 4blue.com.br

Foto Kredit: 4blue.com.br

5. Mereka Belajar Mengingat Lebih Banyak Perkara

Anak-anak biasanya suka mengulang sesuatu yang mereka lakukan kerana memorinya sedang bekerja keras untuk mengingat setiap proses dan langkah yang terlibat.

Apabila sesuatu diulang berkali-kali, mereka akan cuba melakukannya dengan lebih baik. Ada masanya, mereka akan cuba mengubah permainan dan menjadikannya lebih menarik melalui idea yang timbul secara spontan.

Proses seperti inilah yang dapat membantu mereka belajar lebih banyak perkara dari hari ke hari.

tanda anak bijak

Foto Kredit: daddymindtricks.com

Pantau Eksplorasi Mereka

Jika difikirkan semula, memang ada logiknya mengapa mereka mengaitkan tabiat suka buat sepah ini dengan tanda anak bijak. Segala eksplorasi ini akan memberi kesan yang bermanfaat dalam jangka masa panjang sekiranya anda menggalakkan mereka bermain, merekacipta, dan mencetuskan pelbagai idea menarik yang tak pernah terlintas di fikiran.

Tapi, praktikkan juga keseimbangan dengan mengajari anak-anak cara menjaga kebersihan dan mengemas mainan agar tidak menyebabkan kecederaan serius. Seperkara lagi, bersepah bukanlah bermaksud pengotor ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×