Asuh

Tingkatkan Memori Anak Dengan Makanan Tinggi Omega-3

50
reads
tingkatkan memori anak

“Ibu, cikgu Qairin kat sekolah cakap kita kena makan banyak ikan sebab ada Omega-3. Dekat TV pun ada iklan Omega-3. Apa Omega-3 itu ibu?”

Istilah saintifik ini memang selalu kita dengar tapi sejauh manakah pengetahuan kita mengenai Omega-3 dan manfaatnya pada kesihatan anak? Benarkah ia dapat membantu tingkatkan memori?

Bagaimana Omega-3 Membantu Tingkatkan Memori?

Omega-3 adalah lemak sihat yang membantu kesihatan tubuh. Ia makanan terbaik untuk otak kanak-kanak kerana ia mengembangkan membran sel secara tidak langsung membantu perkembangan otak serta meningkatkan memori.

Sebab itu ia Omega-3 sangat disarankan untuk anak-anak yang bersekolah agar mudah fokus dalam pembelajaran serta meningkatkan daya ingatan.

anak yang bijak

Foto Kredit: zt.ridna.ua

Tingkatkan Memori Anak Dengan Makanan Tinggi Omega-3 Ini

Jadi, pastikan setiap kali membeli makanan seisi rumah, jangan lupa masukkan sumber Omega-3 dalam senarai belian anda seperti:

1. Kacang walnut

Segenggam kacang walnut mampu memberikan nutrisi Omega 3 yang diperlukan. Boleh dimakan begitu sahaja sebagai pengganti snek atau dimasukkan dalam bijirin yang dinikmati pada waktu pagi.

2. Kuning telur

tingkatkan memori anak

Foto Kredit: berkleys.com

Kandungan Omega-3 terdapat pada kuning telur. Pastikan beli telur yang kaya mengandungi Omega-3. Beza telur yang mengandungi Omega-3 adalah warna kuning telurnya gelap berbanding telur biasa.

3. Ikan

Hidangkan dua menu berasaskan ikan setiap minggu untuk pastikan anak mendapat nutrisi Omega-3 yang secukupnya.

4. Produk tenusu

hamil anak kembar

Foto Kredit: svsaqua.com

Elakkan dari memberi suplemen untuk kecergasan anak. Lebih bagus jika anak mendapat dari sumber semula jadi seperti susu dan yogurt.

5. Minyak masak tinggi Omega-3

bahan penyedap rasa makanan 1

Foto Kredit: besthealthmag.ca

Minyak Canola, soya dan walnut mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi. Bagaimanapun, elak guna terlalu banyak dalam memasak kerana masakan yang berminyak boleh mempengaruhi nutrisi. Sesudu sahaja sudah mencukupi.

6. Sayur-sayuran hijau

Kandungan Omega 3 dalam sayur-sayuran hijau memang tinggi sebab itu digalakkan makan sayur-sayuran setiap hari.

7. Rumpai laut

tingkatkan memori anak

Foto Kredit: maangchi.com

Makanan ini semakin diminati terutamanya peminat makanan Jepun dan Korea. Ia enak dimakan sebagai pengganti snek.

8. Makanan berasaskan soya

Tofu, Miso, Tempe dan susu soya adalah sumber terbaik untuk Omega-3.

tingkatkan memori anak

Foto Kredit: univision.com

Manfaat Omega-3 Untuk Semua!

Bukan kanak-kanak sahaja mendapat manfaat daripada kebaikan Omega-3 ini.

Orang dewasa terutamanya yang mudah lupa dan mengalami masalah mengingati juga digalakkan makan makanan ini. Yalah, selalunya masakan akan disediakan untuk seisi keluarga. Untung juga dapat tingkatkan memori anak beserta ibu bapanya sekali.

Jadi, jangan lupa mengambil manfaat daripada kebaikan makanan sebegini ya!

Yang Popular

To Top