Asuh

Praktikkan 7 Perkara Ini Jika Nak Anak Yang Bijak

135
reads
tips anak yang bijak

Anak-anak zaman sekarang nampaknya semakin bijak.

Maklumlah ibu bapa mereka ramai yang berpendidikan tinggi sehingga mampu menghantar anak mengikuti bermacam-macam kelas untuk menambah pengetahuan serta kemahiran berfikir si anak.

Siapa Tak Mahu Anak Yang Bijak?

Sejuk perut ibu yang mengandung apabila melihat satu-persatu kejayaan anak. Apatah lagi ramai yang memuji kebijaksanaan anak kita.

Namun, tidak semestinya ibu bapa yang kurang berpengetahuan atau kurang berkemampuan akan mendapat anak yang kurang bijak.

Ini kerana, pelbagai aktiviti yang boleh dipupuk sedari awal bagi merangsang pemikiran yang cerdas.

Jadi, bagaimana hendak dapatkan anak yang bijak?

anak yang bijak

Foto Kredit: zt.ridna.ua

Praktikkan 7 Perkara Ini Untuk Mendapat Anak Yang Bijak

1. Libatkan Anak Dengan Aktiviti Fizikal

Sains membuktikan setiap kali anak melakukan aktiviti yang melibatkan kecergasan, anak akan belajar perkataan baru 20% lebih cepat daripada mereka yang kurang aktif.

Jadi, anak akan cepat bercakap, memahami perkataan baru dan mampu bercakap dengan cepat berbanding rakan sebaya.

2. Wujudkan Hobi

Ajar anak kenal warna

Foto Kredit: creativitasnadidad.com

Bagi anak peluang cuba pelbagai hobi dan lihat mana satu yang anak lebih menonjol. Jadikannya hobi anak agar dia boleh mengasah minda dan bakatnya secara tak langsung membantu perkembangan dan koordinasi otak serta meningkatkan kemahiran jika dilakukan kerap.

3. Selalu Beri Kata Pujian

Anak yang selalu dipuji sentiasa berfikiran positif dan ini mendorong lagi untuk meningkatkan penguasaan ilmu yang dipelajarinya setiap hari.

Apabila dilakukan tanpa paksaan, anak akan mudah mempelajari sesuatu malah berusaha untuk menjadi lebih bijak.

4. Tidur Yang Cukup

anak kencing malam

Foto Kredit: salute333.com

Tidur yang cukup memberi banyak manfaat lebih-lebih lagi pada perkembangan minda anak terutamanya yang masih kecil.

Anak yang dapat tidur secukupnya juga mudah fokus dalam apa jua yang dilakukan. Sebab itu, pastikan anak tidur awal.

5. Sentiasa Sokong Anak

Tidak semua anak dilahirkan bijak, namun tidak bermakna dia tidak punya potensi.

Apa yang anak perlukan apabila dia gagal, adalah sokongan daripada ibu bapanya. Apabila anak sering diberi kata-kata perangsang, dia tidak akan mudah berputus asa.

Ini menjadikan anak lebih bersemangat untuk jadi yang lebih terbaik. Tidak hairanlah jika anak yang selalu gagal boleh berjaya di kemudian hari!

6. Gembirakan Anak Selalu

ayah superhero anak

Foto Kredit: wendyvandam.nl

Bagaimana nak anak gembira? Ia bermula dengan anda, ibu bapanya.

Jika ibu bapa hidup gembira, anak turut menerima kesan positif itu. Anak yang gembira tenang hatinya.

Jadi dengan mudah anak seronok belajar dan mudah menangkap ilmu yang dipelajarinya.

7. Membaca Bersama Anak

Ini yang selalu ibu bapa silap. Biasanya ibu bapa membeli buku dan membiarkan anak membacanya sendirian.

Bila ibu bapa duduk dan membaca bersama sambil menerangkan cerita yang dibaca, otak anak akan dapat mengenali perkataan, penguasaan bahasa dan memahami cerita, secara keseluruhan apatah lagi disertai dengan gambar menjadikan membaca satu pengalaman menarik.

Bayangkan, jika kerap dilakukan, masakan anak tak pintar?

tips anak yang bijak

Foto Kredit: leiturainfantil.com.br

Anak Kecil Punya Potensi Luarbiasa

Benarlah kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Apa pun untuk mendapatkan anak yang bijak, haruslah dimulakan sewaktu anak masih kecil lagi.

Yang Popular

To Top