Didik

Teknik Tiru Bunyi Guna Alat Muzik Untuk Latih Ingatan Anak & Cepat Tangkap

283
SHARES

Ibu dan bapa pasti mahukan anak pandai membaca dan mempunyai daya fokus yang tinggi. Oleh itu, ini adalah idea yang dikongsi oleh occupational therapist untuk latihan memori auditori menggunakan alat muzik dengan mudah untuk membantu meningkatkan kecerdasan dan kecergasan minda anak.

LATIHAN MEMORI AUDITORI PENTING UNTUK ANAK BELAJAR MEMBACA!

Tahukah anda, untuk kanak-kanak melabel 26 huruf rumi dengan bunyi foniknya yang betul, kanak-kanak perlu mempunyai memori auditori yang baik?

Apa itu memori auditori?

Memori auditori merujuk kepada keupayaan otak untuk menyimpan maklumat dan “pattern” bunyi dan seterusnya, mengeluarkan semula maklumat bunyi yang tersimpan tadi dengan respon pergerakan (samada pergerakan organ pertuturan atau pergerakan tubuh badan kasar). Occupational therapist suka melihat respon dari pergerakan tubuh keseluruhan anak-anak. Kerana respon pergerakan tubuh keseluruhan yang baik, adalah indikasi kepada kesediaan kanak-kanak tersebut untuk mempelajari respon yang lebih halus dan kompleks.

LATIHAN TIRU BUNYI

Latihan tiru bunyi seperti yang ditunjukkan dalam video ini, sesuai untuk anak-anak 4 tahun dan ke atas.

Dengan syarat anak tersebut:

1.Sudah boleh duduk dalam satu jangka masa

2.Boleh mendengar arahan mudah

Aktiviti tiru bunyi menggunakan alatan muzik seperti ini adalah amat baik untuk melatih:

1.MEMORI AUDITORY ANAK

Anak dengar bunyi yang dikeluarkan oleh alat muzik ibu atau guru, anak identify rima yang perlu diikut, proses dalam “working memory”nya dan keluarkan semula dengan melakukan respon pergerakan pada alat muziknya pula.

2.FOKUS & DAYA PERHATIAN ANAK

Anak perlu fokus pendengarannya pada bunyi yang perlu ditirunya. Ini akan mencabar daya perhatian anak dan kemahiran fokusnya yang amat penting untuk anak belajar kemahiran membaca & menulis yang lebih kompleks. Anak yang punya fokus auditori yang baik, akan lebih mudah memberikan tumpuan semasa pembelajaran akademik.

3.IDENTIFIKASI KANAN-KIRI

Bila menggunakan alat muzik yang ada perbezaan bunyi kiri-kanan, anak akan terlatih untuk membezakan kiri-kanan nya. Membezakan kedudukan kiri-kanan adalah amat penting untuk anak-anak yang ada masalah dengan reversals (menulis huruf terbalik).

4.TINGKAH LAKU POSITIF

Anak yang punya banyak kemahiran, dan mempunyai self-empowerment akan lebih berkecenderungan untuk mempunyai tingkah laku positif. Melatih anak menggunakan semua channel of learningnya (Auditory, Visual, Kinesthetic) adalah amat penting untuk memberikan anak rasa positif dalam dirinya.

Jadi, anda belajar sesuatu dari perkongsian ini? Dah bersedia untuk ajak anak main tiru bunyi? Jangan tangguh benda baik. Jom mula terus. Aplikasi terus ilmu yang sudah anda pelajari. Share posting ini supaya lebih ramai rakan anda yang dapat manfaat dariNya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×