Didik

Kenapa Anak Kidal Ada Aura Luarbiasa? Ini 5 Sebabnya

13.5K
reads

“Selalu juga orang kaitkan anak kidal ni dengan genius, popular, berbakat. Tengok sajalah Angelina Jolie, Rafael Nadal, Mark Zuckerberg, Steve Jobs, dan Lady Gaga. Ya, mereka semua adalah anak kidal!”

Dalam keluarga anda, adakah sesiapa yang bertangan kiri? Adakah mereka punyai personaliti yang berbeza? Bagaimana mereka ini dikatakan berbeza daripada mereka yang bertangan kanan?

Menerusi sebuah akhbar tempatan, penceramah keibubapaan, Profesor Dr. Rozieta Shaary berkata, perlakuan kidal berlaku apabila seseorang individu itu menggunakan otak kanan secara dominan. Tetapi, punca sebenar mengapa seseorang menjadi kidal tidak diketahui secara tepat. Taburannya dilihat rawak, tidak berkait rapat dengan genetik. Di seluruh dunia, dianggarkan hanya 10% manusia dilahirkan dengan sifat kidal.

 

Bilakah Ibu Bapa Dapat Mengesan Kecenderungan Anak Kidal?

Semasa anak masih kecil, kita masih belum dapat menentukan sama ada mereka ini kidal atau tidak.

Kecenderungan ini mula dapat dilihat dengan jelas apabila anak mula mencecah usia sekitar 5 tahun.

Tetapi, jangan terkejut sekiranya mereka masih lagi menggunakan kedua-dua tangan selepas umur tersebut. Ini kerana, ramai anak kecil masih lagi bersifat ambidextrous, di mana mereka boleh menggunakan kedua-dua belah tangan untuk pelbagai fungsi. Lama-kelamaan, mereka akan mula merasa lebih selesa dengan sebelah tangan sahaja dan kurang menggunakan tangan yang satu lagi.

Foto Kredit: lefthandersday.com

Foto Kredit: lefthandersday.com

Kenapa Anak Kidal Ada Aura Tersendiri?

1. Jiwa yang lebih cenderung ke arah seni, muzik, IT, dan perkara kreatif

Orang bertangan kiri memang selalu sangat dikaitkan dengan aktiviti kreatif. Kenapa ya, sebenarnya? Apabila menggunakan otak kanan secara dominan, mereka didapati berkebolehan untuk berfikir secara meluas, di mana mereka mampu menganalisa pelbagai jenis penyelesaian yang mungkin tidak pernah terfikir oleh mereka yang bertangan kanan.

Sebuah kajian daripada Kelab Kidal Antarabangsa telah membuat ‘survey’ terhadap 2000 peserta dan mendapati mereka ini lebih cenderung terhadap karier yang berkait rapat dengan seni, muzik, sukan, dan terkini, bidang teknologi maklumat.

Wah, tidak hairanlah 4 daripada 5 pereka asal komputer Mac, termasuklah Steve Jobs adalah kidal! Lebih mengujakan, Bill Gates dan Mark Zuckerberg juga bertangan kiri.

Foto Kredit: sugarslam.com

Foto Kredit: sugarslam.com

 

 

2. Mementingkan ketelitian dan kesempurnaan

Sebagai seorang kidal yang dibesarkan dalam dunia majoriti orang bertangan kanan, mereka akan berusaha lebih melakukan sesuatu perkara.

Contoh yang paling mudah adalah seperti menggunakan gunting, ‘mouse’ komputer, dan kebanyakan alat muzik. Kesemua alatan ini biasanya hanya terdapat untuk orang bertangan kanan. Jika ada pun untuk mereka yang kidal, harganya berkali ganda mahal!

Secara sedar atau tidak, anak kidal akan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan peralatan ini sebaik mungkin. Bukan itu saja, mereka akan cuba melakukannya seolah-olah mereka juga ‘sempurna’ seperti mereka yang bertangan kanan. Secara tidak langsung, ia menjadi praktis yang konsisten.

 

3. Handal Dalam Berkarya

Foto Kredit: buzzfeed.com

Foto Kredit: buzzfeed.com

Menurut kajian yang dilaporkan dalam laman web babble.com, anak kidal ini lebih cenderung untuk terjebak dalam emosi negatif dan perasaan yang mendalam.

Walaupun ia kedengaran seperti sesuatu kekurangan, tetapi sebenarnya sifat emosional inilah yang menjadi punca karya lukisan, puisi, lakonan, atau lagu yang dihasilkan mereka begitu mendalam dan menyentuh hati.

Lihatlah contoh Angelina Jolie, Lady Gaga, Paul Mc Cartney, dan Marilyn Monroe yang meninggalkan kesan mendalam dalam karya masing-masing. Mereka semua adalah anak kidal!

Tapi awas, mereka juga cepat naik angin dan senang merajuk!

 

4. Mempunyai kelebihan dalam bidang sukan

Foto Kredit: ampp3d.mirror.co.uk

Foto Kredit: ampp3d.mirror.co.uk

Rafael Nadal adalah antara lagenda sukan terkenal yang juga bertangan kidal. Jika difikirkan secara logik, kita tentu dapat meneka kenapa bertangan kidal dapat membantu beliau menjadi begitu hebat di gelanggang tenis. Ya, kerana lawannya kebanyakan bertangan kanan!

Hal ini memberi kelebihan untuknya memberi hantaran bola yang unik dan sukar diagak, tidak seperti kebanyakan pemain.

Antara ahli sukan terkenal yang juga kidal ialah peninju Oscar de La Hoya, selain ramai lagi ‘superstar’ bola sepak seperti Lionel Messi, Ryan Giggs, dan Robin Van Persie.

 

5. Memori yang lebih baik

Sebuah laman web menunjukkan anak yang bertangan kidal memiliki corpus callosum lebih besar dibandingkan dengan anak-anak normal. Bahagian otak tersebut berfungsi sebagai penghubung antara otak kanan dan otak kiri.

Bahagian inilah yang berfungsi mengawal fungsi kognitif dan motorik yang banyak menyimpan memori.

Oleh sebab itu, kajian menyokong fakta bahawa orang kidal cenderung mengingat tarikh, formula matematik, serta fakta sejarah dengan baik.

 

Kenali Potensi Anak

Begitu banyak keistimewaan anak kidal, bukan? Namun, kidal atau tidak, seharusnya ibu bapa peka dan dapat memaksimakan potensi yang ditunjukkan oleh anak mereka.

Jika kita percaya dan memberi dorongan kepada mereka, tentu anak-anak ini akan dapat mencipta pencapaian yang luarbiasa!

Yang Popular

To Top