Asuh

10 Teknik Ajar Matematik Pada Anak Dengan Cara Mudah!

332
SHARES
8 Teknik Ajar Matematik Pada Anak Dengan Cara Mudah!

Teknik Ajar Matematik

Anakanda Wafi (9 tahun) dan anakanda Wasim (7 tahun) sangat suka subjek matematik. Guru yang paling rajin mengajar mereka mengira dan cinta kepada subjek ini adalah Abi mereka. Bagaimanakah Abi mereka mengajar matematik kepada mereka?

Anak kami mempunyai satu buku nota yang mencatat segala transaksi harian mereka. Apa sahaja yang berkaitan wang dan urusniaga, mereka akan menulisnya di dalam buku ini. Jika mereka menginginkan sesuatu, mereka dilatih untuk melakukan pekerjaan dan akan mendapat ganjaran atau upah selepas selesai melakukan tugas tersebut.

Dapat upah

Contohnya, jika mahu makan aiskrim, maka mereka harus bertanya apakah tugasan yang mereka boleh lakukan bagi mendapat upah dan seterusnya mendapat upah. Apabila wang sudah mencukupi, barulah mereka boleh membeli aiskrim tersebut.

Mereka juga mempunya seekor hamster yang dibela dengan baik sekali. Segala keperluan hamster tersebut seperti makanan, akan dibeli oleh anakanda dengan menggunakan duit yang sudah dikumpul. Begitu juga jika memerlukan untuk membaiki basikal mereka.

Alhamdulillah. Tidak perlu latih tubi. Mereka belajar secara rutin dan natural. Anakanda Wafi pernah menang tempat pertama kuiz Matematik semasa darjah satu dan mendapat BAND 5 dan 6 (Darjah 1 dan 2) untuk subjek Matematik.

Matematik adalah salah satu subjek di sekolah yang paling tidak disukai oleh sesetengah pelajar. Anda boleh memulakan langkah awal dengan memperkenalkan konsep matematik semasa dia masih kecil. Bukanlah untuk mengajar apa itu algebra atau apa jua konsep yang sukar, namun anda hanya memperkenalkan nombor dan konsep mudah.

Tips dan kaedah berikut juga boleh digunakan oleh anda di rumah bagi menggalakkan anak-anak suka Matematik.

1. Gubahlah lagu anda sendiri.

Contohnya “Satu, satu saya sayang Allah, dua, dua saya sayang Rasul” dan seterusnya. Contoh lain “One little, two, little three, little Wafi.Four, little five, little six, little Wafi….”

2. Kaitkan dengan nombor.

Apabila melakukan sesuatu kaitkan dengan nombor. Contohnya menaiki tangga, kiralah tangga bersama-sama anak. InsyaALLAH nombor 1 hingga 20 pasti cepat dia mengingati.

 

3. Beri tugasan.

Jika anda ingin anak membantu anda mengambil sesuatu, kaitlah dengan nombor. Contohnya, “Wafi, tolong ummi ambil satu pampers.” dan ulang pula dalam Bahasa Inggeris “One only” sambil jari anda menunjukkan satu jari.

4. Cinta buku.

Belikan buku seawal umurnya masih bayi. Memanglah bayi tidak boleh membaca tetapi anda boleh membacakan untuknya. Pemilihan buku juga sangat penting. Pilihlah yang mempunyai tulisan yang besar dengan font yang menarik dan sesuai untuk dibaca. Warna juga adalah penting. Biarkan anak anda memegang buku dan belajar bahawa membaca itu tabiat yang baik.

 

5. Belajar melalui persekitaran.

Tentu anda banyak menghabiskan masa bersama anak di dalam kereta kan? Jangan biarkan anak anda di dalam kereta tanpa dia belajar sesuatu daripada alam sekeliling yang dilihatnya. Jika anda nampak stesen minyak, kenalkan kepada anak anda “Tengok tu Wafi Petronas”.  dan “Yang tu pulak Shell” kemudian anda tanya “Berapa lori yang Wafi nampak?”. Kiralah bersamanya. Jika lalu di Plaza Tol, katakan padanya anda perlu membayar sejumlah wang bila ada tol. Sesekali berikan dia wang untuk diberikan sendiri kepada petugas tol. Pasti dia suka.

 

6. Belajar menabung.

Kenalkan anak anda pada tabung. Belikan tabung yang menarik. Ajarkan mereka menabung.Tiba masa anda kira berapa tabungannya dan simpanlah di bank.

 

7. Ajar berulang kali.

Ketika membacakan untuk anak atau menunjukkan kad imbas padanya, tunjukkan dengan jari anda dan ulang berkali-kali. Contohnya, “This is number ONE”.

 

8. Suruh anak baca nombor plat kereta di hadapan.

Setiap kali berada dalam kereta, sebutkan abjad berserta nombornya sekali. Jika ada dua beradik, ajak mereka berlawan siapa paling cepat dapat jawab.

 

9. Minta anak tengok jam.

Selepas tengok jam, minta dia beritahu kita pukul berapa sekarang ini. Sangat berguna jika ibu berada di dapur dan anak berada di ruang tamu. Mula-mula, mungkin anak akan jawab “Jarum panjang dekat nombor 10, jarum pendek dekat nombor 2”. Lama-kelamaan, dia akan tahu waktunya.

10. Guna bahasa.

Bahasa apa yang anda hendak ajarkan kepada anak? Tentu konflik juga dengan suami bagi menentukan bahasa yang dia patut belajar. Ramai mengakui bahawa bahasa Inggeris lebih banyak dipilih oleh ibu bapa sekarang kerana tuntutan semasa. Namun bahasa Melayu tidak seharusnya dipinggirkan. Jepun dan Korea boleh maju dengan bahasa ibunda mereka, mengapa kita tidak. Jadi tidak salah jika anda menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris untuk mendidik anak. Caranya, sebut di dalam Inggeris dan kemudian ulang pula ke bahasa melayu. Contohnya,  “What is this?” dia akan jawab “Umbrella”. Bila ulang bertanya di dalam bahasa Melayu “Ini apa?” dia akan menjawab “Payung”.

Semuanya perlu diajar dan pimpin oleh anda. Kita adalah guru pertama pada anak-anak kita. Luangkanlah masa bersama anak-anak.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×