Famili

9 Perkara Yang Kita Akan Rindu Bila Bayi Semakin Besar

13K
SHARES

“Eh, minggu depan ada ‘check-up’ untuk perkembangan bayi 2 tahun. Sedar tak sedar, Raqib dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Sekejapnya rasa, dah besar rupanya anak Mama ni…. “

Dengan kesibukan membesarkan anak kecil yang mahu dilayan sepenuh masa, kita mungkin jarang berhenti sejenak dan memikirkan apa yang kita bakal rindukan apabila anak ini semakin membesar.

Mana tidaknya, mengasuh anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada kalanya ia merimaskan, mencemaskan, menyedihkan. Tetapi, ramai mengaku ia memang sesuatu yang sangat berbaloi dan tiada galang gantinya!

perkembangan bayi 2 tahun

Foto Kredit: suntmamica.ro

9 Perkara Yang Kita Akan Rindu Bila Bayi Semakin Besar

Seusai melewati perkembangan bayi 2 tahun, bayi anda akan mula melangkah ke alam ‘toddlerhood’ atau anak kecil.

Secara tidak sedar, ‘ciri-ciri’ bayi juga akan mula menghilang perlahan-lahan.

1. Lemak Bayi

Bayi yang montok, tembam, dan comel akan kehilangan semua lemak-lemak yang ‘menawan’ ini apabila semakin meningkat usia.

Lihat sajalah si bayi dengan peha dan lengan yang ‘berketak-ketak’. Ditambah pula dengan senyuman dan gelak tawanya. Geramnya, rasa macam nak ‘gigit’ pun ada, bukan?

perkembangan bayi 2 tahun

Foto Kredit: bimber.eu

2. Bau Bayi

Kalau memeluk bayi, memang tak sah kalau tak cium bau badannya. Bagi ibu-ibu, bau inilah yang menjadi penenang dan penghilang segala keletihan.

Bau bayi yang bercampur susu, minyak telon, peluh (dan mungkin muntah) akan menjadi bau yang anda rindukan, walaupun mungkin bukan dalam masa terdekat ini. Percayalah!

3. Pakaian Comel

Satu perkara yang seronok bila ada bayi adalah – mereka umpama ‘anak patung’ kita.

Macam-macam jenis romper, baju bertema, dan pakaian unik yang kita boleh pakaikan kepada mereka – termasuklah aksesori kepala!

Bila anak dah semakin besar, memang sekejap sajalah pakainya. Mungkin dah dikotori makanan, tak selesa, atau mereka sendiri yang tak mahu memakainya. Asyik nak baju ‘Spiderman’ atau ‘Frozen’ tu sajalah….

4. Rambut Bayi

Ingat lagi tak rambut bayi yang lembut, cantik, dan tak kusut? Itulah rambut bayi!

Buatlah macamana pun, mereka tetap comel dan tak pernah ada ‘bad hair day’.

Foto Kredit: flipboard.com

Foto Kredit: flipboard.com

5. Peluk Cium

Seingat kami, bayi memang suka dipeluk dan dicium. Anda memang akan melakukan semua ini secara automatik setiap hari.

Apabila semakin besar, si anak mungkin akan berasa sedikit malu atau kurang selesa, terutamanya jika anda memeluk dan menciumnya di hadapan orang ramai.

Jangan lupa peluk anak-anak juga

6. Bahasa Bayi

Tak ada yang lebih comel daripada mendengar bayi bertutur – penuh kelucuan dan menghiburkan.

Nyanyian mereka juga layak diberi tepukan gemuruh walaupun hanya buat muka selamba.

Sesuai dengan perkembangan bayi 2 tahun, lebih banyak kosa kata yang dipelajari dan mereka akan mula bercakap seperti orang dewasa.

bayi cepat bercakap

Foto Kredit: popsugar.com

7. Reaksi Spontan

Ramai yang suka bermain dengan bayi sekadar melihat reaksi mereka – terkejut, kelakar, atau bengang.

Yang seronoknya bayi takkan bosan ‘melayan’ kita. Malah, reaksi mereka kadangkala tak dapat dijangka walaupun dah berkali-kali anda mengulangi ‘trick’ tersebut.

tanda bayi tumbuh gigi

Foto Kredit: courtneyssweets.com

8. Masa Tidur

Yang ini tentu ramai yang setuju. Apabila anak anda semakin besar, ‘bateri’ mereka susah betul nak habis.

Nak disuruh tidur pun terpaksa bergelut dan bergaduh. Akhirnya, ibu dulu yang tertidur!

cara tidurkan bayi

Foto Kredit: qsota.com

9. Menggendong Bayi

Sebelum bayi pandai berjalan, kita yang beriya-iya mengajar mereka bertatih.

Tapi, bila anak dah mula ‘dapat kaki’, anda mesti akan ‘rindu’ untuk mendukung mereka.

Anda tentu tahu bagaimana kadangkala mereka mahu berjalan dengan bebas tanpa dipimpin tangan. Penatnya nak kejar mereka ke sana ke sini!

bayi cepat berjalan

Foto Kredit: collegehumor.com

Hargai Setiap Perkara Walaupun Nampak Kecil

Perkembangan bayi 2 tahun akan berlalu dengan begitu pantas tanpa anda menyedarinya.

Sesetengah ibu akan berasa lega kerana zaman yang begitu sibuk akan berakhir. Tapi, bagi sesetengah yang lain, sebenarnya ia baru saja bermula.

Walau apa pun, zaman bayi menggamit begitu banyak memori indah bersama. Jadi, sebelum ‘moment’ ini berlalu, hargailah setiap minit daripadanya!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×