“Ish, kenapalah lagu Didi & Friends asyik terngiang-ngiang kat telinga ni. Pening kepala aku dibuatnya. Ni mesti banyak sangat tengok kartun dengan anak-anak. Huhu.”
Perasan tak, sebelum ada anak dulu memang senang nak cakap kita tak nak buat macam ni, tak nak buat macam itu.
Tapi hakikatnya apabila dah ada anak sendiri, kebanyakan daripada kita memang tak boleh lari daripada perangai Mak-mak (walaupun tak adalah ‘over’ sangat).
Ini antara pengalaman menjadi ibu yang agak ‘pelik’, tapi ia memang akan berlaku. Percayalah!
10 Perangai Mak-mak Yang Kita Buat, Tapi Malu Nak Mengaku
1. Upload gambar anak banyak-banyak
Sebagai ibu, anak kitalah yang berkepit dengan kita sepanjang masa. Jadi, setiap milestone anak terasa ingin dikongsikan – perkataan pertama, langkah kaki yang pertama, senyuman pertama, pertama kali pakai baju pink, pertama kali makan nasi goreng, dan serba-serbi lagi.
Lagi pula, berbanding waktu dulu, ibu-ibu dah jarang bergambar kerana jarang nampak ‘elok’ untuk beraksi di hadapan kamera. Bagi ‘chance’ lah kan?
Walaupun bukan bertujuan menunjuk-nunjuk, kena berpada-padalah jangan sampai orang naik meluat pula.
2. Urus anak, tapi tak uruskan diri sendiri
Anak mandi awal pagi, kita sendiri dah petang baru terkejar-kejar nak mandi.
Anak makan dah 3 kali, kita pula nak minum kopi secawan pun tak habis-habis dari tadi.
Sebab itulah kita tengok anak kecil bukan main wangi dan cantik. Ibunya pula… Nanti petang suami nak balik baru bersiap pakai elok-elok.
Foto Kredit: imujer.com
3. Mengelak aktiviti sosial
“Rasanya tak boleh ‘join’lah malam ni, anak aku tak berapa sihat.”
“Maaf ya tak dapat datang rumah. Anak aku sekarang ni tak boleh jalan jauh, nanti dia muntah-muntah.”
Hmm.. Begitulah ajakan kawan-kawan yang semakin dilupakan setelah bermula pengalaman menjadi ibu.
Bukannya nak menjauhkan diri, tapi sebenarnya anak kecil memang sensitif. Jika tetap diajak dan akhirnya mereka meraung-raung atau jatuh sakit, kita juga yang kena bertanggungjawab.
4. Lebih selesa berkawan dengan ibu-ibu
“Eh, anak aku tak nak menyusu badan lah. Ni nak minta kongsi tips sikit.”
“Apa petua demam & HFMD ya? Dah 3 hari naik bintik-bintik ni. Risaunya.”
Ini antara sebab paling utama mereka yang bergelar ibu amat rapat dengan ibu-ibu lain, walaupun baru berjumpa.
Mereka banyak bertukar pengalaman menjadi ibu dan tips-tips untuk menguruskan rumah tangga. Bukannya diskriminasi ya.
5. Snek seperti ‘senjata’
Jadi ibu memang kena efisyen, cepat, dan sedia berkhidmat bila-bila masa.
Sebab itulah kita selalu ada ‘senjata’ untuk memastikan kita segar dan bertenaga.
Kadang-kadang rasa teringin sangat nak makan ‘junk food’ tapi malu pula nak dimakan depan anak. Sebab itu perlu disorok dan cepat-cepat makan apabila ada peluang!
6. Makan sisa makanan anak
Kita potong kulit roti, sayang nak buang. Anak tak mahu makan kulit ayam, kita yang licinkan.
Boleh kata kenyang jugalah kalau asyik makan lebihan makanan anak-anak ini. Tapi, kita pula ingin menggalakkan mereka mencuba pelbagai jenis makanan.
Tapi kalau asyik tak habis makan. Jenuh juga kan?
7. Sensitif terhadap isu berkaitan anak
Dulu kita tak berapa kisah apabila ada kes penculikan kanak-kanak, penderaan, atau gangguan seksual.
Tapi kini, kitalah yang paling lantang bersuara dan sangat benci melihat kekejaman terhadap anak kecil.
Ada yang boleh menangis kerana tak sampai hati melihat anak kecil diperlakukan sedemikian.
Yang kelakarnya, bukan saja perkara sedih, tengok bayi yang terlalu comel pun kita boleh tersentuh hati!
8. ‘Diaper bag’ adalah beg tangan baru anda
Beg persalinan lampin atau ‘diaper bag’ kini menjadi beg tangan baru anda. Kalau tak ada, apa-apa beg yang besar pun boleh.
Bukan itu saja, bila suami minta sesuatu daripada beg, susah betul nak capai.
Begnya kini sarat dengan botol susu anak, tisu basah, mainan, makanan anak, buku rekod kesihatan anak, baju ‘spare’ dan macam-macam lagi yang ‘spare’.
9. Boleh tertidur di mana-mana
Siapa kata pengalaman menjadi ibu tak meletihkan, itu memang tak boleh dipercayai.
Kita akan merasakan keletihan itu sehingga kita boleh terlelap tanpa disedari.
Kadang-kadang, dalam sedar pun kita rasa macam tengah ‘bermimpi’.
10. Hafal lagu & kartun di TV
Mungkin sebab malas nak tukar channel, atau sebab terpaksa menonton bersama anak.
Sampai kita pun dah hafal semua jalan cerita dan karakter kartun itu. Mestilah, dah hari-hari tengok kan?
Lagipun, kalau kita tak hafal lagu kegemaran mereka, adalah yang mula buat muka masam masa nyanyi bersama.
Pengalaman Menjadi Ibu Sangat Bermakna!
Tindakan yang anda lakukan ini sebenarnya salah satu cara anda mengekspresikan karakter anda sebagai seorang ibu.
Jadi, tak perlu malu apabila melakukan perkara ini. Manakan tidak, ia juga membuktikan anda sangat bahagia dan menyayangi anak anda serta sanggup berkorban demi mereka.