Famili

7 Sebab Ibu Bapa Dengan 4 Orang Anak Lebih Bahagia Hidupnya

518
reads
4 orang anak

“Inginkan keluarga bahagia? Lahirkan EMPAT anak!”– Kajian dari Universiti Edith Cowan, Australia.

Menurut Dr. Bronwyn Harman, Pensyarah Psikologi dan Sains Sosial, setelah lima tahun menemu bual ibu bapa daripada pelbagai kategori dan latar belakang, beliau mendapati ibu bapa yang miliki lebih daripada empat anak punyai kehidupan yang lebih bahagia berbanding keluarga yang miliki anak kurang daripada empat orang.

keluarga bahagia

Foto Kredit: okichas.com

Tapi kenapa sampai EMPAT baru gembira dan jadi keluarga bahagia?

Kalau satu, dua dan tiga anak, ibu bapa tak gembira ke?

Kelebihan Memiliki Empat Orang Anak

Ibu bapa mana tak gembira dengan kehadiran anak-anak, tetapi kalau empat:

1. Anak-anak sudah ada kumpulan/geng mainan sendiri

Tidak perlu memanggil orang lain untuk bermain dengan anak kerana memadai mereka berempat sudah cukup untuk buat satu kumpulan dan bermain bersama-sama apatah lagi kalau umur anak tidak jauh beza antara satu sama lain.

Ibu bapa tidak perlu risau kerana boleh mengharapkan anak sulung menjaga, berkomunikasi dan belajar bersama adik-adiknya.

cara atasi mabuk laut

Foto Kredit: lwwa.org

2. Ibu ada bodyguard’ yang ramai

Punya anak yang banyak boleh membantu meringankan beban kerja rumah.

Anda juga tidak perlu risau untuk keluar berseorangan atau memerlukan bantuan mengangkat barang ketika di pasar raya kerana punya tenaga muda yang ramai.

3. ‘Tahan’ dengan kerenah

Setiap anak punya karakter berbeza. Meskipun ada kalanya ‘angin’ berdepan dengan perangai setiap anak tapi itulah yang membawa kebahagiaan.

Jadi anda sudah kebal dengan perangai anak-anak.

4. Anak-anak pandai berdikari

Biasanya mereka yang punya ramai adik-beradik sudah terbiasa ‘independent’ dan boleh diharap.

Jadi ibu bapa tidak begitu risau kerana anak-anak sudah pandai menjaga diri sendiri.

latih anak buat kerja rumah

Foto Kredit: kabritausa.com

5. Ibu bapa memang suka keluarga besar

Setengah ibu bapa memang suka anak ramai. Bagi yang masih teragak-agak, mereka pun pasti akan selesa dengan kehadiran anak-anak, terutamanya apabila dapat lihat mereka membesar.

Sebab itu mereka amat menghargai pengalaman miliki keluarga besar.

6. Hubungan keluarga lebih akrab

Ini kerana miliki keluarga yang besar perlukan banyak kesabaran dan kompromi. Lebih banyak cabaran, lebih akrab lagi hubungan antara satu sama lain kerana masing-masing memberi sokongan.

tips ibu bapa

Foto Kredit: huffingtonpost.com

7. Anak-anak sudah terdedah dengan pelbagai perangai

Apabila anak-anak berjumpa orang lain, mereka lebih bersikap terbuka dan tidak mudah melatah melihat kerenah serta ragam orang sekeliling kerana sudah terdedah dengan perangai adik-beradik yang berbeza.

Jadi, sebenarnya mereka mudah membawa diri dan tidak akan menyusahkan ibu bapa.

Nilai sebenar keluarga bahagia terletak pada syukur

Dengan kajian dan sebab dinyatakan di atas, memang patut anda berfikir untuk menambah lagi zuriat!

Walau apa pun, keluarga bahagia yang sebenar bukanlah bergantung pada jumlah anak yang ramai atau pun sedikit.

Yang penting, anak-anak yang dilahirkan bersifat soleh agar dapat membantu ibu bapa ke syurga kelak.

Yang Popular

To Top