40 Minggu

Bolehkah Upload Gambar Bayi Baru Lahir di Media Sosial?

2.8K
reads
Upload gambar bayi baru lahir

Dengan meluasnya penggunaan Internet dan media sosial, anda mesti nak berkongsi kesemuanya dengan sanak saudara dan teman-teman. Apa tidaknya, ingin berkongsi kegembiraan sahaja. Bukanya ada apa-apa pun!

Upload gambar bayi baru lahir

Selalunya, kalau tidak di Facebook, ramai yang akan berkongsi di Instagram, Twitter dan terkini WhatsApp. Termasuklah juga berkongsi atau share gambar anak baru lahir di media sosial lain.

Namun, adakah ianya baik atau buruk untuk upload atau share gambar anak baru lahir ini? Adakah terdapat larangan upload gambar bayi baru lahir? Apakah hukumnya? Boleh atau tidak boleh?

Trend zaman sekarang?

Sudah menjadi seperti trend sekarang ni, ada sahaja perkara atau perkembangan terbaru; semuanya kena share. Orang ramai pun seakan-akan dahagakan berita-berita terkini tentang apa sahaja. Kiranya busy body juga, semua benda pun nak tahu.

Bayi yang berumur di bawah 40 hari berdepan dengan dua jenis gangguan, gangguan fizikal dan gangguan rohani. Gangguan rohani lah yang kita patut lebih berhati-hati iaitu terdiri daripada Ain (sihir tanpa jin) dan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).

Apabila kita share gambar anak yang baru lahir (0-40hari) ke laman sosial, dikhuatiri mereka ini akan terkesan dengan Al-Ain tadi, iaitu sihir tanpa jin atau mata jahat.

Siapakah Al-Ain itu?

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا Maksudnya : Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.”

Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (Hadith riwayat Muslim) عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ Maksudnya : Dari Aisyah RA., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari Ain (mata jahat) kerana sesungguhnya Ain itu haq (benar)”(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata. Ia disertai dengan rasa takjub atau kagum tetapi juga datang dengan perasaan iri hati dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis Ain, iaitu Ain Insi (berunsur manusia) dan Ain Jinni (berunsur jin).

 

Boleh terangkan lebih lanjut?

Sebagai contoh, seseorang mungkin melihat gambar anak anda yang anda muat naik di laman sosial. Kemudian orang ramai akan like dan komen “Wah comelnya anak kau!” atau “Tahniah!”. Itu yang elok, tidak mengapa.

Namun, ada segelintir orang pula mungkin mempunyai perasaan atau niat yang tak berapa elok dan kemudian mendoakan perkara yang tak baik kepada anak anda. Walaupun hanya melalui gambar yang dilihat menerusi skrin komputer mahu pun telefon pintar, dikhuatiri ia tergolong pula di dalam Ain Insi, iaitu Ain yang datang daripada manusia.

Oleh itu anda mempunyai dua pilihan di dalam kes ini, samada untuk merawatnya apabila Ain ini telah berlaku atau mencegahnya daripada berlaku. Kalau ikut pepatah, “Mencegah lebih baik daripada merawat”.

Akhir kata

Foto Kredit: imore.com http://www.imore.com/dreamy-photos-newborn-iphone

Foto Kredit: imore.com

Selepas membaca artikel upload gambar bayi baru lahir ini, terpulanglah kepada anda untuk mengikutinya. Tetapi berdasarkan kepada penjelasan di atas, adalah lebih baik anda hindari daripada share gambar anak baru lahir di laman social terutamanya bagi yang belum sampai umur 40 hari bagi mengelak daripada berlakunya Ain tadi.

Wallahu’alam.

Carian Yang Berkaitan:

  • gambar baby baru lahir
  • gambar bayi baru lahir
  • hukum upload gambar bayi
  • hukum post gambar baby baru lahir
  • apakah boleh upload foto do Facebook ain
  • hukum upload gambar baby
  • hukum ambil gambar bayi baru lahir
  • kesan ambil gambar bayi baru lahir
  • upload gambar bayi baru lahir
  • tangkap gambar bayi baru lahir
3 Comments

3 Comments

  1. fatyn

    July 12, 2015 at 5:13 pm

    Betul tu…hati manusia ni kita tak tau mcm mana kan…tak perlu upload gamba bby bru lahir..sy share dgn famili terdekat je dulu…

  2. Hidhir

    April 10, 2016 at 10:56 am

    Saper percaya kepada tempoh 40hari larangan upload gambar bayi mereka itu telah melakukan syirik..na’uzubillahiminzalik..tolong faham betul2 perkara mengenai musibah ‘ain’ ini…

  3. ra'uff

    October 28, 2016 at 1:05 pm

    klu kte amek gmbr dia br lahir,tp lps 40 ari br upload bole ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top