Famili

23 Tips Bahagia Dalam Rumah Tangga Mengikut Islam

23 Tips Bahagia Dalam Rumah Tangga Mengikut Islam

Tips bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.

Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.  Antara tips-tipsnya adalah:

Kereta bersih, anak pun gembira dapat main air

Ajak buat aktiviti bersama-sama anak

  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
Asingkan tempat tidur anak bila sampai masanya

Tidur berpelukan

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  • Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
Sebab dan Alasan, Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suami

Bergurau senda selalu

  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

BACA: 8 Tips Keluarga Bahagia Menurut Islam, dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  • Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  • Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  • Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat
  • Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  • Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  • Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  • Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  • Pasangan yang sudah berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  • Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  • Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  • Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
  • Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Carian Yang Berkaitan:

  • rumah tangga bahagia
  • rahsia rumahtangga bahagia
  • rumahtangga bahagia
  • tips rumah tangga
  • ilmu rumahtangga
  • ilmu rumah tangga
  • rahsia rumah tangga
  • tips berumah tangga
  • pasangan bahagia menurut islam
  • tips kebahagiaan rumahtangga
1 Comment

1 Comment

  1. rumah tangga harmonis

    August 9, 2016 at 10:02 pm

    Terima kasih atas informasi bermanfaatnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top