“Kadangkala teringin juga nak bermalas-malasan. Tapi, sejak jadi ibu memang susah nak ‘curi masa’ untuk buat apa yang kita suka. Ini pun baru seorang anak. Bagaimana agaknya tips ibu yang dah ada 3-4 orang anak.”
Percaya atau tidak, selepas dapat anak, kehidupan kita akan berubah – terutamanya IBU.
Walaupun mungkin tidaklah 360 darjah, tapi sebenarnya ada banyak perkara yang anda akan mula rindukan.
Masa belum ada anak dulu, mungkin kita tak ‘heran’ pun dengan semua perkara ini.
11 Benda ‘Simple’ Yang Kita Rindu Nak Buat Lepas Ada Anak
1. Bangun Lewat
Macam tak percaya, kita yang dulu liat nak bangun pagi kini tak pernah terlewat bangun.
Kalau tak terbangun sendiri pun, mesti akan terjaga kerana tangisan anak kecil.
Memanglah bangun awal itu bagus, tapi adakalanya muncul rasa ‘rindu’ betul nak melekat atas katil, lebih-lebih lagi pada pagi Ahad.

Foto Kredit: goodhousekeeping.com
2. Tengok TV
Bukan kata drama, nak tengok satu rancangan TV 30 minit sampai habis pun susah.
Rasanya TV di rumah macam ada siaran rancangan kartun saja.
Apabila anak tidur, kadangkala kita terpaksa perlahankan volume dan hanya baca subtitle!

Foto Kredit: raprica.blogspot.my
3. ‘Hang Out’ Dengan Kawan
Sejak mempunyai anak, memang dah kurang ‘keep in touch’ dengan kawan-kawan.
Bukanlah nak keluar ‘berembun’ macam zaman bujang dulu.
Tapi, cukuplah sekadar makan malam atau lepak di kedai mamak macam waktu dulu tanpa ada tangisan atau rengekan yang nak ajak balik.

Foto Kredit: pinterest.com
4. ‘Bergayut’ Di Telefon
Cakap di telefon biasanya hanya boleh bertahan selama 5-10 minit sebelum anak mula menarik-narik, memanggil kita, dan menangis.
Kalau anak tidur pun, rasanya susah juga nak berbual sebab takut tertinggi suara sampai mereka terbangun.
Telefon kita bukan saja dah penuh dengan ‘game’ atau gambar anak-anak, tapi rasanya macam dah jadi hakmilik mereka pula.

Foto Kredit: huffingtonpost.com
5. ‘Dating’ Dengan Pasangan
Walaupun selalu berjumpa, perasaannya tak sama dengan bertemu janji berdua – tanpa orang lain.
Sejak ada anak, waktu untuk berdua-duaan dengan pasangan di rumah pun akan berkurang.
6. Bersarapan Dengan Tenang
Sarapan ala kadar, sarapan dalam kereta, kadang-kadang sarapan cuma minum kopi setengah cawan.
Kita kini lebih sibuk kerana harus memandikan atau memasak bekal untuk sekolah anak.

Foo Kredit: vustudents.ning.com
7. Bincang Isu Semasa
Kita rindukan percakapan orang dewasa. Dahulunya mungkin anda sering bercakap tentang hobi, politik, gosip, atau filem terbaru.
Kini anda dan pasangan mula cenderung memperkatakan hal anti-vaksin, perkembangan sekolah anak, dan isu dalam rumah tangga.

Foto Kredit: brisbanekids.com.au
8. Bergaya
Kurang masa dan kesempatan untuk mengenakan pakaian atau solekan cantik, melainkan kalau perlu menghadiri majlis-majlis tertentu.
Bukan tak nak bergaya di rumah, tapi setiap kali pakai cantik-cantik mulalah si anak akan ajak keluar berjalan. Serba salah dibuatnya!

Foto Kredit: dailymotion.com
9. ‘Me Time’
Kita rindu untuk berseorangan. Mana tidaknya, sejak lahirnya bayi, kita akan sentiasa mendampingi mereka 24 jam.
Kalau bekerja boleh juga ada masa sendirian semasa memandu, tapi kalau yang seharian di rumah macamana?
Nak ke tandas dengan aman pun susah, kan?

Foto Kredit: jugglingmom.com
10. Makan ‘Junk Food’ Banyak-banyak
Jangan tak mengaku. Sejak ada anak, kita lebih berhati-hati dalam pemakanan kerana tak mahu ditiru oleh anak.
Jadi, kita menahan segala nafsu semasa membeli-belah, terutamanya apabila mereka ada bersama.
Maka, ada masanya kita akan sembunyikan sekeping coklat atau snek dalam beg tangan kita. Apabila anak-anak tidur atau tak ada berdekatan, baru dapat makan!

Foto Kredit: gg2.net
11. Pergi Kedai Sendiri
Tak payah nak cakap tentang percutian mendaki bukit, berkayak, ‘backpacking’, atau ke luar negara.
Cukuplah kalau dapat pergi ke kedai runcit depan rumah sekalipun.
Kalau keluar dengan anak-anak dan pasangan, tak dapatlah nak memilih barang dengan sepenuh konsentrasi.
Malah, kena ikutkan segala aktiviti anak-anak seperti – pergi taman, atau kedai mainan.

Foto Kredit: essentialbaby.com
Jadi Ibu Bapa Banyak Cabarannya
Setelah bergelar ibu bapa, banyak perkara yang kita perlu sesuaikan dengan anak-anak.
Salah satu tips ibu boleh praktikkan adalah dengan cuba rancangkan senarai yang anda ingin lakukan untuk diri sendiri.
Tapi kadangkala, apabila diberi kesempatan untuk berjauhan dengan anak, ibu bapa pula yang tak tahan risaunya atau terfikirkan anak walaupun hanya sejam dua.
Kelakar, kan?