Asuh

7 Sebab Bermain ‘Lego’ Boleh Jadikan Anak Anda Pintar

6.9K
SHARES
permainan pintar lego anak

“Nak beli mainan jenis apa ya untuk Nabil? Hmm… Blok-blok binaan ini nampak menarik. Semua orang kata bagus. Bolehlah beli satu.”

Selalu kita dengar orang cakap bahawa ‘Lego’ atau blok binaan merupakan antara mainan terbaik buat anak.

Tapi, kenapa ya?

girl-playing-with-colorful-blocks

Permainan Manipulatif Baik Untuk Anak

Sebenarnya ‘Lego’ adalah salah satu daripada permainan manipulatif yang bagus untuk perkembangan anak.

Permainan manipulatif adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membina atau membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut.

Permainan ini membantu anak untuk membina kemahiran motor halusnya terutama koordinasi tangan. Permainan ini juga melibatkan kordinasi otak dan mata anak.

7 Manfaat Permainan Manipulatif Buat Anak

1. Membentuk Kemahiran Motor

Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran motor halusnya.

Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensel dan kemudian pandai menulis.

permainan pintar

Foto Kredit: creativity.org

2. Latihan Konsentrasi

Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya.

Ini melatih konsentrasi dan koordinasi otaknya.

permainan pintar

Foto Kredit: thisisourhome.net

3. Meningkatkan Kreativiti

Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling baik untuk menyambung dan membentuk.

Maka, otak mereka akan semakin ligat berfikir dan sentiasa memikirkan idea baru.

mainan-diy-murah-menarik-09

4. Koordinasi Mata

Permainan ini baik untuk koordinasi matanya kerana dia mungkin akan melihat benda yang kecil dan berwarna.

Selain itu, anak juga akan cepat kenal huruf, nombor, atau warna yang terdapat padanya.

5. Memahami Konsep Saiz

Permainan ini akan mengenalkan anak kepada konsep bentuk, saiz, berat, ketinggian mahupun kelebarannya.

Anak juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira (matematik).

permainan pintar lego anak

Foto Kredit: konkero.com.br

6. Memperkenalkan Konsep Ruang

Berbeza daripada apa yang dilihat pada buku atau skrin tablet, permainan seperti ini menggalakkan anak untuk memahami konsep ruang yang bersifat 3 dimensi.

permainan pintar

7. Meningkatkan Keyakinan

Apabila berjaya membina sesuatu sesuai dengan kehendakanya, mereka akan menjadi lebih yakin dan konfiden terhadap diri sendiri.

Kemahiran sosialnya juga akan meningkat kerana dia perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu atau meminta bantuan daripada orang lain.

permainan pintar

Foto Kredit: stirthewonder.com

Banyak Lagi Permainan Pintar, Boleh DIY!

Bukan ‘Lego’ saja, sebenarnya banyak lagi permainan pintar yang direka untuk mempunyai ciri permainan manipulatif seperti tanah liat atau ‘play-doh’.

Malah, anda juga boleh DIY saja permainan menggunakan bahan yang ada di rumah seperti dalam entri  ini.

Semoga ini dapat memberikan idea untuk anda membuat aktiviti bersama anak di rumah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×