Famili

Dianggap ‘Lembap’ Di Sekolah, 9 Anak Disleksia Ini Kini Berjaya dan Popular

3.3K
SHARES
anak disleksia

Jika suatu ketika dulu, kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar dianggap bodoh atau malas, tetapi kini anggapan tersebut mungkin boleh disanggah.

Terdapat banyak kemungkinan yang boleh diandaikan tentang perkara ini. Mereka mungkin berada dalam kategori lembap (slow learner), hiperaktif ataupun mengalami disleksia.

Disleksia bukanlah satu penyakit yang berbahaya tetapi merupakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak apabila mereka ke sekolah.

anak disleksia

Foto Kredit: bbc.com

Walaupun Dianggap Lembap, Anak Disleksia Sebenarnya Mempunyai IQ Tinggi

Sungguhpun begitu, sekiranya tidak dibendung dari awal masalah ini akan menjejaskan peribadi dan keyakinan diri anak kerana mereka sering dipandang rendah dan diasingkan. Disleksia berasal daripada bahasa Greek bermaksud “bermasalah dengan perkataan”.

Pada asasnya masalah ini berkait dengan pertuturan, bacaan, tulisan, konsentrasi dan ingatan.

Mungkin ramai ibu bapa tidak peka tentang masalah disleksia dan hanya menyedarinya bila anak sudah ke sekolah, itu pun jika guru terbabit peka dengan keadaan muridnya.

Sekiranya tidak dibendung dari awal, pastinya masalah ini boleh menjadi lebih besar. Kanak-kanak tersebut terpaksa menerima tohmahan bahawa dia seorang bodoh, degil, malas dan sebagainya. Sedikit sebanyak emosinya akan terganggu dan seterusnya menjejaskan pelajarannya di sekolah.

Walaupun masalah asasnya hanya berkait dengan bahasa tetapi jika dibiarkan ini akan merumitkan dan menjejaskan pelajaran mereka.

Siapakah antara individu terkenal dunia yang mengalami disleksia?

anak disleksia

Keira Knightley / Foto Kredit: speakerscorner.me

1. Keira Knightley

Aktres terkenal Pirate of The Carribean ini didiagnos dengan disleksia pada usia 6 tahun, apabila Keira mengalami masalah membaca di sekolah. Ibu bapanya cepat menyedari akan hal ini, tetapi mereka bijak menanganinya.

Melihat kesungguhan dan minat mendalam Keira dalam bidang lakonan, ibu bapanya berjanji akan mencarikan agen lakonan buatnya dengan syarat Keira belajar membaca dengan baik.

Bersemangat dengan perjanjian ini, Keira Knightley menyahut cabaran dan belajar membaca dengan tekun menggunakan skrip drama pementasan klasik, Sense And Sensibility sebagai nota yang membantunya membaca dengan baik.

Dan, dari sinilah beliau mula mengorak langkah. Ternyata semua usahanya berbaloi!

 

 

anak disleksia

Orlando Bloom / Foto Kredit: artcreationforever.com

2. Orlando Bloom

Seakan kebetulan, siapa sangka seorang lagi pelakon Pirates Of The Carribean ini juga menghidapi disleksia. Menurut beliau, sebelum diangkat menjadi pelakon terkenal, beliau terpaksa bekerja keras sehingga selalu menganggap dirinya bodoh.

“Saya terpaksa melakukan sesuatu kerja 3 kali ganda lebih daripada orang normal, tetapi keputusannya hanyalah 2/3 daripada apa yang saya harapkan.”

 

anak disleksia

Patrick Dempsey / Foto Kredit: her.ie

3. Patrick Dempsey

Masihkah anda ingat lagi dengan drama ‘Grey’s Anatomy’? Ya, Patrick Dempsey adalah pemegang watak utama yang turut digelar ‘McDreamy’ dek renungan matanya serta pesona yang cukup memukau!

Beliau didiagnos menghidap disleksia pada usia 12 tahun, dan turut merasakan kesusahan yang sama. Walaubagaimanapun, anak disleksia ini menyifatkan kondisi inilah yang menjadikan beliau rajin berusaha, walaupun telah berada di puncak kejayaan.

Sehingga kini, beliau mengaku masih mengalami sedikit kepayahan dari semasa ke semasa, terutamanya untuk membaca skrip dengan laju dan menghafalnya.

 

 

anak disleksia

Tom Cruise / Foto Kredit: gamesradar.com

4. Tom Cruise

Siapa tidak kenal dengan Tom Cruise, aktir berwajah kacak yang digilai sejak dahulu sehingga kini. Walaupun telah membintangi ratusan filem, Tom Cruise mengakui zaman sekolahnya bukanlah sesuatu yang mudah.

Sejak umur 7 tahun lagi, beliau telah dilabel disleksia dan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Antaranya, beliau sukar mengingat apa yang dibaca, mudah bosan, rasa rendah diri, selalu gementar, dan kecewa dengan diri sendiri.

Sebagai salah seorang Pengasas Hollywood Education And Literacy Project, beliau kini ingin memastikan anak-anak disleksia mendapatkan pendidikan yang sepatutnya melalui pendekatan dan teknik yang bersesuaian.

 

 

anak disleksia

Steve Jobs/ Foto Kredit: biography.com

5. Steve Jobs

Pengasas dan CEO jenama komputer dan elektronik Apple atau Iphone ini memang selalu mengejutkan kita dengan pelbagai kisah kejayaan yang memberi inspirasi.

Dalam temubualnya bersama Dyslexia Help, Steve Jobs hanya sempat belajar satu semester di kolej dan tidak berjaya menamatkan pengajiannya kerana mengalami masalah pembelajaran.

Baginya, pembelajaran di sekolah adalah tidak praktikal dan tidak bersesuaian dengan kebolehannya.

Mengikuti naluri dan gerak hatinya, beliau berusaha sendiri mencipta kejayaan dengan memulakan perniagaan yang memberi manfaat kepada ramai, dan tentulah sangat menguntungkan.

 

 

anak disleksia

Bill Gates / Foto Kredit: aib.edu.au

6. Bill Gates

Aduh, kenapalah nama Bill Gates mesti ada sekali apabila Steve Jobs ada? Bagaikan ‘konspirasi’ pula mereka berdua ni ya? Bagi yang belum tahu, genius IT yang juga pengasas komputer Microsoft ini adalah anak disleksia.

Beliau yang pernah dinobatkan sebagai manusia paling kaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut oleh Majalah Forbes ini juga mengalami masalah di awal usia mudanya. Antara ‘quote’ yang paling popular tentang masalah pembelajarannya di sekolah ialah:

“Ya, saya gagal dalam beberapa subjek di sekolah, tetapi kawan saya lulus. Sekarang, kawan saya seorang jurutera di Microsoft, tetapi saya pula adalah pemiliknya.”

 

 

anak disleksia

Ingvar Kamprad/ Foto Kredit: jobstreet.com.my

7. Ingvar Kamprad

Mungkin anda tidak kenal dengan namanya, tapi sudah pasti ramai yang kenal dengnan jenama IKEA.

Ya, beliaulah pengasas kepada kedai barangan perabot IKEA yang sangat popular di seluruh dunia ini.

Menurut Dyslexia Help, penyakit disleksia ini menjadikan beliau sukar mengingat kod nombor produknya. Lalu, beliau mencari jalan kreatif untuk membantunya mengenalpasti produk tersebut dengan lebih mudah:

  • Perabot besar dinamakan dengan tempat di Sweden
  • Kerusi dan meja dinamakan dengan nama orang
  • Perabot dan kelengkapan taman dinamakan dengan Pulau di Sweden

Dengan penjenamaan seperti ini, Ingvar Kamprad telah membawa IKEA memperkenalkan sesuau yang ikonik dan tak pernah dibuat orang. Malah, keunikan inilah yang menjadikan IKEA istimewa di mata dunia.

 

 

anak disleksia

William Hewlett / Foto Kredit: hewlett.org

8. William Hewlett

Salah seorang peneraju jenama komputer dan elektronik bertaraf dunia, Hewlett-Packard, turut terbuka untuk mendedahkan simptom yang dihidapinya.

Anak disleksia ini mengakui mengalami saat-saat yang sukar di sekolah, terutamanya untuk menyiapkan kerja bertulis.

Walau apa pun, beliau berusaha dengan gigih untuk mengatasi masalah disleksia dan berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Stanford, serta dua lagi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal.

Ini membuktikan bahawa anak disleksia memiliki IQ yang tinggi walaupun mengalami kesukaran belajar.

 

 

anak disleksia

Steven Spilberg / Foto Kredit: foxnews.com

9. Steven Spielberg

Oh ya, lupa diperkenalkan seorang lagi lagenda bintang yang bersinar walaupun menghidap disleksia.

Pengarah terkenal ini telah mengarahkan pelbagai filem terkenal seperti Jurassic Park, Jaws, ET, dan banyak lagi.

Seperti anak disleksia lain, Spielberg juga pernah dibuli dan ditertawakan kerana kesukaran belajar. Menurutnya, beliau lewat membaca 2 tahun daripada rakan sekelas yang sebaya dengannya.

Kesungguhan Spielberg jelas terbukti apabila beliau kembali menyambung pengajiannya yang tertangguh sejak tahun 1968 pada usia 50an.

anak mudah mengalah

Foto Kredit: lsd-mag.com

Anak Disleksia Bukan Keseorangan!

Dengan kisah-kisah inspirasi di atas, diharapkan agar mereka yang memiliki anak disleksia tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan kreatif untuk memberi didikan yang sesuai dengan mereka.

Ini kerana, setiap anak disleksia adalah berbeza, walaupun mereka mengalami simptom yang akan serupa.

Ramai lagi selebriti yang mengalami disleksia kini berjaya di Malaysia, mahupun di mata dunia. Antaranya Baki Zainal, Saiful Nang, Jim Carrey, Jennifer Aniston, Keanu Reeves, Muhammad Ali, serta para pemikir bijak seperti Alexander Graham Bell, Pablo Picasso, dan Leonardo Da Vinci.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×