Anak Bosan Di Rumah?
Adakah anak anda cepat bosan dengan mainan? Baru dibeli, sudah tidak mahu main lagi.
Sebenarnya, barang-barang di bawah boleh membantu anak-anak melakukan aktiviti merangsang minda di rumah. Dengan tips mudah ini, tidak perlu mainan yang mahal-mahal. Anggap ini satu cara mereka belajar. Bila kita kaitan belajar dengan bermain, tentu mereka seronok!
Kebiasaannya, anak berumur 3, 4, 5 atau 6 sesuai menggunakan barang-barang ini. Dengan syarat, ibu-bapa sentiasa temankan mereka.
Tambahan lagi, kebanyakan barang-barang ini boleh didapati di mana-mana kedai alatulis. Harganya juga berpatutuan.
Apakah barang-barang tersebut?
1. Krayon
2. Pensel warna
3. Gunting kanak-kanak
4. Kertas lukisan
5. Kertas warna
6. Warna air
7. Kertas A4
8. Gam
9. Pensel
10. Pemadam
11. Pengasah pensel
12. Manila kad
Apakah aktiviti yang mereka boleh lakukan dengan barang-barang ini?
1. Melukis
Boleh lukis pada kertas A4. Gunakan krayon dan biarkan anak luahkan kreativiti mereka. Tentu ada kes di mana dinding rumah jadi mangsa lukisan anak-anak. Lucu!
2. Mewarna
Bagi anak yang sudah ke tadika, biarkan mereka bereksperimentasi dengan pensel warna. Jika ada pencetak di rumah, boleh download pelbagai watak kartun kegemaran anak.
3. Menggunting
Bagi kanak-kanak, gunting adalah benda yang paling didambakan. Jika selalu ibu-bapa larang mereka guna gunting, dengan bertemankan penjaga, tentu sekali mereka rasakan kebebasan. Gunting pula biarlah gunting mainan sahaja. Lihat muka anak yang berkerut-kerut sambil menggunting, tenang rasa hati. Jaga-jaga, jangan sampai mereka gunting rambut sendiri pula!
4. Menampal
Aktiviti ini perlukan gam. Selesai gunting kertas warna yang berpetak-petak, tampal pada manila kad.
5. Mencantum
Boleh cuba mencantumkan hasil guntingan mereka juga. Buat bentuk abjad, dari A sehingga Z.
6. Menyusun
7. Melakar
Hanya dengan 12 barang ini, pelbagai aktiviti lain yang boleh mereka lakukan dan merangsang minda mereka. Selamat mencuba!