1-2 Tahun

3 Ciri Anak Hiperaktif. Jika Ada Tanda, Jalani Terapi.

5.3K
reads
3 Ciri Anak Hiperaktif. Jika Ada Tanda, Jalani Terapi.

Ciri Anak Hiperaktif

Apa itu ADHD?

ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive. Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.

 

Tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD yang hiperaktif selalunya menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam 3 kategori besar samaada di rumah, sekolah dan sebagainya.

 

Susahnya nak duduk diam

Susahnya nak duduk diam

 

1. Hiperaktiviti

Jika diperhatikan, kanak-kanak hyperactive ini sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. Mereka juga tidak boleh duduk diam di dalam kelas dan sentiasa akan berlari dan memanjat. Adakalanya mereka akan mengusik orang lain tanpa sebab. Jika kanak-kanak ini terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan perhatian.

2. Tempoh tumpuan yang singkat

Kebanyakan kanak-kanak hyperactive akan menunjukkan tanda seperti susah untuk memberikan tumpuan yang lama apabila ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya. Paling lama tumpuan dapat diberikan hanya dalam 10 minit sahaja. Selain itu mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan. Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah. Ada setengah kes yang agak berat, kanak-kanak hyperactive ini lebih mudah lupa walaupun tidak logik mengikut usia sebenar mereka.

3. Kurang sabar

Disebabkan kanak-kanak ini terlalu cergas, mereka juga akan menghadapi tekanan di mana mereka kurang sabar dalam kehidupan seharian. Jika di kelas, mereka selalunya akan cepat memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan. Hal ini terjadi kerana mereka kurang sabar untuk menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mungkin kerana ini juga mereka cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika orang tidak memahami masalah mereka, anak-anak ini akan dianggap biadap. Akibat dari sikap kurang sabar ini juga mereka lebih mudah mendapat kemalangan.

BACA: 7 Cara & Tips Mengatasi Anak Hiperaktif 

 

Carian Yang Berkaitan:

  • tanda anak hiperaktif
  • anak hiperaktif
  • ciri anak hiperaktif
  • hiperaktif
  • kanak-kanak hiperaktif
  • ciri ciri anak hiperaktif
  • tanda tanda anak hiperaktif
  • ciri ciri kanak kanak hiperaktif
  • hyperaktif
  • kanak kanak hyperactive
21 Comments

21 Comments

  1. mohd amin murad

    October 8, 2014 at 10:47 pm

    Saya sedang mengelami masalah anak saya hiperaktif juga. Masalah saya terlalu mengharapkan satu hari anak saya ini bakal mengulung ijazah suatu hari nanti. Saya tidak dapat mengambarkan cara dan dugaan bagaimana saya akan .

  2. RUZILA

    January 21, 2015 at 1:15 pm

    Salam en mohd amin, in sha allah sy boleh tolong en. amin kalau berminat boleh whatsupp sy di talian 0182372716

    • Mohd izwan

      January 31, 2015 at 10:23 am

      Pn ruzila,
      Anak saya umur 6thn dan ad ciri2 hyperaktif.tidak pernah diagnos.tinggal di rawang.

  3. ayu

    March 25, 2015 at 11:12 am

    Salam..saya juga punya anak yg hiperaktif..Ya Allah..tuhan sajalah yg tau..betapa sshnya nak menjaga dia dan berhadapan dgn pandangan serong orang lain seakan-akan seperti saya tak pandai jaga anak..tahap hiperaktif anak saya sangatlah teruk sehingga boleh mencederakan saya..anak saya kerap mengamuk,tak mendengar cakap,suka buat hal ditempat awam sekiranya tak dapt apa yg diinginkan…

    Terlalu tertekan memikirkan masalah anak..saya berhenti kerja dan mula memikirkan kenapa anak saya tak mcm anak org lain..saya nekad buat pemerhatian sendiri ke atas anak saya..saya tidak mahu hantar anak ke pakar kerana risau anak saya akan.diberi dadah seperti mana banyak kes yg saya baca di internet..doktor hanya beri ubat penenang seakan dadah bg merawat anak hiperaktif.
    SetelahSetelah 5 tahun membuat kajian atas anak sendiri..alhamdulillah anak saya sudah tidak hiperaktif melalui penjagaan makanan yang sangat ketat..anak saya sudah tidak hyper lagi dan dia boleh tumpukan perhatian pada pelajarannya di kinderrgarten.
    Punca anak.hiperaktif masih.lg dibincang oleh para doktor dan profesional..hasil pemerhatian terhadap anak saya..anak hiperaktif boleh dirawat melalui diet pemakanan yg ketat cthya mengelaakkan coklat,gula2 dan macam2 lg..hasil pemerhatian saya, anak hiperaktif sangat kalah dengan banyak jenis makanan yg ada dipasaran yg menyebabkan.mereka gelisah dan mengamuk.
    Untuk itu..kepada sesiapa yg punya anak yghiperaktif dan memerlukan bantuan sayainsyaAllah saya cuba membantu seperti mana saya merawat anak saya sehingga dia pulih seperti anak2 biasa. Namun begitu..izinkan saya mengenakan sedikit bayaran atas usaha saya membantu memulihkan ank2 anda..bukanlah mengambil kesempatan tetapi sebagai satupenghargaan untik diri sendiri bersungguh2 menjalankan rawatan ini..boleh hubungi saya 0197340469 puan ayu..

  4. Sha

    April 6, 2015 at 11:31 am

    salam..Puan saya pun menghadapi masalah ank hyperactive yg berumur 7 tahun , sentiasa keluar kelas dan kurang tumpuan dalam kelas dan pelajaran..kuatiri anak tercicir dalam pelajara..

  5. ayu

    April 7, 2015 at 3:17 am

    Salam..puan sha..ank puan perlu dirawat segera supaya tak ketinggalan dlm pelajaran..alhmduliilah saya berjaya merawat ank saya sendiri yg juga mengidap hiperaktif yg sgt teruk..skrg alhmdulillah dia sudah kembali normal spt kanak kanak biasa melalui terapi diet pemakanan yg amat2 ketat.jika puan perlukan bantuan saya..insyaAllah saya cuba membantu..msg or hubungi saya 0197340469 .puan ayu..

  6. marta

    April 29, 2015 at 4:10 pm

    Sya pun sedang mengalami perkara ni..ank sya skrg umur 4thn ada ciri2 hyper aktif ni..ank sya mudah sngat lupa walaupun baru beberapa minit..sya risau nk hntr kat mana2 skolah sb takut guru atau budak2 lain tk blh nk faham kt ank sya..

    • yaticheras

      March 28, 2016 at 5:35 pm

      Neyda ney
      salam… sy pon punya mslh yg sm dgn anak yg berusia 5 tahun nih.same mslh awak.. tp berhenti sekolah xmmbantu ape2 yg baik tuk perkembangan die… sy now sdg ikhtiar jgk… xmau ank kite tercicir belajar…

      Puan ayu
      bagi kami tips pls…sy akan cantact puan k.

  7. Ayu

    August 5, 2015 at 5:23 pm

    Jika puan tinggal di area lembah Klang,insyaAllah saya Cuba Bantu..

  8. ann

    September 2, 2015 at 5:54 pm

    assalam.. saya rasa anak saya juga masalah sama.. dia selalu tantrum yg dasyat.. pernah gigit jari saya hingga dia sendiri menggigil kemarahan tanpa sebab.. xmmpu kawal kemarahan, dia akan baling apa saja barang yg berdekatan dan menjerit hingga serak. ahli keluarga lain selalu anggap anak saya jahat dan biadab. usia hmpir 3 thn

  9. Pn noora

    December 30, 2015 at 11:21 am

    Assalamualaikum.. saya juga mempunyai masalah yang sama. Anak saya berumur 7 tahun.. dia terlalu aktif..tidak pernah penat walau seharian bermain..sering membuat perkara seorang diri dan yang merbahaya..(bermain api, objek tajam) suka merosakkan barang, sering membuat kacau dalam majlis atau tempat orang ramai…saya kesian dan sedih kerana orang sekeliling sering marah dan tidak suka dengan perangai dia.. saya pernah menanya pada doktor tentang simpton anak saya tapi doktor kata dia bukan hyperaktif.. saya buntu..harap dapat membantu saya..

  10. Aleesya Hanani

    February 9, 2016 at 11:17 pm

    Assalamualaikum.. saya juga mengalami masaalah yg sama.. anak saya yg sulung berumur 4tahun.. perempuan.. dia sangat terlalu hyperactive.. tapi dia juga mengalami Epilipsy 2.. tak pandai duduk diam.. dia suka memanjat, koyak kertas, peel off stickers… even bookcase, she can climb up sambil santai atas bookcase siap bawak mainan dan minuman.. saya takut jatuh.. dia juga tak dapat dimarahi sedikit.. kalau kite marah dia,dia mengamuk habis adik2 nya dtolak, diambil nya mainan adik2 nya.. kalau kmi nak larang dia, dgn berlembut dan pujuk pujuk je baru mau.. skrg dia dah sklh, kindergardent 2.. kat skolah, dia pilih cikgu.. ada cikgu dia nak bkawan, ada yg tak.. perhatian utk pelajaran tak ada.. so far selama sekolah, no problm with other friends.. cuma kacau kawan je time bljr.. sebab dia tak duduk diam .. dia pun ada masaalah dgn lmbat bercakap n menulis.. if buat homework, sya guide dia mnulis. Sometimes perhatian nya dlm mmbuat homework tu lari, ada saja nak dibuat nya.. nak ambil mainan laa, nak tgk tv laa, nak minum laa, nak dkt ayah laa.. she also have appointmnt at child development centre.. but dari sana, blum ada transfer to pscythiatry for kids.. but doktor kata nak transfer masatu.. tapi sampai skrg tak ada.. transfer to pscythiatry utk tgk emotional nya.. sebab doctor kata, mungkin dia stress.. tpi tak tau laa betul atau tak.. saya tak bkerja, saya dduk kat rumah je jaga anak 3org.. doctor tu kata she also have a bad behaviour.. sebab nak tegur pun susah tak nak dgr ckp.. sbb dia terlalu hyperactive.. tak nak focus apa org nak ckp dan suruh buat.. susah hati saya jugak.. tpi sekarang alhamdulillah, ada sedikit2 improvemnt dlm percakapan.. tapi tak bnyk seperti budak 4tahun yg biasa.. saya harap puan dapat tolong saya..

  11. Anis

    March 9, 2016 at 5:22 pm

    Salam puan dan semua ibu2 di sini yang mengalami masalah yg serupa. Saya juga mempunyai seorang anak hyperaktif, lelaki, umurnya baru 2 tahun 7 bulan. Sgt ssh utk handle dia sebab boleh kata semua benda dia tak nak dengar kata. Contoh, nak mandi susah, nak makan susah, nak pakai baju, buka baju, tukar pampers semuanya kena bergelut saya membuatnya. Bila dipanggil tak pernah nak datang, bahkan dia akan lari dan menyorok sebalik langsir sambil ketawa. Kalau takat cmtu je okla. Ini bila saya pujuk elok2 ajak mandi dia akan pegang langsir sekuat2 ati. Angkat langsir tak boleh sebab dia akan berlari sambil tangan masih pegang langsir.. dh pernah terjadi kepala dia terhantuk kuat di dinding, sliding door dan dia juga penah jatuh straight landing ke lantai sebab dia bergantung kat langsir tapi nak larikan diri drp saya sbb saya ajak dia mandi. Dia juga suka rebut komputer saya akibatnya pendapatan saya terjejas sbb saya cari rezeki dengan membuat kerja penulisan dan penterjemahan melalui internet. Saya langsung tak boleh pegang apa2 sekalipun sbb dia akan rampas drp saya. Diberi barang lain sebagai ganti pun dia tak mau. Saya cuba mengajarnya dgn cara tegas sedikit sbb bila hari2 berlembut dia ok mula2 tapi lepas tu mulalah dia tak dengar tapi bila saya berkeras sikit dia akan baling saya dgn apa2 brg yg dkt dgn dia. Masa umur dia 1.5 – 2 tahun hari2 dia gigit saya tapi sekarang syukur dah tak ada lagi. Saya sangat stress dan rata2 org sekeliling tidak memahami. Ada yg ckp saya tak pandai jaga anak. Hanya allah yang tahu betapa sengsaranya hati menjalani dugaan ini tapi saya sayangkan anak saya dan saya sgt berharap puan dapat membantu.

  12. Puan azie

    March 29, 2016 at 11:09 pm

    Salam..saya seorang ibu kepada anak yg mpunya ciri Hyperaktf juga.

    antara tanda awal sejak lahir.

    – sukar utk tidur mlm. tidur skejap dan kemudian berjaga smpai pkl 3-4pagi.
    – tantrum dengan suka menhantuk kepala di lantai or dinding.
    – sukar focus tak smpai 5minit.
    – Berlari bila dapat peluang dan tak toleh2 lagi
    – Kadang2 secara spontan dia mengasari orang lain dengan cara menolak atau menampar (umur baru 2thn lebih kurg ketika itu)
    – dalam masa terluang bila saya tak buat kerja lain..sy dapati pelbagai benda yg dia lakukan..contoh : memanjat pagar..tv..tumpahkan bedak..main air dlm blk mandi..masuk dalam sinki dan mandi di dalamnya. dan bermacam2 lg
    -‘bila ke sekolah tadika bmula umur 4 tahun anak sy mmg tak masuk kelas. Dia boleh focus hanya dalam bbrp minit kemudian ke toilet..kemudian bjalan sana sni.
    – ketika berumur 5 dan 6 tahun cikgu anak saya slalu juga complaint anak sy sukar mendengar arahan. suka ganggu kawan secara tiba2. hingga ada masanya kdg2 kwn cedera dengan pensil dia.

    Namun begitu..boleh saya katakan..keaktifan dia sudah banyak berkurangan dan boleh dikatakan hampir pulih macam kanak2 lain. cuma kena monitor slalu. Saya boleh kongsikan serba sedikit terapi atau tips yg saya kutip di sana sni utk memulihkan anak saya. Mungkin kita boleh sama2 cuba….

    moga berkesan pada anak tuan puan

    1. Terapi Al quran :

    – saya kerap memasang ayat2 al quran ketika anak saya berada di rumah atau dalam kereta. Sy takkan pasang lagu2 / radio.

    – kerap bacakan surah 3 qul dan surah an nas..tiup pd ubun2. dan katakan apa yg saya mahu ketika dia sedang tidur waktu malam.

    2- Rawatan Darul syifa di bandar baru bangi.

    3- Terapi Homeopathy.

    4- Acupuncture

    5- Hidroteraphy di S.alam dengan mandi ais dan aromatherapy.

    6- Pemakaian Aromatherapy setiap kali dia mahu tidur dan ke sekolah. Di calit sedikit di belakang telinga.

    7- Sentiasa menegur dengan lembut.

    8- selalu peluk dan kata yg kita sayang pada dia.

    9 – Sebut selalu bahawa dia anak yang baik dan istimewa.

    10-‘ Pesan dengan ayat2 yang positive setiap kali dia pergi ke sekolah. Jangan selalu mengugut atau marah2.

    11- Ajar anak kita cara hormat org lain..kwn2 dan guru.

    12- Beri peluang mereka meluahkan apa yang tersimpan. Dengar dan acknowledged.

    13- Mesti kerap bawa mereka release their energy dengan bermain di playground. Swimming adalah salah satu cara yg baik.

    14- Kena redha dan positive dgb bgtau pd org yg terbabit dgn kesilapan anak kita bahawa anak kita adlh anak yg istimewa kerana ada ADHD

    15- Elakkan beri makanan yg banyak bahan perasa tiruan..gula2…jajan.

    16- Kena pastikan anak kita tidur awal spy dia dapat rehat yang cukup. Ini demi mengurangkan tantrum atau keletihan keesokan harinya. Sebab anak saya ..kalau letih atau mengantuk..dia akan lebih hyper dan acting out.

    17- Jangan lelah untuk mendoakan kesembuhan anak kita setiap masa !

    wallahualam. Semoga dgn sedikit perkongsian..dpt membantu anak tuan puan pulih dengan izin Allah

    • Bella

      June 16, 2016 at 9:47 am

      Perkongsian yang bagus..

  13. unknown

    July 8, 2016 at 9:47 pm

    Asslmlaikum,saya ada seorang ank buah, perempuan berumur genap 4 tahun,badan nya semangat dlm erti lain gemok,tapi yg saya pelik dia suka menjerit dan menjawab,x boleh buat dia marah sikit kalau tidak dia akan menjerit,dia juga tidak reti dduk diam leran selalu keluar rumah x kira masa walaupun selalu dimarahi mak bapak dia,dia juga tidak ada rasa malu sprti kanak2 lain kerana selalu bogel dan suruh ibunya mandikan dia,dia buka pakaian x kira tmpt atau dpn org ramai,dia lebih dngar ckp kwn2 nya daripada ibu bapa dan bapa atau mak saudaranya sendiri,dan dia juga selalu merengek tak tentu pasal yg membuat kami rasa tidak selesa,adakah anak sedara saya seorang yg hyperactive??mohon jawapanya…

  14. Lia

    October 19, 2016 at 9:17 am

    salam sejahtera,anak lelaki saya umur 3 tahun 11 bulan sekarang, kami awalkan dia masuk sekolah Cina, dlm umur 3 tahun 2 bulan atas permintaan dia sendiri. masalahnya saya xtau adakah anak saya dlm kategori hyperactive ni atau tidak sebab dia boleh tumpuhkan perhatian untuk siapkan homework dlm subjek eng & malay, tapi untuk subjek math & bhsa cina dia cept hilang tumpuan dan selalu mengeluh.bila pakai baju & seluar dia boleh buat sendiri tapi bila nak mandi buka baju dia xboleh nk buat dia marah2 sdiri dan ckp xpandi buka baju…dia cuma pandai buka seluar sdiri saja katanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top