Asuh

Lukisan Anak Sulung Duduk Seorang Diri Buat Ibu Tersentak, Bila Ditanya Jawab “Mama Papa Sayang Adik Je”

2
SHARES
trauma kanak-kanak

Trauma bukan sahaja boleh berlaku kepada golongan dewasa malah kanak-kanak juga. Apa yang bezanya adalah trauma kanak-kanak ini sukar untuk dikesan kerana mereka masih tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan lalu dipendam sahaja.

Apa yang boleh ibu bapa perhatikan adalah berdasarkan telatah dan aktiviti seharian mereka. Adakah anak-anak nampak kekok atau murung sahaja seperti kisah di bawah ini?

Baca juga: Pertama Kali Jadi Ibu? WAJIB Tahu 5 ‘Helah Kreatif’ Semasa Jaga Anak Ini Supaya Hidup Semudah ABC!

TRAUMA KANAK-KANAK JANGAN AMBIL MUDAH, MAK AYAH KENA ALERT

trauma kanak-kanak

Tular di laman Tiktok sebuah video foto yang memaparkan seorang kanak-kanak yang kelihatan sedih sambil melukis. Menurut perkongsian dari ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Seera Maheran, dia mengatakan bahawa anaknya sedang melukis diri sendiri yang jauh dari ibu bapanya.

Inilah yang dipesan ramai apabila jangan ambil mudah dengan perasaan anak sulung terutamanya yang sudah lama sendiri dan tidak mempunyai adik. Menurut si ibu, apabila ditanya tentang maksud lukisannya yang duduk sendirian, dia menjawab:

“Sebab mama dan papa sayang adik, selalu marah kakak..”

Runtuhnya hati seorang ibu apabila mendengar ungkapan tersebut dan terus meminta maaf kepada anak perempuan sulung berusia 4 tahun itu. Menurut Seera, adiknya baru sahaja berusia 10 bulan dan memang akan sentiasa dipangku dan diberi perhatian lebih berbanding dirinya yang sudah boleh bermain sendirian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang turut pilu melihat keadaan si kecil itu dan ramai turut menasihatkan bahawa jangan lupa untuk menjaga hati anak sulung juga. Hal ini kerana, ramai yang berpendapat bahawa kanak-kanak zaman kini lebih terdedah dengan masalah Post Traumatic Syndrome (PTSD) kerana mak ayah leka dengan gajet.

KANAK-KANAK PUN BOLEH ADA PTSD?

trauma kanak-kanak

Gambar hiasan.

Pernahkah anda mendengar tentang PTSD? PTSD merupakan sejenis gangguan emosi yang menyebabkan seseorang rasa amat tertekan selepas berlakunya kejadian yang traumatik.

Pesakit PTSD mempunyai risiko yang paling tinggi untuk menghidap penyakit kronik dan masalah kesihatan yang lain. Individu yang mempunyai PTSD akan rasa amat terganggu dengan memori pahit yang mereka ingin lupakan. Mereka juga kerap berfikir dan mengalami flashback yang sering mengingatkan mereka tentang trauma yang dialami. Berikut merupakan tanda-tanda yang boleh diperhatikan terutama dalam kalangan kanak-kanak jika mereka alami PTSD:

-Munculnya ketakutan yang baru
-Keresahan pemisahan (terutamanya kanak-kanak kecil)
-Kesukaran dan gangguan tidur
-Sedih berpanjangan dan luar biasa
-Hilang minat dalam kegiatan biasa
-Kurang tumpuan
-Jatuh dalam prestasi kerja sekolah
-Mudah marah
-Badan tidak selesa (sakit kepala, sakit perut)
-Mudah meragam

*Mak ayah jangan leka ya. Pedihnya hati anak yang masih kecil dibiarkan sendirian…

Baca juga: Pelik Murid Jalan Terseret-Seret, Rupanya Kasut Disumbat Kertas, Guru Simpati Terus Belikan Baru

Sumber: MypositiveparentingTiktok @seeramaheran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×