Tular satu video di laman Tiktok memaparkan seorang murid lelaki berjalan secara menyeret kasut sekolah meraih perhatian netizen. Dari jauh kelihatan murid ini berjalan secara perlahan dan ramai menyangka kaki murid ini sakit namun tidak.
Perkongsian video dari seorang guru ini mengundang air mata ramai kerana masih ada rupanya dalam kalangan pelajar sekolah yang daif. Jika tidak mendapat perhatian, maka begitulah nasibnya berkekalan berjalan terseret-seret dek kerana kasut besar..
Baca juga: Ini Jumlah Pendapatan Isi Rumah Untuk Jadi Golongan T15 Ikut Negeri, Semua Bayaran Meningkat!
PATUTLAH JALAN TERSERET-SERET, RUPANYA PAKAI KASUT SEKOLAH BESAR..
Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Cikgu Farrah, murid itu terpaksa meletakkan gumpalan kertas di dalam kasut kerana saiz kasut yang dipakainya terlalu besar. Selepas dimaklumkan tentang masalah tersebut, Cikgu Farrah berkata dia terus mengukur kaki murid itu dan membelikan sepasang kasut sekolah baharu buatnya.
“Minggu lepas ada kawan beritahu, suruh tengok kasut murid ni sebab dia jalan seret-seret kasut dan aku pun memang tak cakap banyak, terus ukur kaki dia dan pergi beli kasut baharu untuk dia.”
Lebih meruntun hati cikgu tersebut, semasa proses mengukur kaki murid itu, boleh nampak dengan jelas gumpalan kertas-kertas disumbatkan ke dalam kasut untuk menjadikan kasut tersebut lebih ketat dengan kaki. Malah, kasut yang dipakai itu pun sudah lusuh dan banyak kawasan yang sudah terkoyak.
SERONOK DAPAT KASUT BAHARU..
Video di aplikasi TikTok itu meraih lebih setengah juta tontonan dalam tempoh 14 jam selepas ia dimuat naik. Malah, orang ramai juga meminta video sambungan dari Cikgu Farrah untuk melihat reaksi murid tersebut semasa menyarung kasut sekolah baharu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sayu melihat kedaifan yang terpaksa dilalui murid berkenaan. Malah, ada dalam kalangan netizen yang mengakui tumpah air mata kerana tersentuh mengenangkan nasib malang kanak-kanak itu.
“Pernah alami dulu. Ayah beli kasut bundle warna putih, ada warna kuning-kuning. Semua kawan tanya. Sedihnya waktu tu, tapi saya bersyukur ada kasut untuk dipakai.”- netizen
“Aku tak boleh tengok video macam ni. Sebab aku pernah lalui semua tu. Bila ingat balik, sedih.”- netizen
“Anak orang susah, demi ilmu sanggup pergi sekolah dalam serba kekurangan. Saya pun pernah rasa dulu.”- netizen
*Meleleh pula air mata tengok video adik tersebut jalan terseret-seret saiz kasut besar. Sedangkan rakan-rakan lain pakai kasut sekolah yang elok…
@cikgu_farrahminggu lepas ada kawan bgtau suruh tengok kasut murid ni sbb dia jalan seret2 kasut and aku pun mmg x cakap banyak terus ukur kaki dan p beli kasut baru utk dia.. sedihnya bila masa nak ukur size kaki nampak kertas dlm kasut.. dia sumbat kertas2 sbb kasut tu besar..♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon
Baca juga: Belanjawan 2025: Bujang Dapat RM600, Bantuan SARA Kredit Dalam MyKad Penerima April 2025
Sumber: Tiktok @cikgu_farrah