Menjadi perbualan ramai sejak beberapa hari lepas apabila suasana sesi orientasi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di selatan tanah air mengundang tanda tanya. Ini adalah menerusi video yang dikongsikan salah seorang pelajar universiti berkenaan ketika dia menjalani minggu orientasi di universiti itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan fasilitator yang membuat prank kejutan bagi menyambut hari jadi salah seorang dari kumpulan mereka. Pada mulanya dapat dilihat seorang fasilitator wanita dipercayai sedang memarahi dan bertengkar dengan seorang fasilitator lelaki yang ada disitu. Ada drama ke?
Baca juga: “Macam Highland Tower, Seram!”- Dinding Kusam & Berkulat, Pelajar Dedah REALITI Asrama Universiti
FASILITATOR TERJERIT-JERIT KETIKA MINGGU ORIENTASI, PERLU ADA LAGI KE?
Paparan dalam video tersebut kemudian diteruskan lagi apabila datang pula seorang lagi fasilitator lelaki yang lain cuba menenangkan suasana tegang berkenaan. Namun, kedengaran dia juga tetap meninggikan suara dan tiba-tiba menjerit ke arah pelajar baru yang menyaksikan perkara itu di dewan tersebut supaya mereka mendiamkan diri.
Yang mengundang rasa aneh dalam kalangan orang ramai adalah apabila tujuan jeritan dan marah tadi hanyalah sekadar prank bagi menyambut hari jadi salah seorang rakan fasi itu.
Video ini menyebabkan seorang doktor yang merupakan pensyarah, Dr. Rozanizam Zakaria, juga mempersoalkan adalah semua lakonan, aktiviti sepanjang orientasi pengajian tinggi perlu? Kita bukan terperangkap dengan minda tahun 1994 lagi kerana sekarang sudah 2024!
“Orang dah sibuk dengan artificial intelligence battle, perang geopolitics dunia, ancaman liberalisme, isu tekanan mental.
Kita masih lagi terperangkap dengan minda 1994. Orientasi je mesti kena ada joget-joget, poco-poco, team building campur lelaki perempuan. Ceramah sampai seminggu, separuh masa peserta tidur dek kepenatan.”
PELAJAR PERLU DILATIH LAYANAN SEPERTI ORANG DEWASA, BUKAN KANAK-KANAK
Menurutnya beliau yang pernah mendaftar di Adelaide University tahun 2024, semua proses memang cepat. Orientasi hanya tentang pembelajaran dan sistem universiti dan hal lain boleh belajar sendiri. Beliau menegaskan bahawa tiada orientasi untuk hafal nama fasi, tiada jalan itik keliling fakulti, tiada nyanyi lagu gemuruh jiwa, tiada sketsa berkumpulan.
“Sebab mereka acknowledge adult learning. Teach them priorities, team them adulting, them them resilience. Yesterday’s strategies will not work for tomorrow’s problem. Adapt!”
“Anggaplah ini sudut pandang yang membina. Kita sama-sama bertanggungjawab mencorakkan generasi. Sebagai academician, psychiatrist, saya melihat dua-dua sisi. Mereka yang seronok di fasa universiti, dan mereka yang struggle emotionally. Ada yang kita kena perbaiki dalam sistem pendidikan. Kita semua pemegang taruh.”
Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan netizen yang bersetuju bahawa sistem ini perlu diubah. Memang banyak memori yang boleh dicerita kepada anak-anak tapi zaman sudah tidak seperti dahulu…
“Minggu orientasi patut tunjuk kat mana kelas, dewan dan semua fasiliti yang boleh guna. Ajar cara buat assignment. Ajar cara citation, bagi reference apa semua. Ajar cara tulis akademik artikel, tulis tesis. Ajar cara submit penulisan kat jurnal-jurnal atau kat mana nak submit. Ajar cara-cara nak dapatkan extra credit.”- netizen
“Stop trend beratur panjang-panjang macam budak sekolah, fasi terjerit-jerit tak tentu hala. Adult settings please.”- netizen
*Rasanya, minggu orientasi ini boleh saja diteruskan namun kena tukar cara pendekatannya. Fasiliti perlu diperbaiki, urusan juga perlu diperbaiki dan tidak perlu sesi ‘mengagung-agungkan’ fasilitator dengan adegan drama sebegini. Letih…
Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!
Sumber: Dr. Rozanizam Zakaria