Asuh

Pertama Kali Jadi Ibu? WAJIB Tahu 5 ‘Helah Kreatif’ Semasa Jaga Anak Ini Supaya Hidup Semudah ABC!

8
SHARES

Buat anda yang pertama kali jadi ibu, mesti banyak perkara yang perlu dipelajari dan perlu dibiasakan. Mungkin pada awalnya rasa sedikit sukar seperti kena tahu cara bayi makan dan sebagainya namun kalau anda ambil tahu beberapa teknik atau ‘tricks’ yang betul, semuanya akan jadi mudah!

Berikut merupakan beberapa ‘tricks & hacks’ yang wajib mak-mak ambil tahu terutama sekali ibu baharu. Ternyata, hidup anda akan jadi lebih mudah dan teratur.

Baca juga: Pelik Murid Jalan Terseret-Seret, Rupanya Kasut Disumbat Kertas, Guru Simpati Terus Belikan Baru

PERTAMA KALI JADI IBU? KENA TAHU 5 ‘TRICKS’ INI SUPAYA LEBIH MUDAH HIDUP!

1.Ukur saiz kaki guna benang

pertama kali jadi ibu

Ini merupakan teknik paling mudah untuk mak ayah nak belikan kasut buat anak-anak. Apa yang anda boleh lakukan adalah ambil benang yang digunakan untuk mengait, ukur tapak kaki anak ikut kepanjangan dan potong benang. Benang tersebut mudah untuk disimpan dalam beg dan boleh beli kasut di mana sahaja walaupun anak tiada di sisi.

2.Paket makanan puri jangan dibuang

pertama kali jadi ibu

Terdapat pelbagai jenis makanan bayi seperti puri buah yang dijual dalam paket. Bila sudah digunakan, jangan buang paket makanan puri tersebut kerana tiubnya boleh digunakan sebagai ‘alat penyamaran’ picagari ubat. Potong paket makanan puri itu kepada dua, cuci dan masukkan picagari melalui tiub menyedut. Anak pun tak perasan bahawa tengah makan ubat.

3.Guna ‘ziplock’ tempat letak gajet

pertama kali jadi ibu

Plastik ‘ziplock’ sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan untuk simpan barang dapur malah boleh diubahsuai penggunaannya sebagai tempat letak gajet dalam kereta. Cucuk sahaja dua lubang untuk disangkutkan pada kerusi kereta, masukkan gajet dalam plastik dan zip!

4.Hisap jus lemon guna puting

Salah satu helah untuk mak-mak yang ingin anak berhenti hisap puting adalah, perahkan jus lemon dan gunakan picagari untuk masukkan jus ke dalam bekas puting. Guna cara ini supaya anak ‘termakan helah’ tersebut lalu menyedut sesuatu yang masam. Lepas ini mesti anak akan lari apabila si ibu bawa puting tersebut dekat mereka.

5.Bekukan puting botol susu

Botol susu bukan hanya boleh digunakan untuk minum susu sahaja malah, penutup botol susu juga boleh digunakan sebagai alat untuk anak hisap buah. Contohnya, hancurkan pisang dan masukkan ke dalam penutup botol susu. Kemudian bekukan penutup itu termasuk kandungan buah di dalamnya. Hasilnya mudah untuk anak hisap buah seperti makan aiskrim.

*Mudah kan teknik di atas? Boleh cuba lepas ini!

@lets.do.it.all Mom hacks for babies! #firsttimemom #momlife #babiesoftiktok #baby #momhack #momtips #parentsoftiktok ♬ Little Things – Tiqta

Baca juga: AWAS, Jangan Bagi Anak Tengok 9 Karakter Kartun Ini Dalam Youtube, Boleh Jejas Mental!

Sumber: Tiktok @letsdoitall

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×