Sebuah perkongsian video oleh individu pempengaruh bernama Jaja Talib di akaun TikTok telah menarik perhatian ramai, yang dikhususkan kepada wanita yang pertama kali jadi ibu. Video tersebut memperlihatkan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Tan berkongsi ilmu cara jaga bayi yang baru lahir.
Baca juga: Ibu Terkilan Anak Mild Autism Tetap Dipukul Guru Walau Dah Minta Maaf, “Mana Belas Kasihan Dia…”
CARA JAGA BAYI UNTUK PERTAMA KALI JADI IBU
1. Minyak zaitun di kepala bayi
Dr. Tan dari Hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang, berkata, bermula daripada cara menggosok kepala bayi dengan minyak zaitun, gerakan tangan haruslah secara berputar.
Jika ada kesan bengkak di kepala, ibu perlulah menggosok menggunakan telapak tangan di kawasan itu secara berputar dan perlahan-lahan.
2. Mencuci mulut bayi
Selanjutnya untuk mencuci mulut bayi, ibu perlu menyarungkan kain pada hujung jari lalu gosok secara perlahan-lahan di dalam mulutnya.
Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!
3. Memotong kuku bayi
Ilmu seterusnya pula adalah cara memotong kuku bayi. Pastikan kedua-dua mata bayi ditutup dengan kain ketika mahu memotong kukunya bagi mengelakkan sisa kuku termasuk ke dalam mata.
Juga, elakkan memotong kuku bayi dalam bentuk bulat.
“Kita potong kuku, tak boleh bulat…kena flat kalau bulat kena isi kuku, boleh bernanah,” terang Dr. Tan.
4. Tempoh sarung tangan dan kaki bayi
Selain itu, sarung tangan bayi mesti dipakai dalam masa 2 bulan dan sarung kaki selama 4 bulan sahaja. Hal ini kerana, jika lambat menanggalkan sarung tangan bayi kemungkinan si kecil akan lambat menulis, melukis, main muzik dan seumpamanya.
Baca juga: Ketahui 5 Jenis Luka Lepas Berkhatan, Jumpa Doktor Kalau Ada Tanda Tak Sembuh Ini!
5. Jangan picit dada bayi
Tambah Dr. Tan, elakkan memicit di bahagian dada bayi untuk mengelakkan kuman masuk ke dalam badan.
“Dada jangan picit.. kalau picit, susu akan keluar, kuman akan masuk. Jangan picit, dia akan bengkak.. dalam ada susu,” jelasnya lagi.
Membersihkan pusat bayi
Di bahagian pusat, perlu dilap terlebih dahulu seperti biasa menggunakan kapas dan kemudian gulungkan kapas lain sehingga berbentuk tajam lalu cucikan di dalam pusat.
“Dalam dua minggu dia akan luruh.. yang penting jangan berbau, jangan ada segi tiga merah (pada luar pusat). Kalau ada segi tiga merah, maksudnya you kena cuci balik. Kalau tak, semua akan jadi merah dan ada nanah.” ujarnya di akhir video.
Sumber: TikTok @jaja_talib
FT Image: TikTok @jaja_talib