Khatan merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit dengan memotong lebihan kulit yang membuatkan kanak-kanak berasa kecut perut sewaktu proses ini berlangsung. Malah, ibu bapa juga tidak ketinggalan sama berasa khuatir, apatah lagi sekiranya luka sunat anak tidak beransur-ansur sembuh setelah sekian lama.
Justeru itu, sebagai persediaan sebelum anak-anak anda melalui proses berkhatan, alangkah baiknya ibu bapa di luar sana cakna tentang info berkaitan luka sunat seperti dikongsikan semula oleh Public Health Malaysia.
LUKA SUNAT ZAKAR LELAKI ADA 5 JENIS
![cara cuci luka sunat](https://media.siraplimau.com/2024/12/luka-sunat-5.jpg)
Gambar: PHM
Takutnya saya, anak pertama sunat. Macam mana lah nak jaga. Luka melekit-lekit itu saya seriau, nak cuci takut sakit.
Jangan risau sebab kita beruntung ada seorang doktor, Dr. Adelin Zin yang baik hati berkongsikan ilmu ini. Dan kami (PHM) olahkan menjadi infografik bersiri.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ini tak sama setiap anak, hatta adik-beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Sebab luka sunat lambat sembuh
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Disebabkan ada zakar yang tenggelam menyebabkan lukanya lambat kering.
Jadi kena terus bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal. Paling penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan.
Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah ibu bapa pujuk. Paling koman, minta tadah depan kipas bagi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anaknya. Terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei itu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka.
Kalau anak tak ada apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak, habis sahaja pantang ini seminggu abah belanja kepci.
6 tanda-tanda penting perlu bawa anak jumpa doktor
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti rajah di bawah.
Kalau ada pendarahan sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap sahaja dengan tisu bersih dalam seminit dua.
Kalau masih tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain itu, cepat-cepat bawa ke klinik ya untuk pemeriksaan lanjut.
![luka sunat](https://media.siraplimau.com/2024/12/luka-sunat-4.jpg)
Gambar: PHM
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ini cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat itu maka ibu bapa kena ajarkanlah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, okay?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan itu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah SWT. Semoga Allah memakbulkan doa kecil saya, Aamin!
5 jenis luka-luka sunat
![luka sunat](https://media.siraplimau.com/2024/12/luka-sunat-2.jpg)
Gambar: PHM
![cara cuci luka sunat](https://media.siraplimau.com/2024/12/luka-sunat-3.jpg)
Gambar: PHM
Baca juga: Anak Pemalu Ekstrem Sampai Lari & Nyorok Dalam Baju Mak, Ubah Dia Dengan 10 Perkara Ini!
Sumber: Dr. Adelin Zin / Public Health Malaysia
FT Image: PHM / Google