Asuh

Berkhatan Cara Tradisional Anak Lelaki Era 90an & Tahun Sebelumnya, Jom Bernostalgia!

21
SHARES
berkhatan cara tradisional

Sunat atau khatan merupakan satu perbuatan ibadat yang wajib dilakukan dan dituntut dalam agama Islam. Pada era kini, proses berkhatan dilakukan dengan kaedah moden seperti sunat laser. Kaedah tersebut jauh berbeza dengan berkhatan cara tradisional yang dihadapi anak-anak era 90an dan tahun sebelumnya.

Jadi, bagi mengimbau semula kenangan berkhatan cara tradisional, mari ikuti perkongsian saudara Zamri Hassan di bawah.

Baca juga: Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!

BERKHATAN CARA TRADISIONAL

berkhatan cara tradisional

Gambar hiasan: Klangkampunghalamanku

Mengikut ajaran Islam, berkhatan itu wajib dilakukan oleh umatnya kerana ia merupakan satu perbuatan ibadat yang dituntut oleh agama. Ianya adalah bertujuan agar umatnya sentiasa berada di dalam keadaan suci lagi menyucikan daripada segala bentuk najis pada seluruh anggota tubuh badan dalam menunaikan ibadat kepada Allah S.W.T.

Amalan sebelum berkhatan

Mengikut kebiasannya, seorang kanak-kanak lelaki yang menjangkau usia 10 hingga 12 tahun dianggap sudah layak untuk berkhatan. Biasanya upacara berkhatan diadakan secara beramai-ramai. Hal ini lebih ketara lagi pada masa dahulu di musim cuti persekolahan.

  1. Pada masa dahulu ibu bapa kanak-kanak yang terlibat bekerjasama mengadakan kenduri-kendara secara besar-besaran. Mereka biasanya dibantu oleh sanak-saudara dan jiran-jiran terdekat yang dijemput hadir.
  2. Sebelum upacara berkhatan dijalankan, beberapa acara sampingan diadakan terlebih dahulu mengikut adat resam masyarakat Melayu. Sehari sebelum masa ditetapkan untuk berkhatan, kanak-kanak tersebut terlebih dahulu dimandikan, kemudian mereka akan memakai pakaian baru dan diarak seperti pengantin serta disandingkan sesama mereka.
  3. Selepas itu jika ada majlis berkhatam Al-Quran mereka akan duduk bersila dan membaca Al-Quran dengan tertib sambil diperhatikan oleh seorang guru Al-Quran dan para jemputan yang lain.
  4. Setelah selesai upacara tersebut, bunga-bunga telur akan diedarkan kepada para jemputan. Guru yang mengajar Al-Quran tersebut akan diberikan hadiah satu persalinan pakaian.
  5. Kanak-kanak tersebut akan bangun mencium tangun guru mereka. Selepas itu, para jemputan akan menikmati hidangan yang disediakan.
  6. Pada pagi hari kejadian, kanak-kanak tersebut akan dimandikan dan dibersihkan badan mereka. Setelah selesai, mereka akan dimandikan sekali lagi dengan air jampi (air dalam buyung yang telah dijampi oleh Tok Mudim).
  7. Kanak-kanak tersebut kemudiannya didudukan di atas batang pisang dan Tok Mudim pun mengkhatankannya dengan segera.
  8. Selepas itu dibalut dan disapukan ubat. Mereka akan dibaringkan di tempat yang disediakan.

Beberapa orang Tok Mudim berpendapat sesetengah perkara-perkara yang dilakukan untuk mengiringi proses berkhatan adalah adat semata-mata dan dilakukan mengikut adat resam tempatan masing-masing dan tidak semua Tok Mudim melakukan adat-adat tersebut. 

Baca juga: Pakar Kongsi Jumlah Kuantiti Makanan 6x Sehari, Dari Anak Usia 6 Bulan Hingga 6 Tahun!

Peralatan berkhatan

berkhatan cara tradisional

Gambar: Klangkampunghalamanku

Di antara peralatan yang biasa digunakan oleh Tok Mudim ialah:

  • 2 bilah pisau (1 digunakan dan 1 untuk simpanan)
  • Sebilah gunting
  • 1 batang penyepit
  • Sebilah penjangka dan lain-lain alat-alat sampingan yang diperlukan
  • Batang pisang
  1. Pisau biasanya ditempah khas oleh Tok Mudim dan digunakan khusus untuk tujuan memotong.
  2. Penjangka digunakan untuk menjarak bahagian yang akan dipotong pada kemaluan kanak-kanak (biasanya diperbuat daripada tanduk kerbau atau tembaga).
  3. Pengapit digunakan untuk mengapit bahagian yang telah dijarakkan untuk dipotong (biasanya ia diperbuat daripada nibung atau tembaga).
  4. Batang pisang disediakan oleh ibubapa bertujuan untuk duduk di atas batang pisang dalam proses berkhatan.

Tok Mudim biasanya menyimpan peralatan tersebut dalan sebuah beg hitam dan akan memakai sepasang pakaian yang berwarna hitam.

Ubat-ubatan

Ubat yang digunakan pada masa dahulu dan sekarang ialah:

  • Kulit pokok Pauh dan kapur makan (kulit pokok Pauh diperah dan dicampur dengan kapur dan air)
  • Putih telur
  • Serbuk arang batu
  • Kapur
  • Penisilin
  • Iodine
  • Minyak ubat (ramuan daripada akar kayu)

Antara ramuan tersebut antaranya:

  • Campuran daging mukmin (sejenis getah), cekur kering dan jerangau yang diproses dijadikan minyak.

Baca juga: Rupanya Ini Makanan Yang Bagus Untuk Beri Anak Lepas Berkhatan

Pengeras

Biasanya Tok Mudim akan mengenakan pengeras (upah) bagi kerja yang telah dijalankan. Pengeras yang biasa diterimanya ialah:

  • Sirih pinang berserta dengan duit pengeras yang tidak ditentukan jumlahnya
  • Segantang beras
  • Dua biji kelapa
  • Sebatang damar

Sesetengah pengeras akan diberikan selepas kanak-kanak tersebut sembuh manakala, jumlah ketetapan dan bilangan bahan-bahan tersebut adalah mengikut Tok Mudim dan keikhlasan ibu bapa kanak-kanak yang terlibat.

Pantang larang

Di antara pantang larang yang biasa diamalkan selepas berkhatan ialah:

  • Makanan yang gatal dilarang sama sekali seperti udang, sotong, telur, ayam, pedal ayam, daging, ikan mengkeroi dan ikan tudung tempayan
  • Buah setoi dan buah seter
  • Kuih buah melaka

Makanan tersebut boleh memudaratkan dan mendatangkan kesan buruk pada luka bekas berkhatan.

Dari segi psikologi, menegah kanak-kanak daripada:

  • Minum air terlalu banyak
  • Melangkah bendul pintu
  • Melangkah tahi ayam
  • Melangkah kulit kerang dan lain-lain lagi

Pantang larang ini diberitahu supaya kanak-kanak tidak bangun berjalan bertujuan untuk cepat sembuh.

Baca juga: Walaupun Bekerjaya Masa Dengan Keluarga No.1, Kerja Rumah Sampai Bila Pun Tak Habis!

Sumber: Zamri Hassan

FT Image: myartis /Klangkampunghalamanku

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×