Asuh

Jika Anak Berkhatan Alami Bengkak Yang Sakit, Elak Beri Makanan Risiko Keradangan Macam Ini..

36
SHARES

Salah satu cara merawat sakit keradangan (inflammatory) adalah dengan mengelakkan diri dari makanan dan minuman yang mengandungi bahan ‘inflammatory food’. Hal ini kerana, ia akan melambatkan lagi proses pemulihan.

Melalui perkongsian dari Puan Ainini Zainal, tempat dikhatan memang normal ia akan bengkak tapi yang normal adalah bengkak yang tidak sakit. Sekiranya anak yang berkhatan mengalami sakit keradangan, elakkan dari kandungan bahan seperti di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rupanya Ini Makanan Yang Bagus Untuk Beri Anak Lepas Berkhatan

RAWAT KERADANGAN DENGAN ELAKKAN ‘INFLAMMATORY FOOD’

Bagi elak bengkak yang sakit (tempat dikhatan memang normal akan bengkak, tapi yang normal adalah bengkak yang TIDAK SAKIT), perlu elak inflammation.

Cara jauhi inflammation (keradangan), salah satunya adalah elakkan INFLAMMATORY FOOD seperti junk/fast/highly processed food.

Elak beri anak makanan dan minuman mengandungi GULA PUTIH, MSG, GANDUM, PEWARNA atau PERASA TIRUAN ketika ANAK TIDAK SIHAT kerana akan memburukkan lagi keadaan.

ELAK BERI MAKANAN & MINUMAN YANG MENGANDUNGI BAHAN INI:

1. GULA PUTIH

Makanan dan minuman tinggi gula.

2. MSG DARIPADA

  • Kiub Masakan komersial.
  • Kicap.
  • Nugget.
  • Sosej.
  • Burger komersial.
  • Fastfood.
  • Junkfood.

3. GLUTEN

Biasanya gandum seperti roti, biskut dan kek.

4. MAKANAN BEWARNA-WARNI BERPEWARNA TIRUAN

JANGAN AMBIL INFLAMMATORY FOOD, PROSES PEMULIHAN AKAN TERGANGGU

Semua yang disebutkan di atas adalah antara makanan pencetus keradangan. Bila badan tak sihat dan sedang berada pada fasa inflammed, kita ambil pula inflammatory food, keadaan akan jadi lebih teruk healing process juga terganggu.

Bila badan dalam fasa keradangan, luka pada bahagian khatan juga affected. Bengkak, sakit, yang mengalami luka saja yang tahu.

Jangan sekali-kali marah anak menangis sakit. Kita perlu bantu dengan cara elak makanan makanan ini. Jika benar tak dapat nak elak terus, sekurang-kurangnya ketika sakit atau ketika anak dalam tempoh healing ini, tinggalkan.

Besar sangat kesannya, bila kita cuba perlahan-lahan ubat gaya pemakanan. Walaupun hari lain ambil juga, kita tetap usaha cuba elak bila perlu. Ini waktu yang memang perlu elak jika mahu luka cepat sembuh.

Usaha kita, sikit-sikit, tak mustahil boleh jadi asbab kesihatan yang lebih baik.

Pada masa yang sama, jika tak usaha langsung kurangkan, selalu ambil dan tak cuba ditinggalkan langsung, sikit-sikit yang semakin membukit. Menjadi bukit dan toksin pada badan.

Yang sihat jika ambil berlebihan pun boleh mudarat. Bayangkan diambil setiap hari tanpa jemu.

Semoga cepat sembuh.

Sumber: Facebook Ainini Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×