Asuh

Rupanya Ini Makanan Yang Bagus Untuk Beri Anak Lepas Berkhatan

2
SHARES

Musim cuti persekolahan sudah menjadi sinonim dengan budaya rakyat di negara ini untuk mengkhatankan anak-anak. Tempoh cuti yang panjang, memudahkan segala urusan proses berkhatan. Ini termasuklah makanan orang berkhatan yang menjadi proses penting dalam memulihkan luka sunat.

Dalam tempoh memulihkan luka, pemakanan antara faktor yang penting perlu diambil kira bagi memastikan ia sembuh dalam waktu yang dianggarkan. Justeru itu, mari ikuti perkongsian dari Puan Ainini Zainal mengenai makanan yang bagus diberikan kepada anak selepas berkhatan.

Baca juga: Ajak Anak Buat Teknik ‘Grounding’ Pijak Tanah Berkaki Ayam, Banyak Manfaat!

BANTU PROSES PENYEMBUHAN LUKA BERKHATAN ATAU ‘SURGERY’

makanan orang berkhatan

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Musim berkhatankan sekarang?

Beri mereka jambu batu, oren, betik, blueberry, protein daripada telur, ikan, ayam untuk cepat pulihkan luka. Makanan apa yang bagus untuk anak selepas surgery atau berkhatan?

MAKANAN ORANG BERKHATAN YANG TINGGI VITAMIN C BAGUS UNTUK PULIH LUKA

makanan orang berkhatan

Jika anak atau kita sendiri baru lepas jalani operation/surgery, antara makanan paling bagus dimakan adalah buah-buah yang tinggi Vitamin C.

Faster healing post-surgery fruits:

  • Kiwi.
  • Strawberry.
  • Blueberry.
  • Oren.
  • Jambu batu.
  • Betik

Faster healing post-surgery fruits adalah antara buah yang patut diambil. Di rumah kami, tiada istilah cintakan buah-buahan yang diimport dan lupakan yang tempatan atau obses dengan imported fruits.

Semua kami makan, asalkan ada buah. Semua ciptaan Allah, Subhanallah. Semua unik dan ada khasiat tersendiri.

AMALKAN MERENDAM BUAH & SAYUR

Tidak semua orang mampu dapatkan makanan yang sepenuhnya organik sahaja. Kami pun sama. Jangan lupa amalkan teknik rendaman sayur dan buah untuk membuang sisa racun serangga pada sayur dan juga buah.

JANGAN BAGI TELUR, NANTI GATAL…BETUL KE?

makanan orang berkhatan

Sekadar gambar hiasan: Google.com

Perlu bezakan telur mana yang bagi gatal, mana yang baik untuk healing process. Allah jadikan makanan semula jadi penuh khasiat dan sempurna.

Tidak sempurna, bermasalah. Jadi gatal bila ambil adalah telur yang ada sisa antibiotik dan hormon, ayam diberi makan dedak dan makanan berasaskan GMO.

Ada beza telur dan ayam dari ayam bebas hormon dan antibiotik, apatah lagi Free Range. Jom, learn, unlearn, relearn.

P/S: Insya Allah, nanti saya share koleksi menu dan resipi yang disediakan sepanjang anak saya berpantang khatan tahun lepas.

makanan orang berkhatan

makanan orang berkhatan

Sumber: Facebook Ainini Zainal 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×