Nur

10 Tips Sunat Bayi Lelaki & Cara Penjagaannya Agar Cepat Sembuh

648
reads
sunat bayi lelaki

Asalnya ada kawan saya tawarkan untuk khatankan anak saya secara beramai ramai pada 4.12.16 ketika anak saya umur 5 bulan. Selepas saya tanya pendapat rakan-rakan di group Facebook dan berbincang dengan ayah Ahmad Al Fateh, ayahnya dengan penuh semangat dan yakin cakap pada Umi Ahmad Al Fateh esok juga kita bawa dia pergi khatan. Dia sudahpun mencari info klinik mana yang terbaik lalu meminta saya pergi ‘book’. Maka, telah berkhatanlah Ahmad Al Fateh pada 22.11.2016 ketika usia 4 bulan 18 hari.

Punca utama ayah nak bawa Ahmad Al Fateh khatan cepat sebab Ahmad Al Fateh dah mula nak merangkak, jadi risau pula kalau susah nak jaga. Tapi realitinya, tak susah mana pun menjaganya.

Bilakah Paling Sesuai Sunat Anak Lelaki?

Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan budak lelaki. Antaranya:

Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Kebanyakan ulama pula berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada juga ulama yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.

Jadi terpulanglah kepada ibubapa dan penjaga bila nak khatankan anak selagi tak capai umur baligh.

10 Tips Sunat Bayi Lelaki & Cara Penjagaannya Agar Cepat Sembuh

Di sini dikongsikan beberapa tips sebagai persediaan ibu ayah yang bakal sunat bayi lelaki dalam masa terdekat nanti.

1. Persediaan Sebelum Sunat Bayi Lelaki

Sebelum bawa anak masuk berkhatan pastikan :
i) tidur cukup
ii) perut kenyang
iii) tak demam atau sakit-sakit
iv) sudah buang air besar

khatan-anak-lelaki

2. Paling Sesuai Waktu Malam

Seeloknya bawa anak khatan malam sebab nanti sampai rumah terus tidur. Tak adalah balik nanti nak main-main dengan lasak lagi.

Sekadar perkongsian, ada beberapa teknik khatan bayi lelaki yang ditawarkan di klinik-klinik. Banyakkan membaca yang mana lebih baik.

Ini antara teknik-tekniknya :
i) Laser
ii) Smart Klamp
iii) Plastibel
iv) Tissue Glue

3. Ajak Anak Bertenang

Ahmad Al Fateh dah bersedia nak kena khatan, jadi ayah dan umi ajar Ahmad Al Fateh :
i) Baca Bismillahi rahman nirahim
ii) Niat ‘Sahaja Ahmad Al Fateh berkhatan kerana Allah Ta’ala’
iii) Sepanjang doktor khatankan ajak Ahmad Al Fateh berzikir ‘La illah ha illa allah’

Bayi akan menangis masa doktor masuk ubat bius jadi ibu bapa jangan cepat panik. Bertenang dan cuba bermain dengan anak bagi dia rasa relaks saja.

Kalau boleh jangan bagi susu botol ketika tengah khatan walaupun doktor izinkan bagi. Bukan apa takut satgi dia terkencing kena doktor. Kasihan doktor. Jadi gunakan kaedah lain untul tenangkan anak.

NOTA: Beritahu awal-awal pada doktor atau jururawat sekiranya nak bawa balik kulit yang dipotong. Kalau tidak, mereka akan anggap kita tak nak dan ia akan dibuang ke dalam tong sampah.

khatan-anak-lelaki-1

4. Prosedur Selepas Selesai

Ayah dah pesan kat umi standby susu siap-siap. Jadi, bila habis khatan terus bagi susu.

Cara dukung bayi selepas berkhatan macam dalam gambar di bawah ini. Bahagian kemaluan yang dikhatan kena menghadap ke depan supaya tak terkena kawasan luka. Pastikan anak pakai diaper yang sedikit longgar supaya ada ventilation.

NOTA: Sedikit perkongsian bab aurat. Sama ada bayi dah bersunat atau belum, usia bawah 4 tahun dikira masih belum ada auratnya. Tapi, seeloknya didiklah anak dari kecil untuk menjaga adab dan aurat. Bermula umur 4 tahun, bahagian kemaluan mesti ditutup sebab itu dikira aurat kanak-kanak walaupun masih belum berkhatan. Jika mereka sudah mumaiyiz, semua batasan aurat perlu diberi perhatian yang lebih seperti yang diminta oleh agama.

khatan-anak-lelaki-2

Ahmad Al Fateh selepas dah habis khatan. See! Relaks betul budak ni. No crying. No tears.

5. Kos Dan Tempat Khatan Bayi Lelaki

Kami khatankan Ahmad Al Fateh di Klinik Ajwa Shah Alam. Kenapa suami saya sanggup khatankan anak di Klinik ini walaupun kami tinggal di Cheras?

i) Konfiden dengan doktor di sini kerana mempunyai pengalaman sunat bayi lelaki lebih 30 tahun. (Anaknya merupakan bayi pertama yang dikhatan)
ii) Di sini doktor khatan guna laser bukan cara lama.
iii) Selepas mengkaji latar belakang doktor ni lebih mendalam, kami mendapati ramai yang mengatakan doktor sunat bayi lelaki dengan cermat, jahitan dan potongan yang kemas. Jadi insha Allah tiada isu kulit naik balik dan tak ada isu kena khatan lagi sekali.

khatan-anak-lelaki-4

6. Penjagaan Ketika Tidur Di Rumah

Sebaik sampai ke rumah, bayi masih lagi tidur nyenyak. Letak atas rocker sekejap, sementara nak sediakan tempat tidur Ahmad Al Fateh dan nak tukar baju dia. Kalau terus letak atas tilam, takut dia bergolek sendiri dan meniarap.

khatan-anak-lelaki-3

Untuk bayi yang dah mula meniarap macam Ahmad Al Fateh. Ibu-ibu boleh sendalkan bantal peluk kiri dan kanan bayi dengan meletakkan di dalam kain seperti dalam gambar ni. Jadi, bayi takkan meniarap sebab pergerakan terhalang.

Memandangkan anak tak boleh pakai seluar. Pastikan kaki anak berstoking dan di selimut bawah paras diapers supaya tak kesejukan dan angin masuk badan.

khatan-anak-lelaki-6

Oh ya, memandangkan anak pakai diapers dengan agak longgar, maka potensi untuk kencing bocor lebih tinggi. Jadi, sepanjang dalam menjaga Ahmad Al Fateh khatan, saya sediakan tilam khas untuk dia (tilam senang basuh) dan tak bagi tidur atas katil.

Kemudian tempat tidur dia saya alas dengan pelapik mcm dalam gambar (disposable urine mat/ changing mat) supaya air kencing tak bocor kena tilam. Jika bocor saya hanya perlu gantikan kain batik dan tempat alas ini saja.

khatan-anak-lelaki-7

7. Ubat-ubatan

Ini adalah ubat yang dibekalkan oleh klinik tadi.

30 minit selepas khatan, terus bagi anak makan ubat. Sebab kesan ubat bius akan hilang. Bila bagi ubat, insha Allah rasa sakit kesan khatan akan berkurang. Ubat ini perlu diberi setiap 6 jam.

Untuk antiseptik, sapu dekat kawasan luka setiap kali tukar diapers. Dan jangan lap dengan tisu basah pada bahagian luka tersebut. Cukup sekadar sapu antiseptik untuk bagi cepat kering.

khatan-anak-lelaki-5

8. Rutin Tukar Lampin

Diapers anak wajib ditukar setiap 2 jam walaupun tak penuh untuk elakkan jangkitan dan kawasan luka menjadi lembap.

Jika tak sampai 2 jam pun dah penuh, lagilah kena tukar. Kena pastikan diapers tak basah ya!

Dan ibu bapa jangan panik kalau anak tiba-tiba dia menangis ketika tidur dan sambung tidur balik.

khatan-anak-lelaki-8

Begini cara bagi anak pakai diapers. Pastikan diapers terbuka supaya proses pengudaraan berlaku dan luka akan jadi cepat kering.

khatan-anak-lelaki-9

9. Cara Mandi & Menjaga Luka

Sepanjang tempoh penyembuhan 7 hari, anak tak boleh mandi secara direct air paip atau berendam dalam bathtub seperti selalu. Maka, cukup sekadar lap badan dengan air sabun. Saya memang sarankan pakai sabun Cetaphil ini sebab kulit anak tak jadi kering. Lembap dan lembut saja kulit. Tak ada timbul ruam.

Selepas saya lap kan badan anak, saya akan sapu minyak kelapa dara dan krim seperti selalu. Kulit pun cantik.

Setiap kali nak tukar diapers saya hanya lap dengan wet tissue saja sebab tak nak bagi kawasan luka menjadi lembap.

khatan-anak-lelaki-11

10. Aktiviti Ketika Berjaga

Ini Ahmad Al Fateh pada pagi selepas berkhatan. Dah boleh bermain dan bergelak ketawa. Tak ada dah menangis sakit masa kencing. Rasa lega hati ayah dan umi.

Memandangkan anak tak boleh nak meniarap ke berguling ke bergerak banyak ke dalam tempoh penyembuhan, bagilah anak pakai baju jarang begini supaya belakang anak tak bpeluh panas dan tak naik ruam. Hari ke-4 saja, umi botakkan kepala Ahmad Al Fateh.

Jika ada rocker, sekali sekala pindahkan anak letak dalam rocker supaya dia tak bosan kerana tak dapat meniarap dan berguling seperti selalu.

khatan-anak-lelaki-13

Semakin Sembuh!

Hari ketiga benang dah tercabut.

Alhamdulillah kurang sedikit risau hati umi ayah. Luka pun dah semakin sembuh dan berkuping. Jangan cabut pula kuping tu. Biarkan dia tercabut sendiri.

Walaupun hari ketiga dah tercabut benang, tetap ikut saranan doktor untuk tunggu sehingga 7 hari sebelum pakai seluar. Diaper masih dipakai longgar dan sapu ubat sentiasa untuk pastikan luka benar-benar sembuh. Kalau masih sakit dan menangis, bagi makan ubat. Kalau tak perlu, tak payah teruskan ubat-ubatan itu.

khatan-anak-lelaki-12

Pada hari ke-7, luka dah betul-betul kering tapi kuping atau kulit mati masih ada sedikit yang belum tercabut habis. Tapi, jangan risau setiap kali lap ia akan luruh sendiri. Alhamdulillah! Ahmad Al Fateh dah boleh pakai seluar, boleh ikut ayah pergi jalan-jalan macam selalu, dan boleh berenang balik.

Kelebihan Khatan / Sunat Bayi Lelaki Yang Masih Kecil

Mengikut pengalaman saya, bagusnya khatan/sunat anak lelaki ketika masih bayi bawah umur 5 bulan adalah kerana sebab berikut:

  • Bayi masih belum lasak jadi boleh elak berlakunya bentan. Ahmad Al Fateh selalunya dia akan meniarap, kalau tak bagi meniarap jadi bad mood. Tapi 3 hari pertama khatan mungkin dia tahu dia sakit, jadi dia langsung tak rasa nak meniarap. Masuk hari ke-4 dah mula dah jadi tak tentu arah nak pusing meniarap.
  • Bayi masih menyusu dan belum makan makanan, jadi bayi tidak perlu nak berpantang makan apa-apa. Cuma ibunya yang memberi susu badan saja yang kena pantang beberapa jenis makan.
  • Deria sakit masih belum well developed. Ahmad Al Fateh malam bersunat, esok paginya dah boleh main-main macam orang dah sihat.
  • Luka cepat baik. Anak saya hari ke-3 dah tercabut benang dan kulit mati dah mula tercabut. Tapi saya tetap ikut nasihat doktor tunggu juga sehingga 7 hari untuk pastikan betul-betul baik.
  • Proses berkhatan mudah sebab anak tak tahu pun kata dia tengah khatan jadi senang doktor nak buat kerja. Tak sampai 10 minit pun dah siap dan boleh balik.
  • Proses menjaga sangat senang dan mudah tak banyak karenah.

sunat bayi lelaki

Mudahnya Sunat Bayi Lelaki!

Selamat berkhatan kepada yang nak bawa anak berkhatan. Kalau ada yang masih ragu-ragu, boleh bertanya terus pada doktor atau klinik. Mudah saja prosedur sunat bayi lelaki ini sebenarnya, tak susah pun.

 

 

 

*Perkongsian asal ini adalah oleh Puan Nur Rafraf Ahmad melalui Facebook peribadi beliau dan diterbitkan semula dengan kebenarannya.

**Sambil melanjutkan PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, beliau mengusahakan ‘entertainment service’  seperti persembahan silap mata, ‘face painting’, maskot, ‘fire show’ dan badut (clown) untuk majlis-majlis. Hubungi 0135998223 atau laman web pandamagic2u.com.

Carian Yang Berkaitan:

  • pengalaman sunat bayi lelaki
  • cara menjaga bayi lelaki sunat
  • macam mana nak jaga sunat bila ada pampers
  • sunat bayi lelaki di pulau pinang
  • klinik sunat bayi lelaki selangor
  • pantang larang ketika bersunat bayi lelaki
  • penjagaan bayi 2 bulan bersunat
  • pengalaman sunat anak lelaki
  • penjaga ketika pantang di pulau pinang
  • penjagaan anak 2 tahun berkhatan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top