Famili

Budak OKU Alami Pendarahan Teruk Selepas Berkhatan, Terpaksa Tahan Sakit Selama 8 Jam!

23
SHARES
luka selepas berkhatan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran terpaksa menahan sakit apabila luka selepas berkhatan mengalami pendarahan.

Alat sulit kanak-kanak berkenaan terpaksa dijahit semula selepas berkhatan di sebuah masjid yang terletak di Alor Setar.

Baca juga: Polis Serbu Kilang Sosej Kotor & Proses Atas Lantai, Kembang Tekak Bila Tengok!

LUKA SELEPAS BERKHATAN ALAMI PENDARAHAN

luka selepas berkhatan

Kredit imej: Kosmo

Bapa kanak-kanak tersebut, Ahmad Mudzakkir Ahmad Mukri, 37, menjelaskan kejadiaan luka selepas berkhatan itu menyebabkan si anak terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Ahad semalam.

Difahamkan, anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai satu program berkhatan di sebuah masjid dengan bayaran RM50.

“Anak saya berkhatan sebelah petang selepas mendapat nombor giliran ke-48 daripada 50 peserta. Prosedur ini dilakukan doktor dan waris tidak dibenarkan masuk untuk melihat.

“Selepas itu kami pulang dan mendapati bahagian luka pada alat sulit anak mengalami pendarahan,” jelasnya.

Dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada doktor bertugas di masjid tersebut namun diminta membawa anaknya itu ke klinik berhampiran.

Setibanya di klinik, doktor membuka semula jahitan dan menjahit semula pada bahagian luka tersebut namun pendarahan masih juga berlaku.

“Doktor itu kemudian meminta saya bawa anak ke sebuah lagi klinik di Jitra di sini walaupun anak saya kelihatan semakin lemah. Doktor beritahu ada mesin untuk menghentikan darah,” katanya.

Setibanya di klinik di Jitra, doktor telah membuka semula jahitan dan meminta dia membawa anaknya ke bahagian kecemasan HSB pula.

“Di HSB, doktor beritahu akan jahit luka tersebut sebelum menjalani pembedahan pada pagi Ahad. Alhamdulillah, keadaan anak nampaknya baik dan masih dirawat di wad HSB,” jelasnya.

Kejadian ini sudah pastinya membuatkan si bapa agak terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab. Dia juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terlibat agar kejadian ini tidak berulang kembali.

Baca juga: Netizen Persoal Nad Zainal Hantar Anak Sekolah Kerajaan, “Yang Penting Ikut Kemampuan”

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×