Famili

Netizen Persoal Nad Zainal Hantar Anak Sekolah Kerajaan, “Yang Penting Ikut Kemampuan”

3
SHARES
sekolah kerajaan

Pelakon popular tanah air, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sering berkongsi tentang perkembangan anak lelakinya yang berada di sekolah kerajaan.

Perkongsian tentang Fahad Ibrahim atau nama panggilannya Yem itu membuatkan segelintir warganet mempersoalkan mengenai pemilihan sekolah anak Nad Zainal.

Baca juga: ‘Parents’ Marah Cikgu Duit Bantuan Tak Cukup RM50, Anak Kata Tolak Yuran PIBG, Tapi Rupanya…

NAD ZAINAL DIPERSOAL HANTAR ANAK KE SEKOLAH KERAJAAN

SEKOLAH KERAJAAN

Dia ditanya tentang pilihannya untuk tidak menghantar anak ke pusat pendidikan swasta sebagaimana kebiasaan rakan artis dan golongan elit.

“Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta? Oh jawapannya mudah. Jimat dan saya yakin hantarlah mana sekolah pun, didikan dan disiplin awal dari rumah.

“Yang penting ikut kemampuan. Ramai sahaja yang berjaya di luar sana sebagai ‘produk’ sekolah kerajaan,” tulisnya di TikTok.

Hantaran pelakon Dendam Seorang Isteri itu sudah pastinya dibanjiri komen daripada warganet yang turut bersetuju dengan luahannya.

Rata-rata menjelaskan bahawa pemilihan sekolah tidak menentukan kejayaan anak namun ada juga yang berpendapat memilih pendidikan swasta kerana lebih mudah menguruskan beberapa pekrara.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang menyatakan terpaksa menghantar anak ke sekolah swasta kerana sekolah kerajaan tidak menerima anak speech delay atau lambat bercakap.

“Berjaya atau tidak seseorang itu bukan disebabkan di mana dia bersekolah tetapi bagaimana dia belajar dan menerima apa yang diajar. 

“InsyaAllah guru-guru di sekolah kerajaan tetap akan berikan yang terbaik untuk anak didik. Jangan risau,” komen warganet.

Penulis bersetuju dengan jawapan yang diberikan kerana ilmu boleh dituntut tidak kira swasta atau kerajaan.

Baca juga: 7 Jenis Krim Gatal Boleh Dibeli Di Farmasi, ‘Confirm’ Tak Menggaru Dah Nanti!

Sumber: TikTok Nad Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×