Famili

‘Parents’ Marah Cikgu Duit Bantuan Tak Cukup RM50, Anak Kata Tolak Yuran PIBG, Tapi Rupanya…

5
SHARES
duit bantuan

Menerusi perkongsian pengguna TikTok seorang guru dikenali sebagai Flzh, dia menjelaskan bahawa ada kejadian yang tidak diingini berlaku melibatkan duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025.

Seperti mana kita tahu, BAP merupakan bantuan tunai secara one off yang diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.

Baca juga: Tuan Rumah Bagi Tetamu Goodies Pokok Herba Di Kenduri Kahwin, “Seronok Juga Kalau Macam Ini”

DUIT BANTUAN TAK CUKUP RM50, ‘PARENTS’ MARAH CIKGU

DUIT BANTUAN

Kredit: Freepik

Duit bantuan yang diterima sepatutnya bernilai RM150 namun lain pula berlaku apabila seorang murid hanya memberikan RM100 sahaja kepada ibu bapa.

Tindakan itu telah menyebabkan si ibu memarahi guru kerana duit Bantuan Awal Persekolahan tidak mencukupi seperti yang disangka.

Dia menganggap bahawa RM50 tersebut diambil oleh pihak sekolah untuk bayaran PIBG namun sebenarnya salah kerana wang tersebut telah digunakan oleh anaknya sendiri.

“Cikgu dimarahi ibu bapa sebab anak kata cikgu bagi RM100 sahaja sepatutnya RM150. Ibu ayah kata cikgu dah ambil RM50 untuk bayaran PIBG. 

“Cikgu ada rekod serahan RM150 tanpa apa-apa potongan. Rupa-rupanya, anak dah belanjakan duit itu sebelum sampai ke rumah tapi memang itu hak anak. Mak ayah kecewa sebab tak boleh guna untuk beli barang dapur,” jelas si cikgu di dalam video tersebut.

Video yang mendapat satu juta tontonan di laman TikTok itu pastinya dibanjiri komen warganet di mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pelajar tersebut.

“Sepatutnya bagi la mak ayah sebab dah susah-susah nak beli barang persekolahan. Selebihnya kalau ada, baru anak boleh guna,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat

Sumber: TikTok Mdflzh

Kredit imej: Seeni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×