Famili

Tuan Rumah Bagi Tetamu Goodies Pokok Herba Di Kenduri Kahwin, “Seronok Juga Kalau Macam Ini”

4
SHARES
GOODIES KAHWIN

Pemberian goodies kahwin ketika majlis sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat Melayu kerana itu merupakan tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir.

Tular di media sosial, goodies kahwin diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu sedikit berbeza dengan idea sebelum ini dan itu pastinya menarik perhatian.

Baca juga: Patutlah Makin Bertenaga Bila Minum Air Kelapa Laut, Memang Rugi Siapa Yang Tak Pernah Cuba!

GOODIES KAHWIN BAGI POKOK TARIK PERHATIAN TETAMU

GOODIES KAHWIN

Biasanya, goodies berbentuk kuih atau makanan menjadi pilihan tuan rumah namun berbeza dengan perkongsian di laman TikTok Anggur Johor ini di mana pokok-pokok herba diberikan kepada tetamu.

Melalui perkongsian itu dapat dilihat antara pokok herba yang dijadikan goodies kahwin adalah daun sup, daun pudina, pokok daun kesum dan daun kunyit.

“Sekali sekala buat lain dari yang lain, bagi orang apa yang kita suka. Ada yang dapat pokok daun sup, pokok daun pudina, pokok daun kesum, pokok kunyit.

“Kalau tetamu yang dari jauh, kita bagi goodies lain sebab takut susah kalau bagi pokok, tapi ada yang minta juga nak goodies pokok walaupun balik jauh,” jelasnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu pastinya membuatkan warganet teruja hingga ada yang bertanya sama ada dia merupakan seorang tauke sayur. Jelasnya, minat dalam bercucuk tanam telah membuatkan dia memilih untuk memberi pokok herba sebagai goodies kahwin kepada tetamu.

“Bukan tokey sayur, bukan nursery pun. Memang minat bertanam dekat rumah. Yang ini (pokok) lebih-lebih tanaman haritu lepas majlis yang tak lepas quality control (QC) sebab dah terlebih besar dan ada yang kecil sangat lagi. 

“Jadi yang lebih ini kita biarkan sahaja terus hidup dekat rumah dan buat kegunaan sendiri,” ujarnya.

Video yang meraih ratusan ribu tontonan itu pastinya dibanjiri komen oleh warganet di mana rata-rata memuji idea luar biasa untuk memberi pokok herba sebagai goodies kahwin.

“Seronok juga kalau sekali sekala dapat goodies macam ini. Idea yang lain daripada lain dan pahala berpanjangan,” komen pengguna TikTok.

Baca juga: Petua Turunkan Kencing Manis & Darah Tinggi Guna 2 Bahan, Sakit Saraf Pun Boleh Lega Sekali!

Sumber: TikTok Anggur Johor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×