Sebut sahaja air kelapa laut pasti rata-rata menyukainya kerana sungguh menyegarkan terutama jika diminum ketika cuaca panas terik.
Selain rasanya yang unik dan sedap, air kelapa laut sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh antaranya membantu menurunkan suhu badan ketika demam.
Baca juga: Petua Turunkan Kencing Manis & Darah Tinggi Guna 2 Bahan, Sakit Saraf Pun Boleh Lega Sekali!
KHASIAT AIR KELAPA LAUT UNTUK KESIHATAN TUBUH
Antara khasiat air kelapa laut yang lain adalah:
1. Dapat segarkan badan
Kandungan elektrolit semula jadi dalam air kelapa laut tersebut dapat membantu menghidrasikan selain mengembalikan tenaga, terutamanya selepas membuat aktiviti berat.
2. Turunkan suhu badan terutamanya ketika demam
Khasiat air kelapa laut yang seterusnya adalah bersifat sejuk di mana boleh membantu menurunkan suhu badan terutamanya ketika demam atau cuaca terik.
3. Khasiat air kelapa laut – lancarkan sistem pencernaan
Selanjutnya, siapa sangka air kelapa laut sebenarnya membantu melancarkan proses pencernaan. Ini bermakna dapat mencegah sembelit kerana serat semula jadi yang ada di dalam kelapa laut tersebut.
4. Membuang toksin dalam badan
Sekiranya terlalu banyak toksin di dalam badan dan anda tidak melakukan sebarang detoks, boleh cuba amalkan minum air kelapa laut.
Hal ini kerana ia boleh membebaskan bahan toksin yang terkumpul di dalam badan sehingga membuatkan anda lemau, tidak bermaya dan lain-lain.
5. Tingkatkan kesihatan kulit
Selain itu, khasiat air kelapa laut turut melindungi kulit daripada berlaku penuaan di awal usia kerana kandungan antioksidan yang tinggi di dalam air tersebut.
Jika anda inginkan kulit sihat dan ajal, jangan lupa minum air kelapa laut ya!
6. Mengurangkan tekanan darah
Bagi pesakit darah tinggi, pengambilan air kelapa laut dalam kehidupan seharian dapat mengawal tekanan darah kerana kandungan kalium yang agak tinggi.
Difahamkan, risiko penyakit kardiovaskular yang melibatkan jantung dan saluran darah juga dapat dikurangkan.
7. Khasiat air kelapa laut – mengatasi masalah perut panas
Air kelapa laut sering digunakan untuk merawat masalah perut panas atau rasa tidak selesa pada perut.
8. Tinggi khasiat vitamin C
Akhir sekali, khasiat air kelapa laut terakhir sekali adalah tinggi vitamin C di mana ia sangat penting untuk sistem imunisasi badan. Selain melawan radikal bebas, air kelapa laut juga digunakan untuk melegakan batuk.
Pengambilan air kelapa laut secara berkala sudah pastinya boleh membantu mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan. Namun, perlu diingatkan bahawa jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan tertentu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Amalkan Jus Ini Setiap Hari Untuk Kesihatan Jantung, Nak Pergi Klinik Pun Tak Takut Dah!
Sumber: eCentral & Asian Pantry